Jangan lupa bapa anda

by

Salam kepada semua,

System kat ofis aku down – 2.30am and aku still kat ofis. Sementara
tunggu system up balik, aku nak share something interesting happened to
me last nite kat ofis.

Semalam, aku stay back macam biasa utk habiskan keje. Tgh duk
lepak-lepak benti rehat sekejap, datang sorang pak gad nih. Indian age
dalam 50+ tapi still kuat coz dia dulu secret service utk kerajaan
Sarawak. Body guard aa kira. Dia pon maybe tgh boring coz kitorg dorang je
yg ada kat floor nih.
Dia dtg borak – and aku layan la macam biasa. Then suddenly dia tanya
gaji aku. (uikss.. apsal lak nih?) Then aku cakap la, adala sikit-sikit
lepas utk diri sendri and family. (takut gak dia nak pow ke or mintak
duit ker…)
Then dia tanya, ada bagi kat mak aku dak.. aku kata la
ada… bapak? (aku diam kejap coz aku mmg tak kasik kat bapak aku – aku
only kasik kat mak aku and assuming dia sbg finance minister akan
distribute la duit-duit tu ke mana-mana channel yg sepatutnya). Then dia
tanya lagik.
Aku pon slowwwwwwww jer jawab… tak. Dia pon cakap kenapa tak and aku pon
explain la why. Then dia cerita, “u tau ka, bila u kasik sama u
punya bapak, dia punya rasa lain u tau ka… Saya sbg bapak aaa, bila
anak kasik saya wang aaaa, saya rasa satu macam punya lain.” aku pon
dengar jer la… then mata dia berair… Dia kata bila anak dia kasik
duit dekat dia, “I felt like im flying in the sky!” Masa dia cerita tu,
siap dia cakap “sekarang saya cerita pon aaaa, bulu roma saya sudah
naik, rasa satu macam laaa…” Aku pon teros tingat kat bapak aku. Though
dia masih ada and still makan duit pencen, aku terpikir yg aku tak
penah kasik duit direk kat dia.
Dan tiba-tiba aku pon sebak rasa macam nak nangis bila teringat kat
bapak aku. Dulu masa dia kerja, dia selalu kasik duit kat aku masa aku
belajar. Skrg aku dah keje dan dia tak, kenapa laaaa aku tak hulur sikit
kat
dia.
Aku rasa yg aku dah bagi kat family cukup – tapi tidak! Gad tu tgk kat
mata aku and cakap “u kasik u punya mak, lain cerita. tapi kalau u
kasik u punya bapak wang aaa.. dia misti rasa happy. Saya mula dapat wang
dari anak aaa, walaupun saya ada gaji aaa.. saya nangis. Nangis gembira u
tau! Itu malam saya tableh tido. U ada wang, u kasik la sama u punya bapak
direk.
Nanti u tgk apa dia rasa. Tada-tada wang, 50 suda cukup.”

Malam tu aku sedih, dan gembira. Sedih sbb tingat kan kesilapan aku dan
gembira sbb aku dapat dua pengajaran dekat sinih. Yg pertama, walau siapa
pon kita, dengarlah nasihat org-org di “bawah” kita. Kadang-kala, nasihat
itu menjadi suatu yang amat berguna. Dan yang kedua, sayangilah bapa anda.
Hulurkan lah sedikit wang hasil penat lelah kita itu. Tak dapat banyak,
sedikit pon tidak mengapa.

Kepada yang masih mempunyai bapa, sayangilah mereka sepenohnya. Peluk erat
dan berikan satu senyuman istimewa buatnya. Kepada yang tiada, hadiahkanlah
bacaan al-fatihah serta panjatkanlah doa semoga arwah dicucuri rahmat dan
ditempatkan bersama para mukminin.

.::Faizah Razaly::.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: