Publikasi & EO
Janggut Februari 5, 2008
Posted by alhaddad in Janggut.add a comment
Janggut: Peringatan.. ……… …
Posted on Thursday, January 31 @ 08:30:42 MYT by SongkokPutih
Oleh asli
“Dalam kita menghadapi isu janggut,kita akan bertemu 2 golongan:
1) Golongan sekular yang terang2 menolak hukum jenayah Islam termasuk perterampilan Islam walalupun telah ditegakkan hujjah.
2) Golongan Islam beraqidah ASWJ dan mereka jahil tentang janggut,mereka dengan selamba mengkritik janggut seperti ‘tak kemas’ atau ‘berjanggut nanti tak kemas’,golongan ini juga jarang dilakukan oleh orang awam,ia selalunya yang berkerja dengan kerajaan seperti askar dan polis.
Siapakah yang paling kemas
Sejarah menunjuk Rasullullah saw adalah manusia paling kemas,baik akhlaknya,namun Rasulullah saw adalah manusia yang berjanggut,riwayat juga ada mengkisahkan bahawa Rasulullah saw pernah bermasam muka apabila melihat sahabat ra mencukur janggut,persoalan disini apakah releven janggut dikaitkan kepada kekemasan diri seseorang,sungguh tidak releven kerana janggut adalah sunnah Nabi saw dan banyak hikmah yang dikumpul oleh ulama.
Hikmah.
Hikmahnya antaranya ialah membezakan lelaki dan wanita,semangat kelakian dan wanita,membezakan orang kafir dan orang Islam (orang kafir seperti yahudi juga membela janggut tetapi tidak merapikannya) ,apakah patut janggut dikaitkan janggut dengan kekemasan dan keterampilan, melainkan ia dilontarkan oleh puak sekular yang ekstrem dan orang Islam beraqidah ASWJ tetapi jahil dalam bab janggut sehingga memperlekehkan janggut dengan melontarkan kata ‘tak kemas’ seolah-olah Nabi saw bukan seorang yang kemas dan tidak
berketerampilan. Disini juga kita dapat melihat betapa ‘hebatnya’ dakyah puak sekular sehinggga janggut yang melambangkan kelakian diperlekah dan dikondem sehingga sedemikian rupa,patutnya askar dan polis ‘dipasangkan’ janggut agar nampak kelakian,bukan seperti wanita yang sinonim dengan seorang yang lemah dan memerlukan pertolongan lelaki.
asli.”
Hari Terbaik Februari 5, 2008
Posted by alhaddad in Hari Terbaik.add a comment
Hari Terbaik
Sedekah jariah Februari 5, 2008
Posted by alhaddad in Sedekah jariah.add a comment

Doa belajar oleh imam alhadad… MAKSUDNYE=
Aku niatkan untuk belajar dan mengajar,
mengambil dan memberi manfa’at,
mengambil dan memberi peringatan,
mengambil faedah dan memberi faedah,
berpegang teguh pada Kitab Allah
dan sunnah Rasulullah sallahu alayhi wassalam,
menyeru kepada petunjuk,
menunjuk ke arah kebaikan,
menuntut dan mencari keredhaan Allah,
mendekatkan diri dan mendapatkan balasan dari-Nya.
Amin.
Sedekah jariah kebajikan yang tak berahir
1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan
hasanah.2. Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit
menggunakannya,
Anda dapat hasanah.3. Berkongsi bahan bacaan yang membangun dengan seseorang.
4. Bantu mendidik seorang anak.
5. Ajarkan seseorang sebuah do’a. Pada setiap bacaan do’a itu, anda
dapat
hasanah.
6. Berkongsi CD Quran atau Do’a.
7. Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid.
8. Tempatkan pendingin air di tempat umum.
9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung
dibawahnya,
Anda dapat hasanah.
10. kongsilah pengetahuan ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan
salah
satu dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.
Man vs Woman Februari 5, 2008
Posted by alhaddad in Man vs Woman.add a comment
3. Ambik Pinggan
4. Letak nasi
5. Letak Lauk
6. Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
7. Makan
8. Habis
9. Balik Opis or
10. G surau
Perempuan
1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan
2. Perhatikan orang waktu jalan
3. Sempat mengumpat dulu
4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.
6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
7. Ramai orang, cari kedai lain.
8. Jalan lagi
9. Dah puas ati..masuk..
10. Survey lauk dulu 2, 3 minit.
11. Carik2 pinggan, ambik pinggan
12. Belek-belek pinggan, bersih ke??tak bersih?..eeeeiiii..
13. Dah puas ati, ambik nasi
14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit
15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
16. Buang balik nasi.banyak..
17. Tak puas ati, banyak lagi..buang lagi..(tinggal sejemput)
18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
20. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
21. Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
22. Jengok lagi?sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling
23. Ambil lauk
24. Pusing lagi
25. Carik sayur pulak!
26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
27. Ke kaunter bayaran
28. Tgk2 nasi dlm pinggan
29. Berbisik ngan kawan “alaamak byk la aku ambik”
30. Sampai depan kaunter “berapa?”
31. Bukak dompet..belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah gambar2..
32. Keluarkan duit
33. Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
34. Bayar.Berdiri masukkan duit baki
35. Tutup dompet. Ambik nasi
36. Tinjau-tinjau tempat duduk.
37. Jumpa tempat duduk..alamak kotorlah!!!
38. Cari tempat duduk lain
39. Jumpa.Duduk..
40. Alamak.Air tak order lagi
41. Tinjau2, carik org order air..sambil tangan betulkan0 tudung
42. Order air
43. Bangun
44. Ambik sudu
45. Duduk
46. Bangun
47. Ambik Tisu
48. Duduk
49. Air sampai
50. Belek dompet (Step tadi)
51. Bayar
52. Tutup
53. Minum air
54. Start makan
55. Tengok-tengok orang sambil makan
56. Makan separuh..kenyang
57. Sebab dah minum air
58. Letak sudu, letak garpu
59. Pinggan tolak tepi
60. Borak2 kater makanan tak sedap
61. Ngumpat2..tgk orang
62. Pukul 2, naik opis..
63. Ambik beg makeup, g surau!!!!!
No wonder women are more complex than men emotionally ![]()
Betul ke???
Apa ada pada jari Februari 5, 2008
Posted by alhaddad in Apa ada pada jari.add a comment


“Apa ada pada jari anda…..apa rahsia jari anda…apa guna jari anda…?????????????”
angkat ke atas sambil laung..”Allahu Akbar”. Itulah
Rukun Islam yang mesti dijunjung.2. Straight kan jari ke depan dlm keadaan terbuka
& Renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat
lima waktu jangan kita abaikan.3. Put ur hand on the table, perhatikan. Start dari
jari kelinking yg kecil & kerdil, macam manusia &
apa benda pun akan start dari kecil then
membesar & terus membesar. Itulah fitrah insan
dan alam seluruhnya. Whatever we do semua start
dari kecil. Kegagalan mendidik pada usia muda
akan beri impact/kesan yang besar pada masa
depan.4. Then tenggok jari kedua, jari manis. Macam tu
jugak la degan usia remaja..semuanya sweet..
manis macam jari manis. Masa remaja kita selalu
di duga degan cabaran & dugaan. Hanyan iman &
takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.
5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu
ibarat alam dewasa kita. At 30’s kita dah punya
status & ekonomi & career yang stabil but kita
kena careful sebab masa ni la banyak “hantu-
hantu pengacau” yang datang menggoda. Hantu
dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan
macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi
khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan
syaitan. So kita kena la lipat gandakan ibadat.
6. Jari telunjuk – Jari ni lah yg mengungkap satu
dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggam
kesemua jari kecuali telunjuk see how Gagahnya
telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh &
tauladan pada jari2 sebelum
ni.
Macam tu jugak degan kita perlu jadi role model to
the new generation.. jadi pembimbing yg kaya
degan idea bernas & a great mind.
7. Lastly renung la ibu jari.. besar/gemuk &
pendek compare to the others but it shows
kematangan & kehebatan yg membanggakan.
Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi
bayangkan kalau takde ibu jari… nak
gengam/pegang something cukup susah.. nak
pegang sudu pun susah. To young generation, nak
buat apa2 rujuk la kat org tua/berpengalaman.
Kalau kita mereka, then boleh la kita say “good”
or “yes” sambil thumbs up itulah rahsia kejayaan
kita.
Kata-kata untuk difikir bersama Februari 5, 2008
Posted by alhaddad in Kata-kata untuk difikir bersama.add a comment

- Andai cermin itu bayangan wajah, maka akhlak itu bayangan peribadi, andai pengetahuan itu bayangan ilmu, maka taqwa itu banyangan iman.
- Teman yang baik susah dicari, lebih sukar ditinggalkan dan mustahil utk dilupakan.
- Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.
- Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu lain yang telah pun dibukakan untuk kita.
- Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehingga ia pergi.
- If ever day comes and u find a better friend than me, just remember that what i gave to u is the best of what i have and what i am to u is the best that i can only be.
- Kawanlah selagi hati, bercintalah selagi ada yang sudi, gembiralah selagi ada teman di sisi, ingatlah kawan selagi terasa ia beerti.
- Hearts could only love 4 a while, feet could only walk 4 somewhile, clothes won’t 4 ever be in style but having a friend like u is 4 ever worthwhile.
- Semoga kita memiliki kebahagiaan yang cukup utk membuat kita rasa diri kita menarik, percubaan yang cukup utk membuatkan kita kuat, kesedihan yang cukup utk membuatkan kita bahagia.
- Memberi sesorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali. Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya tidak, pastikan ia terus mekar di hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit utk jatuh hati pada seseorang, satu jam utk menyukai seseorang, satu hari utk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup utk melupakan seseorang.
- Semasa kita dilahirkan, kita menangis dan orang di sekeliling kita tersenyum. Teruskan hidup kita supaya apabila kita mati nanti kitalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling kita pula yang akan menangis.
- “Kalaulah anda tidak mampu menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambahkan dukanya….” “Hidup ini ibarat meniti seutas benang, kadangkala kita jatuh dan terluka…itulah yang aku rasai saat ini….”
- Pandangan mata selalu menipu, Pandangan akal selalu tersalah, Pandangan nafsu selalu melulu, Pandangan hati itu yg hakiki, … kalau hati itu bersih
-
“Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan”
Dosa zahir dan batin Februari 5, 2008
Posted by alhaddad in Dosa zahir dan batin.add a comment

Dosa ada 2 kategori, dosa zahir dan dosa batinYang lahir nampak dan mudah disedarkan
Dosa yang lahir sebenarnya adalah buah dosa yang batin
Atau yang dalam yang tidak nampak oleh mata dan akal
Dosa yang batin terlalu banyak ramai orang tidak sedar
Dan payah disedarkan mereka
Kalau dosa yang zahir nampaknya sedikit sahaja
Yang dalam lebih banyak lagi
Cuma peluang untuk bertindak belum ada
Dosa yang lahir yang sedikit itu kerana ada peluang membuatnya
Yang banyak lagi yang di dalam itu belum keluar lagi
Kerana tidak ada peluang untuk bertindak
Kalau yang dalam itu ada peluang Masya-ALLAH
Yang lahir itu makin bercambah
Dan bercabang serta berkembang sangat banyaknyaOleh kerana dosa yang di dalam banyak peluang untuk membuat terhalang
Ramai yang menyangka dia tidak ada dosaKeranaitulah ramai yang berkata: ” Saya tidak bersalah”
”Saya tidak berdosa”
Dosa sombong, dosa riak, doa megah, dosa ujub
Dosa dengki, dosa hendak glamour, hendak puji
Dan lain lagi mana yang nampak
Apabila lahir buahnya baru nampak
Dosa yang terpendam dalam hatinya
Buahnya akan nampak apabila tercabar
Apabila dapat sesuatu, apabila dicaci, apabila dipuji
Dinasihati dan lain-lain barulah nyata
Di sinilah perlunya guru mursyid, kerana yang punya diri
Pun tidak begitu nampak dosa-dosa yang tersembunyi itu
Guru Mursyid sahaja yang dapat memberitahu dosa batin
Sama ada secara langsung mahu pun tidak secara langsung
Kerana itulah untuk menuju ALLAH Taala
Kenalah ada guru yang bertaqwaGuru yang bertaqwa sahaja yang boleh memberitahu
Perjalanan batin murid-muridnya
Hasil Nukilan Abuya ku
Tuan Guru Haji Ashaari bin Muhamad
Kisah Benar dari Penjara Sg Buloh. Februari 5, 2008
Posted by alhaddad in Kisah Benar dari Penjara Sg Buloh..1 comment so far
sempena Maulidur Rasul. Ahli panel terdiri dari Uts Halim Din, Ust. Raihan &
Utszh Dr. Sharifah Noor Hayati. Memang menarik kupasan ketiga3 ahli panel yg
bijaksana tu. Ttg keperibadian rasulullah yg mulia itu yg menjadi ikutan kita
semua.Di penghujung rancangan tersebut salah seorang utz ka lau tak silap aku utz
halim din telah mencerita ka n sebuah kisah yg berlaku di penjara sg. buluh.
Sebuah kisah benar. Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah
agama pd banduan2 di sana, Pengarah Penjara telah berjumpa dgn beliau dan
mencerita ka n pd beliau ttg seorang banduan yg bernama AMIN iaitu ketua kumpulan
Al-Mau’una yg didapati bersalah kerana melancar ka n perang kepada Yg Dipertua
Agong. Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati.Apa yg manarik ialah peribadi si Amin ini. Beliau seorang yg berdisplin, kuat
beramal, mengaji quran, solat malam dan baik di ka langan sesama banduan lain.
Pendek ka ta banduan yg tiada bermasalah. Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau
dan terkejut kerana terdapat bau yg harum. Bau itu tak hilang walaupun beliau
telah pulang ke rumah bau harum itu masih mele ka t pd pa ka iannya.
Mengikut ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan
supaya dikejut ka n pada jam 4.00 pagi. Dia digantung pada subuh pagi jumaat.
Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena se ka li
seolah2 tiada apa2 a ka n berlaku pd pg esoknya sedang ka n dia a ka n dihukum
gantung pada pg esok. Bayang ka n ka lau org nak kena gantung pg esok, mesti
gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.
Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejut ka n, dia terus beramal, solat
taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke
tali gantung keti ka dia sedang sujud syukur.
Keti ka Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung. Bila tiba
masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedar ka n diri. Masa
semakin suntuk dan Amin harus digantung keti ka itu juga, ma ka kepala dia
ditutup dgn ka in hitam dan hukuman pun dijalan ka n.
Agak pelik keti ka itu kerana hukuman gantung tersebut seperti menggantung anak
patung yg tidak bernyawa, tiada pergera ka n, tiada jeritan. Didapati juga
selipar jepun yg dipa ka i oleh Amin masih mele ka t pd ka kinya, begitu juga tasbih
masih tidak terlepas dari tangan.
Apabila janazah Amin dibu ka penutup mu ka didapati lidah tidak terjelir keluar
spt kebiasaan mere ka yg digantung. Tangan spt org dlm solat dgn jari telunjuk
spt membaca tahiyat akhir. Subhanallah. ……… mungkin Allah sudah mengambil
nyawanya dulu sebelum digantung… …
Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2 nya soleh dan
sentiasa bertaubat. Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua.
Inilah kisah yg dicerita ka n semula oleh Ustaz tersebut.
HUWALLAH HUALAM,
Dipetik dari Asyraaf forum ( Khairudin )
Jangan cepat melatah Februari 5, 2008
Posted by alhaddad in Jangan cepat melatah.add a comment
> >
> > Ceritanya cam ni,
> >
> > Ada seorang pompuan , masa tu dia sedang berhenti ditepi jalan sambil
> > melihat keadaan keretanya yang kemek. hari dah nak masuk magrib, dia
> > menjadi semakin resah. Dah lah jalan tu sempit, lampu jalan tak de
> > pulak.
> >
> > Tiba-tiba datang sebuah motosikal datang dari arah bertentangan. Dah
> > lah tak pasang lampu, tak pakai topi keledar.. laju pulak tu.. macam
> > pelesit. Perempuan tu apa lagi, dia terus menjerit ” Hoi..
> > Babiiiiiiiii. …… Slow sikit…..”
> >
> > Bila mendengar laungan perempuan tu, apa lagi, penunggang motosikal tu
>
> > pun menjerit balas .. “Celaka!!!!! F**k you!!!, Pu**mak kau!!!”..”
> > Bagerooo… sedap jer cakap babi….”
> >
> > Selang beberapa saat.. tiba-tiba terdengar satu dentuman yang kuat….
>
> > Perempuan tadi berlari kearah bunyi dentuman tersebut.. Apabila sampai
>
> > ke sana , kelihatan budak tu terpelanting dalam semak manakala
> > motosikal nya remuk sama sekali.
> >
> > Rupa-rupanya, dia dah langar babi yang telah dilanggar oleh perempuan
> > tadi.
> >
> > Moral of the Story : Hoi babi!!!!!!!! slow skit!!!! tu bukanya
> > marah… tapi nak bagi tau jer….yang ada babi tergolek kat
> > depan….heheheeheheeeee
karektor pemilik bantal.. Februari 5, 2008
Posted by alhaddad in karektor pemilik bantal...add a comment
Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:
1) Memeluk Bantal
Mereka yg suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai
penghargaan yg tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan
mereka
halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yg boleh membaca
peristiwa
yg akan berlaku melalui mimpi. Mrk juga sgt prihatin terhadap
kesusilaan.
2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka
memerlukan banyak pendamping. Mrk jarang membua! t keputusan sendiri,
sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.
3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mrk bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mrk
juga
membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.
4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mrk mempunyai sifat kurang baik. Mrk jarang bergaul dgn org ramai,
malah
kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mrk cenderung bersifat egois.
Mrk
juga
gemar menempuh jalan pintas utk mencapai cita2. Mrk tdk suka berusaha.
5) Tidur tanpa Bantal
Mrk memiliki sifat percaya diri yg sangat tinggi. Kadangkala sifat
percaya
diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.
6) Tidak punya bantal
Kasihan betul… pegi kedai belilah satu!!!!
Kasih Sayang atau Kerja Februari 5, 2008
Posted by alhaddad in Kasih Sayang atau Kerja.1 comment so far

anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si
anak itu bertanya kepada ayah….. Anak: Ayah… ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah: Hmmm…. nak tanya apa?
Anak: Ayah… berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya?
Si ayah mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu ayah… Tolonglah beritahu berapa
pendapatan ayah sejam di pejabat?
Si anak mula merayu pada ayahnya.
Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.
Anak: Oh..20 ringgit..
Amin menundukkan mukanya.
Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?
Si ayah mula menjadi berang dan berkata, “Oh, itu ke sebabnya kamu
tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu?
Mintak sampai 10 ringgit?
Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu
senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur!
Dah pukul berapa nih…!!”
Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya.
Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil
itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah
kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar
memerlukan
duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta
wang sebegitu banyak sebelum ini.
anaknya. Didapati anaknya masih belum tidur. “Kamu benar-benar
perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni” Si ayah mengeluarkan sekeping
duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang.
“Terima kasih banyaklah ayah!”Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10
ringgit yang sudah renyuk terhim pit oleh bantal.
Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. “Kenapa kamu mintak
duit lagi sedangkan kamu
dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??”Amin tunduk… tak berani dia merenung ayahnya.
Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan. ….”Duit ni Amin
kumpul dari
belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit
kat ayah sebab Amin tak cukup duit…”
“Tak cukup duit nak beli apa??”
Jerkah ayahnya lagi.
“Ayah…. sekarang Amin dah ada 20 ringgit..
Nah.. ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di
pejabat
tu. Amin nak ayah
balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah..”
Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya…
Moral:
Kongsilah cerite ni ngan sesape aje yg anda suka tapi.. yang penting
sekali, kongsilah masa sebanyak 20 ringgit itu bersama2 dgn insan
yang
anda sayangi. Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa yang
bekerja keras sepanjang hidupnya.. yang bakal kerja sok lusa… atau
sesiapa saja yang selalu sibuk…
Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama2
dengan mereka2 yang begitu rapat dengan kita.. yang sentiasa berada
di hati kita..
Bayangkan… bila dah kerja nanti… kalau kita mati.. pihak syarikat
akan senang2 cari orang lain.. gantikan kita.
Tapi.. keluarga, rakan2 yang kita tinggalkan kat dunia ni pasti akan
berasa suatu kehilangan
sepanjang hidup mereka… Fikirlah… selama ni… apa yang kita dah
buat untuk keluarga kita?.. untuk insan yang kita sayang??
jangan gila kerja sgt…
berpada pada la….
Kasih MAMA….. Februari 5, 2008
Posted by alhaddad in Kasih MAMA…...add a comment
>Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang
>baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak
>kepada seorang jururawat.
>Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih
>merah itu.Si ibu menyambut dengan senyum meleret.
>Dibuka selimut
>yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali
>sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.Jururawat
>kemudian mengalihkan
>pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia
>bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat
>bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.
>Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih
>berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek.
>Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu
>normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu. Masa
>terus berlalu…
>Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada
>cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam
>persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek
>rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada
>si ibu. Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak
>dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan
>dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang
>pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping
>telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si
>ibu terus memujuk Ayah kanak- kanak itu bertemu
>doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada
>penderma,” kata pakar bedah.
>Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang
>sanggup berkorban. Setahun berlalu… “Anakku, kita
>akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah
>telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu
>dirinya dirahsiakan,” kata si ayah. Pembedahan
>berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai
>manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah
>cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya
>hilang.Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak
>cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan
>pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat
>jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.
>”Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu
>siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas
>jasanya,” kata si anak berkali-kali.”Tak mungkin,”
>balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma
>itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.”
>”Bila?” tanya si anak. “Akan tiba masanya anakku,”
>balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.Keadaan
>terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.
>Hari yang ditunggu tiba akhirnya.
>Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya,
>perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang
>kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat
>kedua-dua cuping telinga ibunya tiada. “Ibumu tidak
>pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke
>telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan
>ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia
>satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah
>temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun
>kenalannya.”
>
>Ps : Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal
>tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang
>dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan
>tanpa diketahui. Selagi ibu kita ada didunia ini,
>ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun
>darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan
>bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah
>SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU, penyesalan di
>kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada,
>curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, ‘ I love u
>mom’ .
Katakan Februari 5, 2008
Posted by alhaddad in Katakan.add a comment
>> Katalah kita ni polis, sedang duduk dalam kereta peronda kita sambil minum kopi.
Tiba-tiba radio kita berbunyi, mengatakan ada dua kes yang diminta kita menangani salah satu darinya. Dua-dua kes orang kena tangkap mencuri.
Kes pertama di kampung hulu, seorang lelaki ditangkap mencuri duit seringgit. Kes kedua di kampung hilir, seorang warga asing kena tangkap mencuri duit 20 ribu ringgit.
Kes mana yang kita kejarkan dulu? Agaknya tentulah kita segera berkejar ke kampung hilir, ye tak? I mean, apalah sangat duit seringgit,
itupun nak report polis ke? Tapi bagaimana kalau lepas tu kita tahu hakikatnya begini:
Dalam kes pertama, duit itu kepunyaan seorang anak yatim piatu peminta sedekah, dan duit itu sajalah yang ada padanya untuk digunakan membeli roti setelah beberapa hari tak makan? Sedangkan dalam kes kedua,duit itu kepunyaan orang kaya bakhil yang seumur hidupnya tak pernah keluar zakat?
Tiba-tiba, baru kita sedar perbezaannya, antara prinsip dan appearance.
Kalau ikut prinsip, tentulah kes pertama lebih berat, walaupun hanya melibatkan duit seringgit. Tapi sebab kita hidup ini dah biasa menghakimkan orang serta peristiwa dari segi luaran, maka selalu minda kita tertipu.
>> Stephen Covey, dalam bukunya “Seven Habits of Highly Effective People”
>menceritakan pula begini:
Kita sedang duduk di sebuah bangku dalam taman. Sedang kita enak menikmati sandwic dan Coke kita di tengah taman dengan udara bertiup lembut itu, tiba-tiba datang seorang lelaki bersama 2 orang anak kecilnya duduk di sebelah kita.
Lelaki itu hanya menung panjang melihat ke tasik dan mendiamkan diri sementara anak-anaknya berlarian macam setan menjerit-jerit sekuat hati.
Orang yang lalu lalang semuanya melihat dengan kening berkerut-kerut perangai budak-budak yang tak tahu hormat pada orang lain tu.
Kita pun lama-lama semakin bengang. Setan sungguh budak ni! Apahal mamat ni diammm je, tak nak tegur ke anak-anak dia ni? Lepas dah tak tahan sangat, kita pun tegur lelaki itu. Boleh tak encik suruh anak-anak encik tu dok diam-diam, saya tengah nak makan sandwic ni! Lelaki itu melihat pada kita seketika sebelum tersenyum sedikit.
“Maafkan saya,” kata lelaki itu. “Dan maafkan anak-anak saya tu.
Sebenarnya, isteri saya - ibu mereka - baru meninggal dunia sebab kanser di hospital, dan saya tak tahu macamana nak terangkan pada mereka hal ini.”
Kemudian dia sambung : “Biarlah saya bawa mereka ke tempat lain supaya tak menganggu anda makan.”
Apa rasa kita masa itu? Sebab itulah bila teringat ayat Qur’an mengatakan, beza antara manusia itu hanyalah iman dan taqwa, saya sering berasa menyesal. Sebab saya selalu menghukum orang melihat keadaan luarannya! Bagaimana dengan anda?
Wallahualam. “
Jangan Lupa Bapa Anda Februari 5, 2008
Posted by alhaddad in Jangan Lupa Bapa Anda.add a comment
System kat ofis aku down – 2.30am and aku still kat ofis. Sementara
tunggu system up balik, aku nak share something interesting happened to
me last nite kat ofis.
Semalam, aku stay back macam biasa utk habiskan keje. Tgh duk
lepak-lepak benti rehat sekejap, datang sorang pak gad nih. Indian age
dalam 50+ tapi still kuat coz dia dulu secret service utk kerajaan
Sarawak. Body guard aa kira. Dia pon maybe tgh boring coz kitorg dorang je
yg ada kat floor nih.
Dia dtg borak – and aku layan la macam biasa. Then suddenly dia tanya
gaji aku. (uikss.. apsal lak nih?) Then aku cakap la, adala sikit-sikit
lepas utk diri sendri and family. (takut gak dia nak pow ke or mintak
duit ker…)
Then dia tanya, ada bagi kat mak aku dak.. aku kata la
ada… bapak? (aku diam kejap coz aku mmg tak kasik kat bapak aku – aku
only kasik kat mak aku and assuming dia sbg finance minister akan
distribute la duit-duit tu ke mana-mana channel yg sepatutnya). Then dia
tanya lagik.
Aku pon slowwwwwwww jer jawab… tak. Dia pon cakap kenapa tak and aku pon
explain la why. Then dia cerita, “u tau ka, bila u kasik sama u
punya bapak, dia punya rasa lain u tau ka… Saya sbg bapak aaa, bila
anak kasik saya wang aaaa, saya rasa satu macam punya lain.” aku pon
dengar jer la… then mata dia berair… Dia kata bila anak dia kasik
duit dekat dia, “I felt like im flying in the sky!” Masa dia cerita tu,
siap dia cakap “sekarang saya cerita pon aaaa, bulu roma saya sudah
naik, rasa satu macam laaa…” Aku pon teros tingat kat bapak aku. Though
dia masih ada and still makan duit pencen, aku terpikir yg aku tak
penah kasik duit direk kat dia.
Dan tiba-tiba aku pon sebak rasa macam nak nangis bila teringat kat
bapak aku. Dulu masa dia kerja, dia selalu kasik duit kat aku masa aku
belajar. Skrg aku dah keje dan dia tak, kenapa laaaa aku tak hulur sikit
kat
dia.
Aku rasa yg aku dah bagi kat family cukup – tapi tidak! Gad tu tgk kat
mata aku and cakap “u kasik u punya mak, lain cerita. tapi kalau u
kasik u punya bapak wang aaa.. dia misti rasa happy. Saya mula dapat wang
dari anak aaa, walaupun saya ada gaji aaa.. saya nangis. Nangis gembira u
tau! Itu malam saya tableh tido. U ada wang, u kasik la sama u punya bapak
direk.
Nanti u tgk apa dia rasa. Tada-tada wang, 50 suda cukup.”
Malam tu aku sedih, dan gembira. Sedih sbb tingat kan kesilapan aku dan
gembira sbb aku dapat dua pengajaran dekat sinih. Yg pertama, walau siapa
pon kita, dengarlah nasihat org-org di “bawah” kita. Kadang-kala, nasihat
itu menjadi suatu yang amat berguna. Dan yang kedua, sayangilah bapa anda.
Hulurkan lah sedikit wang hasil penat lelah kita itu. Tak dapat banyak,
sedikit pon tidak mengapa.
Kepada yang masih mempunyai bapa, sayangilah mereka sepenohnya. Peluk erat
dan berikan satu senyuman istimewa buatnya. Kepada yang tiada, hadiahkanlah
bacaan al-fatihah serta panjatkanlah doa semoga arwah dicucuri rahmat dan
ditempatkan bersama para mukminin.
Mihrab Februari 5, 2008
Posted by alhaddad in Mihrab.add a comment
Kami berjabat.
Dia saya kenali sebagai pakcik Muhsin. Setelah berbual dengannya beberapa minit, maka betullah telahan saya yang dia sudah lama tinggal di kawasan ini. Malah, rumahnya juga karib dengan masjid. Waktu ini, saya sudah mula merasakan keakraban, justeru saya kira kami sudah bersedia melanjutkan perbualan kepada mauduk utama.
“Apa pendapat pakcik tentang saf jemaah di masjid ini?” Senyuman masih tekal di bibir saya.
“Bagus.” Dia mengangguk kepala sedikit.
Saya tersenyum lagi. Kemudian memandang mihrab. Sebetulnya ingin memancing respons.
“Kenapa?” Suaranya kedengaran serak-serak.
“Saya kira kurang baik, pakcik. Walaupun baru dua hari di sini, saya lihat saf di sini masih bengkang-bengkok. Jemaah juga tidak mahu merapatkan bahu bila berdiri bersama.” Saya kembali memandangnya dengan senyuman. Saya tahu, senyuman ada kuasa memikat, selain pahala bersedekah.
“Itu tak jadi masalah.” Dia bersuara acuh tak acuh. Saya terkedu sedikit. Senyuman saya mati. Di situ, keegoannya sudah mula terserlah.
Saya memujuk hati dan membacakan sebuah hadis riwayat Muslim tentang saf, “Luruskan barisanmu, jangan bengkang-bengkok; kerana barisan yang bengkok nescaya akan menyebabkan hatimu berpecah belah.”
“Saf ni asas solat berjemaah pakcik, kesempurnaan solat berjemaah. Kalau kita sambil lewa, matlamat untuk mengakrabkan silaturrahim sesama Muslim itu tak akan tercapai. Hati kita akan bengkang-bengkok seperti saf itu. Penuh hasad, iri, takbur dan macam-macam lagi.” Saya bersuara lembut dan moga-moga akan menusuk ke kalbunya.
“Lagi?” Nada suaranya ditinggikan. Ya, kini saya sudah mula merasakan suatu gejolak.
“Cara solat pakcik. Saya nasihatkan sebelum solat, pakcik bacalah surah an-Nas dan berta’awuzlah, mohon perlindungan daripada syaitan yang direjam. Was-was itu datangnya daripada syaitan dan kejahilan.” Saya mengukir senyuman semanis madu.
Orang tua itu tiba-tiba mendengus. “Apa? Aku jahil?” Matanya terbeliak memandang saya.
Saya terkesiap. Sungguh, saya benar-benar tidak menjangka akan menerima reaksi sedemikian. Saya menarik nafas dalam-dalam. Pandangannya tidak saya balas dan kembali terlempar ke arah mihrab. Saya perlu mewujudkan jeda.
“Aku cuba untuk khusyuk.” Pakcik Muhsin tiba-tiba berkata perlahan setelah berlalu beberapa detik. Saya gesit memandangnya. Dia pula lekas mengalih pandang ke arah mihrab. Tidak mahu bertentang mata.
Hati saya dijentik kagum. Rasa kasihan juga bercampur baur. Ya, sekarang inilah waktu yang paling sesuai untuk saya menyampaikan dan memberikan pedoman.
“Izinkan saya memberikan formulanya, pakcik.” Saya memandang sisi wajahnya. Dia langsung tidak memandang saya. Geleng pun tidak, angguk pun tidak.
“Pakcik perlu hadirkan hati.” Saya perasan kening pakcik Muhsin yang berkerut.
“Maksudnya, hati itu mesti dikosongkan daripada segala sesuatu yang tidak ada sangkut paut dengan solat. Yang ada hanya Tuhan yang ingin kita sembah.” Dia kelihatan mengangguk sedikit. Riaknya itu sudah cukup sebagai pendorong semangat saya berbicara.
Saya senyum, kemudian membacakan firman Allah dalam surah Taha ayat 14, “…dan dirikanlah solat untuk mengingati Daku.” Kemudian saya iringkan dengan surah al-A’raf ayat 205, “Dan janganlah engkau menjadi orang-orang yang lalai.”
“Kelekaan dan kelalaian itu adalah lawan kepada mengingati. Jika lalai dalam solat, bagaimanakah ingin dikatakan seseorang itu ingat kepada Allah? Solat bukan pada zahir sahaja, tapi juga pada batinnya.”
Saya bacakan pula ayat 43 daripada Surah an-Nisa’, “…hingga kamu sedar dan mengetahui apa yang kamu katakan.”
“Walaupun ayat ini adalah sebagai dalil melarang orang-orang yang sedang mabuk mendirikan solat sebelum pengharaman arak secara mutlak, tetapi ayat ini juga boleh digunakan sebagai larangan bagi orang-orang yang leka, lalai dan orang-orang yang dihinggapi penyakit was-was.”
Masjid itu tiba-tiba berdengung dengan bunyi motosikal. Saya berhenti seketika. Budak-budak rempit ini memang tidak pernah kenal ketololan mereka.
Setelah bunyi itu reda, pakcik Muhsin memandang tunak wajah saya, saya tersenyum sepicing dan kembali menyambung.
“Pakcik lihat sekarang, ramai orang yang mengerjakan solat atau mengaku menunaikan solat, tapi aurat terbuka sana, terbuka sini, senang kata, maksiat atau dosa tetap mereka lakukan. Sedangkan kita maklum, solat itu mencegah perkara yang keji dan mungkar. Berdasarkan sebuah hadis riwayat Tabrani, “Barang siapa yang solatnya tidak dapat mencegah dirinya dari perbuatan keji dan mungkar, maka orang itu tidaklah ditambah oleh Allah melainkan jauh, yakni jauh dari kebenaran.” Bermakna, kalimah-kalimah dalam solat hanya meniti di bibir sahaja, tidak mengalir ke dalam hati. Atau mereka gagal menghadirkan hati.” Saya menerangkan bersungguh-sungguh.
“Orang yang gagal menghadirkan hati ni seperti orang yang mengigau, pakcik.” Saya sengaja tidak memandang kepada pakcik Muhsin. Pandangan saya jatuh ke arah mihrab yang terbentang sejadah imam itu, tapi minda dan hati jauh berkelintar.
“Mengigau?” Pakcik Muhsin yang baru saya kenali itu menyoal. Daripada bunyi nadanya saya tahu dia sedang kepelikan.
Pesanan Imam al-Ghazali beragaman dalam benak saya.
“Ya pakcik. Orang yang lalai ini seperti orang yang mengigau dalam tidur. Apakah orang yang berkata-kata dalam tidur dikira sebagai ucapannya sendiri atau igauan semata-mata? Adakah kata-kata ‘pakcik sudah pergi ke London’ semasa dalam tidur, orang akan percaya dan terima?” Pada perkataan London itu saya menyebutnya menggunakan ejaan Melayu seraya terkerisin.
Saya membetulkan sila. Pakcik Muhsin menunggu dengan mata terkejip-kejip.
“Jadi, solat kita semasa lalai, segala ayat-ayat dalam solat kita lafazkan sedangkan hati kita alpa, tidak jaga dan tidak hadirkan hati, adalah seperti orang yang mengigau, tidak tahu apa yang diucapkan, tidak sedar dan apakah solat kita akan diterima Tuhan?” Saya kembali memandangnya.
Namun, saya sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Pakcik Muhsin bangun tiba-tiba dan memandang saya sepicing sebelum berlalu ke arah mihrab. Ada tiga orang jemaah di saf yang pertama menghadap mihrab, yang saya rasakan orang-orang kuat masjid. Hati saya diterpa bermacam rasa. Walang, bimbang dan gentar bercampur baur. Saya menghela nafas dan lekas beristighfar. Meyakinkan hati, bahawa kemenangan itu adalah untuk orang-orang yang benar.
Saya teringat firman Allah dalam surah al-A’raf ayat 165, “Maka tatkala mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu dan Kami timpakan orang-orang zalim dengan azab seksa yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik.”
Hati saya hanya mampu mendoakan agar pakcik Muhsin tidak termasuk di kalangan golongan yang disebut Allah dalam ayat ini. Golongan yang tidak menghiraukan, tidak mempedulikan apabila datang peringatan kepada mereka.
Saya melihat jam, waktu masih awal. Masih ada masa lebih kurang tiga puluh minit sebelum masuk fardu Isyak. Saya lekas bingkas dan mengambil mashaf, kemudian beriktikaf semula di tempat yang sama.
Namun, belum pun sempat saya membuka mashaf, ada orang memegang tangan saya. Saya terkedu apabila melihat pakcik Muhsin berada di sisi saya dan meminta saya bangun.
“Bangunlah. Pakcik sudah cadangkan pada imam dan jawatankuasa untuk membenarkan anak memberikan tazkirah. Mereka setuju.” Saya bingkas dan menurutinya dalam pinga.
“Adalah tidak adil jika anak menyampaikan ilmu untuk pakcik seorang saja. Apa yang ingin anak sampaikan penting dan perlu juga disampaikan kepada jemaah.” Dia mengukir senyum. Senyuman yang julung-julung kalinya tentu!
Serentak itu saya terdengar suara imam meminta semua jemaah menumpukan perhatian di hadapan. Saya terkesima. Subhanallah! Hati saya diterpa kagum tak henti-henti. Zikir dalam hati bertemali.
Saya melangkah dan duduk di mihrab. Sebelum memulakan kuliah, saya memandang pakcik Muhsin yang duduk karib di sebelah kanan, kemudian ke arah jemaah di sekitar masjid.
Jiwa saya ketika itu beragaman dengan diksi – ayuh, kita hadirkan hati!
Lelaki dan kepompong kupu-kupu Februari 5, 2008
Posted by alhaddad in Lelaki dan kepompong kupu-kupu.add a comment
diselamatkan dan dicintai.
Kita fikirkan Februari 5, 2008
Posted by alhaddad in Kita fikirkan.add a comment
kita sering menuduh org itu tidak matang org ini tidak matang, adakah
kita
sudah mencapai tahap kematangan sebenar?Kita cuma benci perkara yang kita tidak suka, adakah perkara yang kita
tidak
suka itu boleh menjadi sebaliknya, seandainya lifesyle kita berbeza?Dalam memilih pasangan, kita tidak harus memilih org yg memiliki apa yg
kita
suka sahaja, kerana tidak mungkin org yg memiliki apa yg kita suka itu
tidak
mempunyai perkara2 yg dia tidak suka pada kita…Kita tidaklah sempurna, dalam memilih pasangan, seandainya majoriti
kriteria
sudah mencukupi, redalah dengan kelemahan yg sedikit walau kita tidak
suka,
nanti org pun tidak suka pada kelemahan diri kita….Bersyukurlah kalau org menyukai kita, tentu kita ada kelebihan
menyebabkan
org suka pada kita. Tapi tidak semestinya kita tidak punyai kekurangan.Jangan pandang rendah pada org lain hanya kerana dia punyai perkara2 yg
kita
tidak suka. sebaliknya hapuskan perkara yg kita tidak suka dengan
kelebihan
yg ada pada diri kita, sebagainya dia akan menghapuskan kekurangan diri
kita
dengan kelebihan dirinya.
Kisah empat lilin Februari 5, 2008
Posted by alhaddad in Kisah empat lilin.add a comment
Sedikit demi sedikit habis meleleh.
Suasana begitu sunyi sehingga terdengarlah percakapan mereka.
Yang pertama berkata:
“Aku adalah Damai.”
“Namun manusia tak mampu menjagaku, maka lebih baik aku mematikan
diriku saja!”
Demikianlah sedikit demi sedikit sang lilin padam.
Yang kedua berkata:
“Aku adalah Iman.”
“Sayang aku tak berguna lagi.”
“Manusia tak mau mengenaliku, untuk itulah tak ada gunanya aku tetap
menyala.”Begitu selesai bicara, tiupan angin memadamkannya.
Dengan sedih giliran Lilin ketiga bicara:
“Aku adalah Cinta”
“Tak mampu lagi aku untuk tetap menyala.”
“Manusia tidak lagi memandang dan mengganggapku berguna.”
“Mereka saling membenci, malah membenci mereka yang mencintainya,
membenci keluarganya.”
Tanpa menunggu waktu lama, maka matilah Lilin ketiga.
Tanpa terduga…
Seorang anak saat itu masuk ke dalam kamar, dan melihat ketiga Lilin
telah padam.
Kerana takut akan kegelapan itu, si anak berkata:
“Eh apa yang terjadi?? Kalian harus tetap menyala, aku takut akan
kegelapan!”
Lalu si anak menangis tersedu-sedu.
Lalu dengan terharu Lilin keempat berkata:
“Jangan takut,
Janganlah menangis, selama aku masih ada dan menyala, kita tetap
dapat selalu menyalakan ketiga Lilin lainnya:
” Akulah H A R A P A N “
Dengan mata bersinar, si anak mengambil Lilin Harapan, lalu
menyalakan kembali ketiga Lilin lainnya.
Apa yang tidak pernah mati hanyalah H A R A P A N yang ada dalam
hati kita. Semoga ia dapat menjadi alat, seperti si anak tersebut
yang dalam situasi apapun mampu menghidupkan kembali Iman, Damai,
Cinta dengan HARAPAN-nya!
Mustafa Kamal Attartuk Februari 5, 2008
Posted by alhaddad in Mustafa Kamal Attartuk.2 comments

6.Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7.Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8.Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9.Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10.Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11.Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12.Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13.Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14.Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15.Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16.Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
17.Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18.Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab “Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.
Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah :
1.Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2.Sakit jantung.
3.Penyakit darah tinggi.
4.Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantuny a juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di
dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.
Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.
Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya . Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya) .
Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang MEGEMBIRAKAN (bukan menyedihkan) , ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!”
Dari Abdullah bin ‘Amr r.a, Rasulullah saw bersabda : “Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.” Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri saya) sebelum muhasabah diri orang lain. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt. Apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
–
Kepada semua banduan…menjadi mayat adalah tanda kita keluar dari “penjara dunia”, langkahan kaki kita adalah langkahan maut..menuju tempat menjadi mayat…

