TUDUNG DAN IMAM… Februari 13, 2008
Posted by alhaddad in TUDUNG DAN IMAM....add a comment
TUDUNG DAN IMAM…
Semalam dalam YM seseorang telah bertanya kepada saya… penting sangat ke memilih pemimpin yang bertudung… Terkedu juga dibuatnya sekejap hehe. Bukankah bukan semua yang bertudung itu baik dan bukan semua yang tak bertudung itu jahat… Terus tersentak!!!
Terus ana tanyakan dia sesuatu… Sekarang saudari ingin bersolat di surau KLCC ( kenapa surau KLCC… sebab di situ tgk ramai juga yg berseluar jeans dan dan tak bertudung tapi tetap solat. Syukur bagus. ) Saudari tidak mahu menjadi imam dan pilihan di hadapan saudari 2 orang, seorang berpakaian baju kurung lengkap bertudung dan seorang berseluar jeans ketat dan tidak memakai tudung??? Apa pilihan saudari!!!
Terus ana menyampuk… Dah memilih pemimpin tu bukan ibadat ke??? Solat je ibadat??? Kalau begitulah pahaman saudari, itu bahaya boleh membawa kepada syirik… ana direct je hehehe. Lalu ditanya lagi oleh saudari ni… Kenapa plak syirik??? Kan ke Agama kita ni lengkap… Merangkumi semua di dalamnya. Tak kira apa, semuanya diajar dalam Al-Quran… ekonominya, nikah kawinnya… politik kepimpinannya. Bila kita mengatakan ibadat hanya perkara pokok, seperti solat dan haji tak secara langsung kita telahpun menafikan kesempurnaan Islam sebagai petunjuk jalan kehidupan lantas menafikan kesyumulan Islam. Tak ke syirik tu???
Satu yang ana hairan hari ni, kita berebut2 untuk beramal Islam dalam masalah Muamalat… maka timbulah pelbagai istilah… Bank Islam, Takaful… Bahkan adanya Konsert Islam… Rock Islam… Ada ke Rock Islam ye??? Macam-macam! !! Kita juga kekal dalam masalah Munakahat… nikah kawin. Semua memilih cara Islam… rujuk cerai nikah semua tetap mengikut Islam… tapi kita lupa dengan Jinayat dalam Islam… Jinayat tu apa plak yer??? Terus dia tanya ana… Jinayat tu berkaitan hukum hakam jenayah… Hududnya, Qisasnya Takzirnya… Mulalah kita mencemik… dengan hukum hakam seperti ini… Konon hukum ketinggalan zaman??? Ketinggalan zamankah hukum ketetapan Ilahi yang mengetahui segalanya tentang kehidupan kita di bumi ini!!!
Kita hanya akur dengan Nikah kawin dalam Islam dan Muamalat sahaja… Tapi kita sukar menerima Jinayat Islam. Kenapa???
Pilihan di tangan saudari….. ……. Maybe pahaman ana salah. Sila perbetulkan! !! Thank kerana sudi berYM.
SUMBER : http://ustazmuda. blogspot. com
MAAFKAN ANDAK SAYANG… Februari 13, 2008
Posted by alhaddad in MAAFKAN ANDAK SAYANG....add a comment
MAAFKAN ANDAK SAYANG…
Hari ini, ustazmuda nak tukar sikit nama yang biasa ustazmuda gunakan ketika menulis. Ustamuda. Ustazmuda nak gunakan gelaran atau pangkat dalam keluarga ustazmuda iaitu andak. Gelaran bagi anak ke 6 dalam susur galur keluarga khususnya bagi orang Pahang. Maaf!!! andak tak pasti kalau-kalau negeri lainpun seumpamanya. Coretan andak hari ni sebenarnya terlalu istimewa, coretan khusus untuk anak-anak saudara andak. Maafkan andak andai warkah ini terlalu terbuka membicarakan kita.
Maafkan andak sayang…
Andak sesekali tidak bermaksud untuk membuka aib keluarga kita sayang. Andak terlalu menyayangi kalian. Sukar untuk andak menggambarkan rasa cinta itu. Sungguh. Biarlah andak berterus terang. Sekali lagi andak memohon maaf kerana warkah ini terlau terbuka membicarakan kita.
Di Ramadhan dan Aidilfitri yang lalu, andak sangat gembira dan tak tahu nak gambarkan betapa girangnya hati kerana kita dapat berkumpul sama-sama, riuh rendah rumah wan dibuatnya. Wan apa lagi senyum memanjang melihat anak cucunya berkumpul. Saat itu hanya datang setahun sekali.
Maafkan andak sayang…
Andak juga gembira, kalian telah bejaya dalam hidup. Kepulangan dengan pelbagai cara dan gaya. Dengan cita-cita yang besar dengan gaya hidup yang tak kurang besar… Hati terdetik Alhamdulillah syukur padaNya anak-anak sedara andak telah berjaya semuanya. Impian dan cita-cita itu sebenarnya tidak pernah bersalahan dengan agama kita.
Cuma satu yang andak agak rungsingkan. Sebenarnya dah lamapun untuk andak sampaikan dari hati kehati tapi terlalu berat, mulut ni tidak mampu mengungkap kata bicara, lidah bagaikan kelu tatkala berhadapan dengan kalian. Sudah bertahun juga hati ini sekadar menyimpan dan terkadang melepaskannya melalui kata gurauan. Dan hari ini, andak tidak mampu lagi untuk menyimpan dalam diri ini. Ya!!! Tidak mampu lagi, dan bagi andak inilah cara terbaik… andak melepaskannya. Sesungguhnya selagi tidak dilepaskan, hati andak bagaikan memikul satu bebanan yang maha berat, walaupun mungkin saluran ini menunjukkan betapa lemahnya iman andak dalam dalam memberi teguran… Namun inilah kemampuan yang ada. Andak juga takut dipersoalkan oleh Allah akan tanggungjawab andak pada kalian…
Maafkan Andak Sayang…
Ya, kepulangan kalian hampir saban tahun dengan pelbagai cara dan gaya sikit sebanyak merobekkan hati ini. Bukan hati andak seorang… sebenarnya hati hampir keseluruhan ahli keluarga… Wan, Aki, Ayah Tam, Ayah Teh kalian. Kepulangan di Ramadhan ini juga, dengan cara yang tidak jauh beza dengan tahun-tahun lepas… jeans yang sungguh ketat dan berbaju lengan pendek walaupun masih terlekat sehelai tudung di kepala bagaikan menghiris hati kami. Hancur luluh sebenarnya. Luluh seluluhnya. Andak tahu, siapalah andak untuk mengatur duduk pemakaian kalian. Kalian sudah terlalu besar panjang, sudah dewasa… amat dewasa untuk mengatur hidup sendiri.
… Maafkan andak kerana mencampuri urusan hidup kalian. Sayang… apa yang andak perkatakan tak lain hanyalah kerana rasa sayang andak dan kami sekeluarga kepada kalian. Tiada yang lain di sebaliknya.. . Patutkah andak menyentuh pemakaian kalian??? Terserah. Andai kalian menerima Alhamdulillah. Andai ini akan mengeruhkan keadaan andak serahkan pada Allah. Sesungguhnya Allah tuhan yang kita sama-sama sembah mengatur segala hidup kita selagi kita mengaku beriman padaNya. Dialah penentu segalaNya. Ya!!! Kita bebas… tetapi kita bebas dalam rasa kehambaan kepadanya. Buatlah apapun di maya ini selagi tidak menyalahi hukum Allah. Tunduk dan patuhlah akan apa yang telah digariskan olehNya. Patuhlah. Sesungguhnya kita berpijak dibumiNya… .
Maafkan Andak Sayang…
Andak faham… sangat-sangat fahami yang kalian semua masih diusia ramaja. Dan itulah sebenarnya trend remaja kini. Remaja yang berjeans ketat, berbaju sendat sms dan bimbit setia ditangan… sesekali ke padang bermain futsal berbicara soal pasangan hidup… hidup penuh kebebasan. Andak tidak salahkan kalian. Tidak… mungkin andak juga begitu andai andak masih di usia kalian… dan itulah sebenarnya yang dimomokkan oleh pemerintah kita… Itulah keinginan meraka, membiarkan kita lalai dan leka dari Islam lantas berjauh hati denganNya.
Ya!!! semua saluran dipergunakan untuk memomokkan idea ini, sehingga kita yang bertudung seolah diangap salah. Pandangan diserongkan persepsi diterbalikan. .. Lihat sahaja apa yang dihidangkan kepada kita di media massa mahupun elektronik. Kemana kita di bawa… satu persatu bermula dengan 3R, Gol dan Gincu, Ilyana dan kini Dunia Baru…
Arghh!!! pasti tidak akan berakhir di situ sahaja. Tentu kalian masih ingat dengan ucapan si gadis genit tika menjulang tropinya ‘ mari kita perbanyakkan lagi cerita seperti ini…’ hari ni racun yang ditanam berpuluh tahun dahulu telah benar-benar memakan diri kita. Sedikit demi sedikit kita lari dari akar umbi bahasa, budaya… dan akhirnya mencabut Islam itu sendiri. Rupanya racun Yahudi dan Nasara itu telah benar-benar meresap dalam hidup kita. Benar. Kita tidak memerlukan lagi si Yahudi dan Nasara datang menyesatkan kita. Cukup… cukup dengan agen-agen mereka di kalangan kita. Cukup!!!… kita kalah dalam peperangan ini.
Maafkan andak sayang…
… sayang mungkin andak dah terlalu jauh menyimpang. Biarlah kita kembali kepada perbincangan asal. Andak berbangga dengan kejayaan kalian dalam hidup. Sungguh andak amat berbangga. Kalian berjaya dalam hidup… tapi kejayaan itu dapatkah menjamin kejayaan kita ketika menemui Allah di sana nanti. Dapatkah??? Dapatkah kejayaaan, kekayaan kita untuk membeli syurga Allah di sana nanti??? Maaf kalau ini terlalu kasar bicaranya. Renung sedalamnya, jawapan ada pada kalian sayang.
Ya!!! kadangkala kita lalai dan leka di pertengahan jalan. Leka yang panjang. Terlena sebentar dengan keasyikan dunia yang fantasi dan terlupa akan realiti kehidupan di sana nanti. Kehidupan yang tidak pernah ada penghujung.. . kehidupan yang tidak mungkin dapat diperbandingkan oleh sesiapapun tempohnya dengan kehidupan ini. Ya!!! terlalu lama tiada berpenghujung. Andai bahagia… bahagialah milik kita abadi di sana nanti dan andai derita deritalah untuk selamanya… Sanggupkah kita???
Maafkan andak sayang…
… Masihkan kalian ingat pada ayat Allah ini :
Ya!!! kita adalah hambaNya…inilah sebenarnya tujuan asal kita dijadikan olehNya. Lupakah kita pada ayat Allah ini. Kita adalah hambaNya… yang tidak punya apa-apa hak untuk mengatakan TIDAK kepada kehendaknya. .. kepada perintahNya. .. kepada hukum hakamNya… tunduk dan patuhlah selagimana hati berkata ‘ aku masih seorang MUSLIM MUKMIN’…
Mungkin kalian akan menunding jari pada andak??? Ya!!! andak sedar kadangkala andak sendiripun bukanlah contoh yang terbaik pada keluarga. Andak sedar itu… amat sedar, andak sedang berusaha sedaya upaya memperbaiki diri ini. Doakan untuk andak kalian ini.
SUMBER : http://ustazmuda. blogspot. com
Mengapa Harus Aku? Februari 13, 2008
Posted by alhaddad in Mengapa Harus Aku?.add a comment
Dalam fikiran saya ketika menerima suatu musibah, kita selalu mempertanyakan “Mengapa harus Aku” hal itu pun pernah saya alami, ketika mendapat kecelakaan tertabrak mobil, ketika Gagal dalam Meraih sesuatu yang saya inginkan, Gagal dalam Percintaan dll,
Mengapa harus AKu? Pertanyaan ini timbul muncul bila kondisi tidak menyenangkan, bangkrut, atau malapetaka. Namun bila dapat untung maka pertanyaannya berubah, mengapa bukan aku? Manusia itu egois, waktu susah berharap perhatian, namun waktu senang lupa segalanya. Gempa dan gelombang besar tsunami sangat menemplak kita. Kekayaan, jabatan, kekuasaan, kecantikan tidak menjamin kita. Saya bisa merasakan kepedihan dari mereka yang kehilangan sanak keluarga dan harta. Kenapa kau KEJAM tsunami?
Hidup ini, bukan penderitaan, karena ada sisi lain yang menyenangkan. Namun di dalam hidup, kadang ada perasaan menderita. Harta lenyap, keluarga tidak utuh, tertawa menjadi tangisan. Kalau kita sepakat hidup itu sulit, berarti kita perlu mencari taktik untuk menghadapinya. Ketika C.S. Lewis ditanya: Mengapa orang benar yang taat bersembahyang juga menderita? Jawabannya mengagetkan! , Mengapa tidak? Sebab mereka adalah satu-satunya orang yang dapat memenangkan masalah ini.
Burung Rajawali hidup di atas bukit terjal, ia membuat sarang di sana. Sang induk mengerami telurnya, sesudah itu ia menghangatkan anak-anaknya. Namun tiba-tiba ia mengepak-ngepak sayap, ia menghancurkan sarang itu. Anak-anak burung tidak mengerti; sangkanya induk itu jahat. Kemudian ia mengapit anak-anaknya dan dibawa terbang tinggi, mendadak dilepaskan. Berulang kali dilakukan sampai anaknya terbang sendiri. Waktu itu baru anak-anak mengerti.
Ketika anaknya tewas terjatuh dari gedung pencakar langit di New York, gitaris Eric Clapton merasa seperti mimpi Baginya kematian Conor itu merupakan sautu kejadian yang sangat terpukul sekali. Clapton mengatakan : “Kematian anak saya, mengajari saya bahwa hidup sebenarnya sangat riskan. Apabila kamu masih diberi hidup 24 jam, itu namanya sudah merupakan rahmat.”
Jadi ketika kita mendapat musibah, sebaiknya kita bisa lebih bersabar, dan lihatlah dengan keyakinan, setelah terkena musibah, akan terdapat suatu Anugrah akan kita terima. ketika terkena masalah atau musibah bisa menjadi alat intropeksi untuk memacu diri, bukan menyebabkan kita terpuruk.
Pernah seorang sahabat yang terkena PHK, “berkata kenapa harus aku yang di PHK”, tetapi dengan proses PHK tersebut, sahabat saya mendapatkan dana untuk memulai suatu bisnis, dan Alhamdullilah bisnis tersbut lancar, dan penghasilan yang diterima lebih besar di banding saat dia Bekerja.
Ada kisah lain, seorang sahabat sMU saya , dia adalah seorang pekerja tangguh di kantornya, dengan prestasi yang baik, di kantor pertama dia bekerja dia disia-siakan hasil kerja tidak dianggap,atasannya kurang menyukainya, karena dia adalah karyawan kontrak, dan ketika kontrak habis, maka atasanya tidak memperpanjang kontrak kerjanya. dan saat itu dia hampir tidak percaya, dan sedikit putus asa,dia bercerita kepada saua, “Mengapa harus aku Diputus kontrak”, tetapi dia mencoba melamar ke perusahaan lain, dan diperusahaan kedua tersebut dia berhasil membangun karir, dengan prestasi yang luar biasa melebihi karir di perusahaan pertama, hingga suatu saat bos dari perusahaan pertamanya melamar keperusahaan dia bekerja, dan diterima, tetapi posisinya saat itu terbalik bosnya menjadi anak buahnya.
Atau ketika sahabat saya yang sedang mengalami putus cinta saat itu dia terpuruk sekali, dan saat putus asa dia bercerita kepada saya, saya sudah mencintai dia dengan sangat, saya sudah memberi yang saya bisa lakukan, “mengapa harus saya berpisah dengan dia”, tetapi berjalan dengan waktu yang mengalir dia mendapat kan kekasih baru, yang lebih dari kekasihnya yang lama, dan mereka pun melanjutkan ke jenjang yag pernikahan.
Dari tiga kisah tersebut, saya menyimpulkan saat pertama kita terkena musibah, kita akan berkata “mengapa Harus Aku”, dengan ketidak tahuan akan kisah hidup kita yang terjadi selanjutnya, mungkin sesuatu yang kita anggap ke gagalan, musibah, adalah awal dari keberhasilan kita. Ayo tetap semangat, dan jangan katakan “kenapa Harus Aku”, tetapi katakan “Terimaksih Aku telah terpilih”.
“Tahukah anda kalau orang yang kelihatan begitu tegar hatinya, adalah orang yang sangat lemah dan butuh pertolongan”
–
Best Regard
Erwin Arianto,SE
¤¨¤ë¥¦¥£¥ó¡¡¥¢¥ê¥¢¥ó¤È
———— ——— ——— ——-
SINCERITY, SPEED, INOVATION & INDEPENDENCY
Kisah sebuah kebenaran Februari 13, 2008
Posted by alhaddad in Kisah sebuah kebenaran.add a comment
laki-laki yang sangat dicintainya. Suatu hari istrinya jatuh sakit dan tak berapa lama meninggal. Betapa pedihnya hati pria tersebut. Sepeninggal istrinya, dia mencurahkan segenap perhatian dan kasih sayangnya kepada anak laki-laki semata wayangnya. Suatu ketika pedagang tersebut pergi ke luar kota untuk berdagang; anaknya ditinggal di rumah.
Sekawanan bandit datang merampok desa tempat tinggal mereka. Para penjarah ini merampok habis harta benda, membakar rumah-rumah, dan bahkan menghabisi hidup penduduk yang mencoba melawan; rumah sang pedagang pun tak luput dari sasaran. Mereka bahkan menculik anak laki-laki sang pedagang untuk dijadikan budak.
Betapa terperanjatnya sang pedagang ketika ia pulang dan mendapati rumahnya sudah jadi tumpukan arang. Dengan gundah hati, ia mencari-cari anak tunggalnya yang hilang. Ia menjadi frustrasi ketika mendapati banyak tetangganya yang terbantai dan mati terbakar. Di tengah kepedihan dan keputusasaan, ia menemukan seonggok belulang dan abu di sekitar rumahnya, di dekat tumpukan abu itu tergolek boneka kayu kesayangan anaknya. Yakinlah sudah ia bahwa itu adalah abu jasad anaknya. Meledaklah raung tangisnya. ia menggelepar- gelepar di tanah sembari meraupi abu jasad itu ke wajahnya. Satu-satunya sumber kebahagiaan hidupnya telah terenggut..
Semenjak itu, pria tersebut selalu membawa-bawa abu anaknya dalam sebuah tas. Sampai setahun setelah itu ia suka mengucilkan diri, tenggelam dalam tangis sampai berjam-jam lamanya; kadang orang melihat ia tertawa sendiri, mungkin kala itu ia teringat masa-masa bahagia bersama keluarganya. Ia terus larut dalam kesedihan tak terperikan..
Musim berlalu. sang anak akhirnya berhasil meloloskan diri dari cengkeraman para penculiknya. Ia bergegas pulang ke kampung halamannya. Sesampai di kediaman ayahnya, ia mengetuk pintu rumah sembari berteriak senang, “Ayah, ini aku pulang!”
Sang ayah yang waktu itu lagi tertidur di ranjangnya, terbangun mendengar suara itu. Ia berpikir, “Ini pasti ulah anak-anak nakal yang suka meledekku itu! Pergi! Jangan main-main!”
Mendengar sahutan itu, sang anak kembali berteriak, “Ayah! Ini aku, anakmu!”
Dari dalam rumah terdengar lagi, “Jangan ganggu aku terus! Pergi kamu!”
Sang anak menggedor pintu dan berteriak lebih lantang, “Buka pintu ayah! Ini betul anakmu!”
Mereka saling bersahutan. sang ayah terus bersikeras tidak membuka pintu. Sang anak pun akhirnya putus asa dan berlalu dari rumah itu..
Sebagian orang begitu erat memegang apa yang mereka ANGGAP sebagai kebenaran. Ketika Kebenaran Sejati betul-betul datang, belum tentu mereka membuka pintu hati mereka.
–
Best Regard
Erwin Arianto,SE
¤¨¤ë¥¦¥£¥ó¡¡¥¢¥ê¥¢¥ó¤È
———— ——— ——— ——-
SINCERITY, SPEED, INOVATION & INDEPENDENCY
Usah tertipu bisikan syaitan, syahwat Februari 13, 2008
Posted by alhaddad in Usah tertipu bisikan syaitan, syahwat.add a comment
Bersama Dr Juanda Jaya
juanda@kutpm.edu.my
Orang beriman perlu takut, bimbang jika terpedaya dengan amalan sendiri
TIDAK dapat dibayangkan betapa sedihnya jika cinta ditolak, ketaatan dipersoalkan, kesetiaan diragui. Seseorang akan merana dan mungkin boleh menjadi gila apabila kekasih hati tidak menerima ketulusan cintanya.
Bagaimana pula keadaan seorang yang menghadap Allah SWT dengan keyakinan bahawa Allah menerima cinta dan ketaatannya, tetapi rupanya ia ditolak? Dia membawa banyak amalan yang berat timbangannya di akhirat dan ketika tiba masa perhitungan, semua kebaikan itu lenyap tidak berbekas sedikit pun.
Lalu hamba itu menangis sambil menyesali diri: “Wahai Tuhanku, beginikah balasan mempermain-mainkan cinta-Mu. Di mana pahala sembahyangku, puasa dan hajiku, sedekah dan zakatku? Semuanya sirna belaka, adakah aku tertipu oleh amalanku sendiri?”
Perkara yang semestinya ditakuti dan dibimbangi orang beriman ialah jika Allah tidak menerima amal kebaikannya. Hal itu pernah dicetuskan Saidatina Aisyah ketika bertanya mengenai ayat yang bermaksud: “Dan mereka yang mengerjakan perbuatan dengan hati yang takut.” (Surah Al-Mukminun, ayat 60).
Aisyah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah mereka yang suka minum khamar atau mencuri?” Sabda Baginda SAW: “Bukan itu wahai puteri Al-Shiddiq, melainkan mereka adalah orang-orang yang berpuasa, solat dan menunaikan zakat tetapi mereka merasa takut jika amal mereka tidak diterima.” (Hadis Riwayat Al-Tirmizi)
Ada beberapa sebab manusia tertipu oleh amalannya sendiri, antaranya:
l Senang melupakan dosa yang dilakukan dan suka menyebut amal kebaikan. Kita susah sungguh untuk mengakui jika kita berdosa kepada Allah, apatah lagi kepada sesama manusia, ayah dan ibu, suami atau isteri, anak dan sesiapa yang berada di sekeliling kita. Biasanya ada banyak alasan untuk menutupi dosa supaya terlihat seolah-olah perbuatan itu bukan suatu dosa.
Ada yang beranggapan wajar dia beralasan bahawa dia tidak ada masa untuk menyembah Allah kerana kekayaannya dan tanggungjawabnya terhadap pekerjaan yang diamanahkan. Tetapi mengapa Nabi Sulaiman yang amat jauh lebih kaya dan tinggi pangkatnya hingga menjadi Pengurus dan Pentadbir seluruh bangsa manusia, jin dan haiwan boleh mendekatkan diri kepada Allah dan ada masa untuk ibadat?
Yang lebih teruk lagi ialah orang sengaja melakukan kejahatan dengan alasan, tak apalah, bukankah Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang? Apakah dia pasti bahawa dirinya layak dikasihani oleh Allah?
Bukankah Allah juga Maha Adil lagi Maha Perkasa membalas segala perbuatan hamba-Nya secara yang setimpal? Jawapan yang senang bagi insan yang bodoh dan tertipu oleh kehendak tipu hawa nafsunya sendiri.
Biasanya, orang yang tidak dapat menghidu kebusukan dosa dan keburukan hatinya tidak merasai kesakitan menelan jarum kejahatan. Ini berpunca daripada diri yang terlalu yakin dengan kehebatan ibadat yang dilakukan.
Dengan beralasan, tak apa, malam tadi sebelas rakaat sembahyang sunat sudah dibuat, maka pagi ini berubah menjadi samseng jalan raya kerana bangun kesiangan dan terlambat pergi ke pejabat. Sepanjang jalan dia disumpah dan dimaki orang ramai kerana sikap membuta tuli ketika memandu.
Padahal Rasulullah SAW sudah berwasiat supaya kita menjaga hak orang lain di jalan raya. Sabda baginda SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang berjalan di masjid atau pasar, sedang dia membawa anak panah, hendaklah dia memegang hujung anak panah itu, supaya ia tidak mengganggu seorang Muslim lain kerananya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Cubalah hidu dosa yang kecil jika kita sudah menjaga diri daripada dosa besar. Bukankah yang besar bermula daripada yang kecil? Saat mengumpat seseorang, kita tidak perasan bahawa umpatan itu boleh menyebabkan kezaliman yang besar atau mungkin penganiayaan terhadap imej diri bahkan jiwa orang diumpat. Telah banyak pertumpahan darah berlaku berpunca daripada umpatan dan fitnah lidah yang dilakukan segelintir manusia di tepi jalan atau di kedai kopi, hinggalah kini merebak di alam siber.
Meremehkan dosa kecil ini juga boleh merosakkan kebahagiaan sebuah keluarga hingga masyarakat dan negara boleh punah kerananya. Disebabkan suami yang kasar dan kedekut, isteri pula kurang bersyukur dan akhirnya memberontak, mengakibatkan perkembangan emosi anak terganggu, dan natijahnya keluarga berpecah belah. Anak terabai dan rosak oleh pergaulan di luar rumah.
Perumpamaan dosa kecil itu bagaikan kayu api yang bertimbun, akhirnya ia membakar diri. Seorang alim pernah berkata: “Sesungguhnya dosa-dosaku meninggalkan bekas negatif kepada binatang tungganganku dan ahli keluargaku.”
l Yang paling menakutkan bagi orang mukmin selain dosanya ialah berbangga dengan amal kebaikan hingga menimbulkan perasaan riak. Sungguh ramai tertipu kerana penyakit riak yang menyusup masuk ke dalam hati.
Tanda riak menurut al-Imam al-Nawawi ialah kamu melakukan amal soleh kerana manusia dan tanda ujub ialah kamu meninggalkan amal kerana manusia, sedangkan ikhlas itu ialah jangan kamu melakukan kedua-duanya.
Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah mengingatkan bahawa manusia yang akan dihumbankan ke dalam neraka adalah tiga jenis yang melakukan amal soleh iaitu: “Seorang alim, seorang yang suka bersedekah dan orang yang mati syahid ketika berperang.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Punca amal mereka ditolak dan mereka masuk neraka ialah kerana angkara penyakit riak yang menghapuskan segala kebaikan dalam kitab catatan amalan mereka. Disebabkan ada maksud lain selain keredaan Allah, apa yang diusahakan untuk ibadat akan berakhir dengan penolakan.
Kemudian, sebab tertipu manusia ialah memandang kepada orang yang di atas dalam hal dunia dan memandang kepada orang yang di bawah dalam hal akhirat. Menjadi suatu keseronokan bagi dirinya apabila boleh mengatasi orang lain dalam hal keduniaan tetapi untuk akhirat dia pula berbangga dengan amalan yang sedikit kerana duduk bersama orang lebih teruk imannya berbanding dirinya.
Amalannya bergantung kepada keadaan sekeliling. Jika teman duduknya penipu yang tamakkan harta orang dia pula terikut-ikut mahu cepat kaya dengan jalan yang haram. Dalam hal akhirat pula banyak alasan diberi untuk menjimatkan amal. Tengok kawan tak solat rasa bangga sebab diri sudah melakukan solat, tetapi lupa sudahkah dia mencapai tingkat khusyuk yang sempurna? Dia sama sekali tidak mempertingkatkan ilmu solatnya kerana berasa diri lebih baik daripada kawannya itu.
Dalam hal dunia, kita boleh menemukan beberapa sifat orang kaya. Ada yang dalam kategori orang kaya baru, mungkin belum mampu bersabar menerima ujian hartanya sehingga ada sisa ujub dan takbur yang melekat pada peribadinya. Entahlah sampai bila orang ini boleh dimasukkan dalam kumpulan orang kaya lama yang lebih matang dan boleh mengawal nafsunya untuk bermegah.
Hakikatnya tidak salah apabila semangat untuk menjadi kaya raya itu berkobar-kobar dalam hati, bukankah Othman bin ‘Affan menyerahkan beratus unta dengan muatannya sekali yang berupa makanan asasi kepada rakyat miskin ketika berlaku musim kemarau di Madinah. Dunia itu syurga bagi orang mukmin jika diperoleh dengan iman dan dibelanjakan dengan takwa.
Kaya atau miskin, yang paling mustahak adalah jangan pernah tertipu oleh syahwat dan syaitan kerana kesilapan lalu adalah pengajaran berharga untuk tidak diulangi kembali. Tetaplah teguh dan istiqamah pada jalan-Nya serta sentiasa waspada terhadap amal soleh yang dikerjakan.
Penulis ialah pendakwah dari Sarawak dan boleh dihubungi melalui juanda@kutpm.edu.my