Buah manggis dan islam

by
Hari Ahad. Haji Seman didatangi tamu. Bukan siapa. Hanya si Ah Seng. Anak Ah
Kuan, towkay kedai runcit dikampung itu. Memang dihari Ahad begini Ah Seng akan
berkeliling dengan Hondanya sambil menjaja buah-buahan musiman. Sekarang
memang musim durian dan manggis. Maka itulah yang dijajanya hari ini.

Ah Seng memang rajin. Walaupun dia sudah mempunyai pekerjaan tetap disebuah
kilang elektronik, dia masih mahu menjaja keliling kampung- kampung. Cari kelebihan dan pengalaman katanya. Tak ubah sapetti bapanya waktu muda-muda dulu. Memang bapanya dulu berjaja sebelum mendapat restu dari orang kampung untuk membuka kedai runcit disitu.

Sejak kebelakangan ini, Ah Seng sering pula bertanya tentang Islam. Dan Haji Seman merupakan diantara orang-orang kampung tempat dia bertanya.

“Dah lama sangat aku tengok kamu asik bertanya pasal Islam ni, Seng,” kata Haji Seman setelah puas memberi jawaban kapada beberapa soalan tentang Islam yang disuguhkan oleh Ah Seng.

“Aku nak tanya lak. Kamu bertanya ni sebab kamu dah terpikat ngan minah Melayu ke? Atau kamu nak masuk Islam? Atau kamu cuma nak tau jer?”

Ah Seng tersengeh mendengar soalan-soalan Haji Seman.

“Eh… Takde le, Pak Man. Saya belum nak kawin lagi,” katanya menjawab sekali gus
membantah. Melayunya tidak ada cacat langsung. Maklumlah lahir dan besar dikalangan orang Melayu.

“Nak kata nak masuk Islam tu memang pernah terlintas, Pak Man,” katanya lagi. Haji Seman kelihatan ghairah mendengar kata anak towkaycina ini.

Tapi…

“Tapi apa, Ah Seng,” dia bertanya. Haji Seman ingin tahu sangat apa yang membuat
orang asing teragak-agak menerima Islam.

“Pak Man tak marah kalau saya terus terang?” Ah Seng meminta jaminan dari Haji Seman. Dia tahu ini soal sensitip.

“Cakap le. Aku tak marah,” kata Haji Seman memberi jaminan.

“Sebenarnya, Pak Man,” Ah Seng memulakan.

“Saya bukan jer bertanya tentan Islam. Saya ada gak bertanya tentang Kristian kat kawan-kawan tempat kerja saya tu. Ugama Buddha pun ad saya tanyakan gak.
Tak tau le kenapa sejak kebelakangan ni saya rasa kurang puas dengan ugama yang
diamalkan keluarga saya.”

“Oh… Camtu rupanya. Lalu apa yang kamu dapat dalam perbandingan ugama ni,”
tanya Haji Seman.

“Dimana kamu letakkan ugama Islam?”

“Ntah le, Pak Man. Saya rasa Islam tu terkongkong sangat. Banyak larangannya.
Saya takut saya tak kuat.”

“Ah Seng… Ah Seng,” Haji Seman mengeluh. Itu rupanya yang mereka takutkan.

“Begini, Seng,” sambung haji Seman sambil tangannya mencapai manggis dari
keranjang.

“Kamu tengok manggis ni. Ini le buah manggis. Tidak ada lain buah yang
dipanggil manggis kecuali ini. Kulit dia ungu. Tebal. Senang jer nak kenal buah
manggis ni. Tapi kalo kamu tengok. Kamu tenung lama- lama. Ada jer yang kamu nak
komen. Misalnya kulit dia tebal le. Warnanya tak konsisten le. Sebelah sini ungu. Sebelah sini hijau kekuningan lak. Macam-macam le kamu leh komen kalo kamu
nak.”

Haji Seman lalu mengupas kulit manggis itu. Diteruskan penjelasannya.

“Tapi bila kamu kupas kulit dia. Kamu tengok. Putih isi dia. Kamu ambil seulas
dan rasa,” Haji Seman melakukan apa yang dikatanya.

“Mmmm… Manis. Bagus manggis ni.”

“Begitu le Islam. Kamu cuma tengok dari luar. Puasa memang berat bagi orang yang
tidak pernah berpuasa. Sembahyang lima waktu pun berat gak bagi yang tak pernah
sembahyang. Apa tak. Pepagi dah kena bangun solat subuh. Siang hari tengah
syok-syok shopping kena berhenti lak solat zuhur. Dan seterusnya le.”

“Tapi bila kamu mengetahui isi segala apa yang diperintah itu kamu akan melihat keputihan nya. Kesuciannya. Kemanisannya. “

Ah Seng terdiam dengan penjelasan dari Haji Seman itu. Dia tidak pernah mendengar orang menjadikan manggis sebagai perumpamaan untuk menjelaskan tentang Islam.
Biar susah, jangan menyusahkan. .
JUNHAIRI BIN ABD JALIL
EKSEKUTIF PEMASARAN KAD KREDIT BANK ISLAM &
PERUNDING TAKAFUL IKHLAS
019-3635331

Label:

Satu Respons to “Buah manggis dan islam”

  1. Norma Ozir Says:

    Hi,

    Saya nak kongsi khasiat kulit manggis yang selalu dibuang orang kerana pahit, kelat dan bergetah. Nah, sebenarnya ramai masih tidak tahu yang pahit itulah penawar segala penyakit. Yang kelat itulah yang menagkap sel yang rosak dalam badan untuk dinyahtoksinkan.
    Pada mulanya saya pun tidak percaya. Tetapi setelah testimoni diri dan orang tua saya, Alhamdullillah sangat mujarab sekali. Oleh kerana saya tidak gamak untuk korek kulit manggis untuk dimakan, saya telah menjumpai dan mengenali satu jus kulit manggis untuk dikongsi bersama khasiatnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: