Janggut

by

Janggut: Peringatan.. ……… …
Posted on Thursday, January 31 @ 08:30:42 MYT by SongkokPutih
Artikel Oleh asli

“Dalam kita menghadapi isu janggut,kita akan bertemu 2 golongan:

1) Golongan sekular yang terang2 menolak hukum jenayah Islam termasuk perterampilan Islam walalupun telah ditegakkan hujjah.

2) Golongan Islam beraqidah ASWJ dan mereka jahil tentang janggut,mereka dengan selamba mengkritik janggut seperti ‘tak kemas’ atau ‘berjanggut nanti tak kemas’,golongan ini juga jarang dilakukan oleh orang awam,ia selalunya yang berkerja dengan kerajaan seperti askar dan polis.

Siapakah yang paling kemas

Sejarah menunjuk Rasullullah saw adalah manusia paling kemas,baik akhlaknya,namun Rasulullah saw adalah manusia yang berjanggut,riwayat juga ada mengkisahkan bahawa Rasulullah saw pernah bermasam muka apabila melihat sahabat ra mencukur janggut,persoalan disini apakah releven janggut dikaitkan kepada kekemasan diri seseorang,sungguh tidak releven kerana janggut adalah sunnah Nabi saw dan banyak hikmah yang dikumpul oleh ulama.

Hikmah.

Hikmahnya antaranya ialah membezakan lelaki dan wanita,semangat kelakian dan wanita,membezakan orang kafir dan orang Islam (orang kafir seperti yahudi juga membela janggut tetapi tidak merapikannya) ,apakah patut janggut dikaitkan janggut dengan kekemasan dan keterampilan, melainkan ia dilontarkan oleh puak sekular yang ekstrem dan orang Islam beraqidah ASWJ tetapi jahil dalam bab janggut sehingga memperlekehkan janggut dengan melontarkan kata ‘tak kemas’ seolah-olah Nabi saw bukan seorang yang kemas dan tidak

berketerampilan. Disini juga kita dapat melihat betapa ‘hebatnya’ dakyah puak sekular sehinggga janggut yang melambangkan kelakian diperlekah dan dikondem sehingga sedemikian rupa,patutnya askar dan polis ‘dipasangkan’ janggut agar nampak kelakian,bukan seperti wanita yang sinonim dengan seorang yang lemah dan memerlukan pertolongan lelaki.

asli.”

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: