Kadang-kadang

by

(Apakah itu?, pertama: banyak, kedua: sedikit, ketiga: jarang-jarang, ke empat, kadang-kadang? )

I

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan Nabi bersabda:

Janganlah kamu mencabut rambut putih, kerana akan menjadi nur pada hari kiamat, Barangsiapa yang bertambah tua dalam islam dan memiliki rambut yang putih, maka Allah akan mencatit untuknya satu kebaikkan untuk setiap rambut. Menghapuskan satu dosa untuknya dan menaikan baginya satu darjat. (Riwayat Ibnu Hiban)

Nota:
Aku ada seorang kawan yang banyak uban di kepala dan juga seorang yang sangat suka tersenyum, bila tersenyum hampir 70% giginya dapat dilihat. Tidak dapat dibezakan antara senyum dan tersengeh. Ala-ala Mr Oss gitu.

Satu petang pulang dari kerja, dia tumpang kereta aku.

Sebaik kereta bergerak, dari kerusi sebelah kiri pemandu, dia terus melepaskan nafas berbentuk keluhan yang panjang.

Tiada senyum di wajahnya..

Kepenatan barangkali.

Sambil membongkokkan badan lalu mengurut betis sendiri dia berkata:

“kita ni dah tua Hamka, aku macam tak sedar. Aku rasa macam umur 20an, masih asyik tengok DVD, tengok wayang, pergi memancing, main bowling… tapi pada hakikatnya aku dah tua . Dah beruban pun aku. Kau tak rasa tua ke Hamka?”

Ketika bertanya, senyuman tiada diwajahnya.

Aku benarkan kata-katanya. ..

“Jang…(nama glamor beliau), aku telah lama sedar yang diri aku ini semakin tua, maksud aku, aku sedar diri ini semakin tua dalam pertimbangan.”

Aku terus gelak! Dan ‘Senyuman 70%’ itu kembali lagi.

🙂

Nota kaki:
Kadang- kadang, aku boleh bantu jugak sikit sebanyak akan kawan-kawan aku, biarpun hanya untuk satu senyuman..

II

Dari Abdullah r.a meriwayatkan nabi bersabda:

“Orang yang terlebih dahulu memberi salam, akan terhindar dari sifat takabbur.”
(Riwayat Baihaki)


Nota:
Kawan aku ternampak kawan dia dari satu jarak yang agak jauh. Kawan aku ni tak berapa kenal sangat kawan dia kira macam baru kenal gitu,.. dia cuba bagi salam dan nak panggil kawan dia tapi dia sendiri tak ingat nama kawan dia tu., Aku pun cuba menolong kawan aku itu dengan meminta klu nama kawan dia yang dia ingat-ingat lupa..

Kawan aku: “Nama dia Wahyu aku rasa, tapi bukan wahyu… lebih kurang errr…”

Aku; “Hidayat kot?”.

Kawan aku: “Bukan!”

Aku: “habis tu? Taufik?”

Kawan aku: “Bukan taufik… tapi”

Aku: “petunjuk?”

Kawan aku: “Kau jangan nak bergurau, aku lupa nama dia, tapi rupa dia ada serupa dengan nama kawan aku kat terengganu..

Aku: “Idris Josoh!”

Kawan aku: “Woha!!!!”

Nota kaki:
Kadang-kadang, tak banyak yang aku boleh bantu manusia yang hidup di atas muka bumi ini…

😦

III

Dari Uqbah ibn Amir r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Tuhanmu akan merasa takjub (dan berbangga) ke atas seorang pengembala kambing yang melaungkan azan di atas puncak bukit dan mengerjakan sembahyang.

Allah Taala menyeru para malaikat: Lihatlah hambaku ini, dia melaungkan azan dan bersembahyang semata-mata kerana takut kepadaKU, sesungguhnya Aku telah mengampuni dosanya dan akan memasukkannya ke dalam syurga. (riwayat Abu daud)

Nota:
Dekat kampung asal aku ada surau, yang hanya hidup pada waktu Magrib dan isyak..

Apabila kami adik beradik balik kampung, maka insyAllah surau itu akan hidup 5 waktu..

Maksud ‘hidup’ di sini, ada azan dan ada orang solat berjemaah, walaupun seorang diri!

Dekat tepi surau ada rumah Imam masjid, jika beliau tak kena giliran bertugas, maka confirm beliau akan jadi Imam magrib dan Isyak secara percuma..

Dan ini telah berlaku sejak aku kecik lagi…

Tapi yang muskilnya bila Zohor dan Asar, Imam tu lebih suka solat di rumah..

Begitu cerita adik aku…

Kau biar betul?

Sanggah aku.

“Betul bang, saya nampak motor dia, nampak dia duduk lepak depan pintu rumah sambil buat layang-layang, saya naik surau, saya azan, 15 minit tunggu, dia tak datangpun, last, saya solat sorang diri, berjemaah dengan jin…”

Oh, aku lupa nak kenalkan adik aku, seorang Ustaz, dan hafal Surah Al sejadah serta surah Al ihsan dengan baik, dan selalu jadi Iman solat subuh pada hari Jumaat. Bacaan Al Quran beliau juga sangat baik, apatah lagi bila beliau azan, suaranya sungguh merdu…

Tapi aku ada cerita lain tentang imam itu..

Satu hari waktu Zohor, aku pergi surau itu dan Azan, lepas Azan aku duduk tunggu orang kampung datang, dan terutamanya imam tu, sebab aku nampak motor dia dan nampak beliau sedang bagi makan ayam pagi tadi…

Tiba tiba Iman tu datang dan sergah..

“Siapa Azan tadi?!”

“Saya”

Aku menjawab dengan kool, sudah biasa di sergah, di caci dan di hina.. terutama dalam blog he he he..

“siapa ajar kau azan macam tu? Buat malu kampung sahaja”

Marah beliau..

Aku terus senyum dan mintak maaf lalu mintak tolong beliau ajarkan aku Azan yang betul…

Beliau betulkan Azan aku, katanya yang salah adalah Ha(di mulut) dan Hhahh(di tengkuk) tidak sama, lepas tu harakat tak stabil, dan Alif dengan Ain kena ada beza..

Lepas dan ajar aku Azan yang betul, kami solat Zohor berjemaah bersama-sama.

Hari tu ada dua orang Solat berjemaah beb…!

Nota kaki:
Kadang-kadang, melalui satu kesilapan yang kita tak tahu, pintu ilmu dan pintu ibadat terbuka untuk kita dan orang lain.

🙂

IV

Dari abu Hurairah r.a meriwayatkan Nabi bersabda;

Sekiranya manusia mengetahui ganjaran azan dan berada di saf yang pertama dan tidak ada cara lain untuk memperolehi azan dan saf pertama kecuali dengan mengundi, nescaya mereka mengundi. (Riwayat Bukhari)

Nota:
Mengundi 5 tahun sekali.

Nota kaki:
Kadang-kadang, kita lupa untuk ‘mengundi’ 5 kali sehari.

Oh!

Ps: Kadang-kadang, Kabhi Kushi Kabhi Gham…

.
Advertisement

Satu Respons to “Kadang-kadang”

  1. spongebob Says:

    cerita yang best.. bersesuaian dengan sabda Rasulullah s.a.w. Banyak kan lagi cerita-cerita berbentuk nasihat dan pengalaman yang boleh dijadikan panduan kepada orang lain…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: