Kasih MAMA…..

by
>Kasih MAMA…..
>Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang
>baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak
>kepada seorang jururawat.
>Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih
>merah itu.Si ibu menyambut dengan senyum meleret.
>Dibuka selimut
>yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali
>sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.Jururawat
>kemudian mengalihkan
>pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia
>bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat
>bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.
>Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih
>berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek.
>Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu
>normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu. Masa
>terus berlalu…
>Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada
>cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam
>persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek
>rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada
>si ibu. Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak
>dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan
>dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang
>pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping
>telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si
>ibu terus memujuk Ayah kanak- kanak itu bertemu
>doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada
>penderma,” kata pakar bedah.
>Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang
>sanggup berkorban. Setahun berlalu… “Anakku, kita
>akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah
>telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu
>dirinya dirahsiakan,” kata si ayah. Pembedahan
>berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai
>manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah
>cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya
>hilang.Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak
>cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan
>pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat
>jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.
>”Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu
>siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas
>jasanya,” kata si anak berkali-kali.”Tak mungkin,”
>balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma
>itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.”
>”Bila?” tanya si anak. “Akan tiba masanya anakku,”
>balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.Keadaan
>terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.
>Hari yang ditunggu tiba akhirnya.
>Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya,
>perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang
>kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat
>kedua-dua cuping telinga ibunya tiada. “Ibumu tidak
>pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke
>telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan
>ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia
>satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah
>temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun
>kenalannya.”
>
>Ps : Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal
>tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang
>dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan
>tanpa diketahui. Selagi ibu kita ada didunia ini,
>ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun
>darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan
>bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah
>SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU, penyesalan di
>kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada,
>curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, ‘ I love u
>mom’ .
Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: