MAAFKAN ANDAK SAYANG…

by

MAAFKAN ANDAK SAYANG…

Hari ini, ustazmuda nak tukar sikit nama yang biasa ustazmuda gunakan ketika menulis. Ustamuda. Ustazmuda nak gunakan gelaran atau pangkat dalam keluarga ustazmuda iaitu andak. Gelaran bagi anak ke 6 dalam susur galur keluarga khususnya bagi orang Pahang. Maaf!!! andak tak pasti kalau-kalau negeri lainpun seumpamanya. Coretan andak hari ni sebenarnya terlalu istimewa, coretan khusus untuk anak-anak saudara andak. Maafkan andak andai warkah ini terlalu terbuka membicarakan kita.

Maafkan andak sayang…
Andak sesekali tidak bermaksud untuk membuka aib keluarga kita sayang. Andak terlalu menyayangi kalian. Sukar untuk andak menggambarkan rasa cinta itu. Sungguh. Biarlah andak berterus terang. Sekali lagi andak memohon maaf kerana warkah ini terlau terbuka membicarakan kita.

Di Ramadhan dan Aidilfitri yang lalu, andak sangat gembira dan tak tahu nak gambarkan betapa girangnya hati kerana kita dapat berkumpul sama-sama, riuh rendah rumah wan dibuatnya. Wan apa lagi senyum memanjang melihat anak cucunya berkumpul. Saat itu hanya datang setahun sekali.

Maafkan andak sayang…
Andak juga gembira, kalian telah bejaya dalam hidup. Kepulangan dengan pelbagai cara dan gaya. Dengan cita-cita yang besar dengan gaya hidup yang tak kurang besar… Hati terdetik Alhamdulillah syukur padaNya anak-anak sedara andak telah berjaya semuanya. Impian dan cita-cita itu sebenarnya tidak pernah bersalahan dengan agama kita.

Cuma satu yang andak agak rungsingkan. Sebenarnya dah lamapun untuk andak sampaikan dari hati kehati tapi terlalu berat, mulut ni tidak mampu mengungkap kata bicara, lidah bagaikan kelu tatkala berhadapan dengan kalian. Sudah bertahun juga hati ini sekadar menyimpan dan terkadang melepaskannya melalui kata gurauan. Dan hari ini, andak tidak mampu lagi untuk menyimpan dalam diri ini. Ya!!! Tidak mampu lagi, dan bagi andak inilah cara terbaik… andak melepaskannya. Sesungguhnya selagi tidak dilepaskan, hati andak bagaikan memikul satu bebanan yang maha berat, walaupun mungkin saluran ini menunjukkan betapa lemahnya iman andak dalam dalam memberi teguran… Namun inilah kemampuan yang ada. Andak juga takut dipersoalkan oleh Allah akan tanggungjawab andak pada kalian…

Maafkan Andak Sayang…
Ya, kepulangan kalian hampir saban tahun dengan pelbagai cara dan gaya sikit sebanyak merobekkan hati ini. Bukan hati andak seorang… sebenarnya hati hampir keseluruhan ahli keluarga… Wan, Aki, Ayah Tam, Ayah Teh kalian. Kepulangan di Ramadhan ini juga, dengan cara yang tidak jauh beza dengan tahun-tahun lepas… jeans yang sungguh ketat dan berbaju lengan pendek walaupun masih terlekat sehelai tudung di kepala bagaikan menghiris hati kami. Hancur luluh sebenarnya. Luluh seluluhnya. Andak tahu, siapalah andak untuk mengatur duduk pemakaian kalian. Kalian sudah terlalu besar panjang, sudah dewasa… amat dewasa untuk mengatur hidup sendiri.

… Maafkan andak kerana mencampuri urusan hidup kalian. Sayang… apa yang andak perkatakan tak lain hanyalah kerana rasa sayang andak dan kami sekeluarga kepada kalian. Tiada yang lain di sebaliknya.. . Patutkah andak menyentuh pemakaian kalian??? Terserah. Andai kalian menerima Alhamdulillah. Andai ini akan mengeruhkan keadaan andak serahkan pada Allah. Sesungguhnya Allah tuhan yang kita sama-sama sembah mengatur segala hidup kita selagi kita mengaku beriman padaNya. Dialah penentu segalaNya. Ya!!! Kita bebas… tetapi kita bebas dalam rasa kehambaan kepadanya. Buatlah apapun di maya ini selagi tidak menyalahi hukum Allah. Tunduk dan patuhlah akan apa yang telah digariskan olehNya. Patuhlah. Sesungguhnya kita berpijak dibumiNya… .

Maafkan Andak Sayang…
Andak faham… sangat-sangat fahami yang kalian semua masih diusia ramaja. Dan itulah sebenarnya trend remaja kini. Remaja yang berjeans ketat, berbaju sendat sms dan bimbit setia ditangan… sesekali ke padang bermain futsal berbicara soal pasangan hidup… hidup penuh kebebasan. Andak tidak salahkan kalian. Tidak… mungkin andak juga begitu andai andak masih di usia kalian… dan itulah sebenarnya yang dimomokkan oleh pemerintah kita… Itulah keinginan meraka, membiarkan kita lalai dan leka dari Islam lantas berjauh hati denganNya.


Ya!!! semua saluran dipergunakan untuk memomokkan idea ini, sehingga kita yang bertudung seolah diangap salah. Pandangan diserongkan persepsi diterbalikan. .. Lihat sahaja apa yang dihidangkan kepada kita di media massa mahupun elektronik. Kemana kita di bawa… satu persatu bermula dengan 3R, Gol dan Gincu, Ilyana dan kini Dunia Baru…

Arghh!!! pasti tidak akan berakhir di situ sahaja. Tentu kalian masih ingat dengan ucapan si gadis genit tika menjulang tropinya ‘ mari kita perbanyakkan lagi cerita seperti ini…’ hari ni racun yang ditanam berpuluh tahun dahulu telah benar-benar memakan diri kita. Sedikit demi sedikit kita lari dari akar umbi bahasa, budaya… dan akhirnya mencabut Islam itu sendiri. Rupanya racun Yahudi dan Nasara itu telah benar-benar meresap dalam hidup kita. Benar. Kita tidak memerlukan lagi si Yahudi dan Nasara datang menyesatkan kita. Cukup… cukup dengan agen-agen mereka di kalangan kita. Cukup!!!… kita kalah dalam peperangan ini.

Maafkan andak sayang…
… sayang mungkin andak dah terlalu jauh menyimpang. Biarlah kita kembali kepada perbincangan asal. Andak berbangga dengan kejayaan kalian dalam hidup. Sungguh andak amat berbangga. Kalian berjaya dalam hidup… tapi kejayaan itu dapatkah menjamin kejayaan kita ketika menemui Allah di sana nanti. Dapatkah??? Dapatkah kejayaaan, kekayaan kita untuk membeli syurga Allah di sana nanti??? Maaf kalau ini terlalu kasar bicaranya. Renung sedalamnya, jawapan ada pada kalian sayang.

Ya!!! kadangkala kita lalai dan leka di pertengahan jalan. Leka yang panjang. Terlena sebentar dengan keasyikan dunia yang fantasi dan terlupa akan realiti kehidupan di sana nanti. Kehidupan yang tidak pernah ada penghujung.. . kehidupan yang tidak mungkin dapat diperbandingkan oleh sesiapapun tempohnya dengan kehidupan ini. Ya!!! terlalu lama tiada berpenghujung. Andai bahagia… bahagialah milik kita abadi di sana nanti dan andai derita deritalah untuk selamanya… Sanggupkah kita???

Maafkan andak sayang…
… Masihkan kalian ingat pada ayat Allah ini :

وما خلقت الجن والاءنس الا ليعبدون
“Dan tidak aku jadikan Jin dan Manusia itu melainkan untuk memperhambakan diri kepadaNya” Az Zarriyat : 56


Ya!!! kita adalah hambaNya…inilah sebenarnya tujuan asal kita dijadikan olehNya. Lupakah kita pada ayat Allah ini. Kita adalah hambaNya… yang tidak punya apa-apa hak untuk mengatakan TIDAK kepada kehendaknya. .. kepada perintahNya. .. kepada hukum hakamNya… tunduk dan patuhlah selagimana hati berkata ‘ aku masih seorang MUSLIM MUKMIN’…


Mungkin kalian akan menunding jari pada andak??? Ya!!! andak sedar kadangkala andak sendiripun bukanlah contoh yang terbaik pada keluarga. Andak sedar itu… amat sedar, andak sedang berusaha sedaya upaya memperbaiki diri ini. Doakan untuk andak kalian ini.

Untuk akhirnya andak sekali lagi memohon ampun maaf andai warkah ini bisa menjauhkan kita… fahamilah dengan hati yang tunduk, dengan rasa cinta padaNya. Moga tittipan coretan dan luahan ini memberikan suatu sinar baru dalam hidup keluarga kita. Amin.

Andak. Bera. 12/11/2006


SUMBER : http://ustazmuda. blogspot. com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: