Pelajar perempuan yang mencarut?

by

Pelajar perempuan yang mencarut?
Posted on Saturday, February 02 @ 16:45:46 MYT by SongkokPutih
Oleh gadisberbisa

“Pelajar Perempuan Yang Mencarut ? Rasanya sudah lama isu sebegini dipaparkan dan hangat diperkatakan. Namun siapa yang harus dipersalahkan diatas sikap setengah pelajar kita yang sudah pandai mencarut ? Mereka juga adalah anak-anak warisan bangsa kita dan kemungkinan akan menjadi Pemimpin.Sama- samalah kita memikirkan isu ini dan berusaha menanganinya.

P…mak? B..TU?Pergi Mamp..lah?B. .rit M.K E..kau? dan banyak lagi bahasa yang menyakitkan gegendang telinga setiap kita yang mungkin pernah masuk ke pusat it,taman dan sebagainya.

Apa sudah jadi pada anak-anak bangsa kita? Malah yang teramat menyakitkan ialah sebilangan mereka ini adalah pelajar perempuan dan ada juga yang mungkin bertopengkan tudung hingga mencemarkan imej bangsa kita.JANGAN ROSAKKAN WANITA SOLEHAH YANG LAIN.

Meluat dengan kata-kata carut mereka,penulis semakin sedih apabila anak-anak perempuan ini yang masih belasan tahun sudah pandai menghisap rokok,berpelukan dan bermacam-macam lagi adegan yang sudah membosankan kita.

Pernah seorang pak cik menegur pelajar ini dengan rasa simpati,namun kata-kata kesat dilontarkan. Pak cikni siapa nak ajar kami ? Inikah budaya bahasa kita yang sudah lama menjadi warisan.Alahai anak-anak perempuan kita ?

Peranan Ibubapa adalah penting dalam menangani masalah ini.Bagi penulis sendiri,jika hal ini tidak dibendung kemungkinan besar akan menjadi amalan berterusan hingga terus diwarisi oleh anak-anak yang akan datang.Inikah yang kita mahu ?

Bagi mereka yang sudah bosan dan muak dengan perkara ini,mungkin masuk kanan keluar kiri dan pandang sahaja.Peduli apa dengan mereka.Bukan nak dengar nasihat,malah kita pula ditengking semula.Ini mungkin ada benarnya?

Nampaknya budi bahasa warisan kita sudah semakin dilupakan ? Siapakah yang harus dipersalahkan ? Kita sudah bosan pada perangai dan gaya hidup mereka.Namun mahukah kita MELIHAT mereka ini terus hanyut ? Atau dengar,pandang dan biarkan sahaja.Biarlah. …lama-lama mereka sedar…
atau negara kita akan kehilangan warisan bangsa yang berbudi bahasa dan bermaruah.Fikir- fikirkanlah bangsaku ?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: