Archive for 25 Februari 2008

SIFAT KASIH SAYANG!!!

Februari 25, 2008
Milikilah Sifat Kasih Sayang Terhadap Orang Lain Dan
Bersabarlah Atas Keburukannya.
Manusia laksana barang tambang ada yang berupa emas
dan ada pula yang berupa perak ada yang bernilai manfaat
dan ada pula yang membahayakan.
Namun secara umum manusia sentiasa menanti rasa kasih
dan sayang, lapang dada, pergaulan yang baik dan adanya
saling pengertian.Untuk itu janganlah kamu terlalu susah
untuk memberikan semua itu pada dirimu.
Sikap kamu menceminkan sikap kemanusian kamu, manis-
nya perilakumu, bersihnya hatimu dan mulianya akhlakmu.
Dikala kamu merasa bahawa hatimu telah diselamatkan dan
bersih dari berbagai penyakitnya: dari sifat iri hati dengki dan
penyakit hati lainnya, maka pada saat itu kamu akan merasa-
kan kebahagian dan kepuasan setiap saat.
Di samping itu kamu harus berakal yang cermat dan cerdas se-
hingga dapat mengambil sikap dan terjaga dari keburukkan
mereka. Jangan seperti orang yang tersengat ular yang menjadi-
kan tubuhmu meriang namun orang tersebut sibuk mencari dan
memburu ular itu, padahal yang semestinya ia lakukan adalah
bagaimana ia merawat sengatan ular itu bukan memburu ular.
Berapa ramai orang yang berboleh dan lebih mematikan
dibanding dengan boleh ular. Dalam sebuah kisah  diceritakan:
Ada sekelompok kaum yang keluar dari rumahnya untuk berburu
binatang. Setelah mereka sampai di tempat tujuan, mereka tidak
menemukan seekor binatang pun kecuali serigala.Mereka beru-
saha untuk memasukan serigala itu ke dalam khemah orang
Badui untuk kemudian membunuhnya, namun penghuni khemah
itu berteriak kepada mereka agar membiarkan binatang itu tidak
membunuhnya. Mereka pun akhirnya meninggalkan serigala itu.
Orang Badui itu dengan tekunnya merawat serigala dengan mem-
beri susu dan daging sampai badannya menjadi gemuk. Suatu
ketika orang Badui itu keluar dari rumahnya kerana ada sesuatu
yang harus ia kerjakan di luar, namun anehnya ia membiarkan
saudaranya tinggal bersama dengan serigala itu.
Pada saat ia kembali, ia dapati serigala itu sudah tidak ada di –
tempat sementara saudaranya terkapar dengan tubuh yang ter-
cabik-cabik. Melihat peristiwa itu ia merasa sedih dan berse-
nandung:
Siapakah yang melakukan kebaikan kepada orang yang tidak
berhak….
Ia akan mendapati seperti yang ditemui seorang pelindung dan
penghuni.
Dia melindunginya disaat dikejar pemburu.
Supaya susunya aman dari virus ia menjadikan tubuhnya gemuk
hingga sampai pada saatnya telah sempurna.
Ia membuatnya lari kerana taring dan kuku-kukunya.
Maka katakanlah kepada orang yang telah berbuat baik…
Inikah balasan.
Orang yang menginginkan kebaikan dengan tanpa adanya rasa
terima kasih.
Sabda Rasulullah s.a.w.
Maksudnya;
Amat menakjubkan sikap mukmin yang sentiasa memandang baik
terhadap segala sesuatu di sekelilingnya.Apabila seseorang mukmin
itu memperolehi kebaikan, dia terus memuji dan bersyukur kepada
ALLAH dan itu adaklah baik baginya. Jika dia ditimpa keburukan, maka
dia pun memiji ALLAH dan bersabar menghadapinya dan ini pun baik
baginya, seseorang mukmin akan tetap diberi pahala di atas setiap
amalan yang yang dilakukannya sehingga diberikan pahala terhadap
makanan yang disuapkan ke dalam mulut isterinya.
Riwayat Ahmad & Abu Daud.
Kiriman: Blackcrv Sha

MONOLOG SEEKOR LALAT

Februari 25, 2008

Tiba-tiba seekor lalat terbang dan masuk ke dalam buih Nescafe
tarik aku.

Menggelupur buat seketika sebelum terus senyap. Tak bergerak.
Mungkin sudah berakhirnya kehidupan seekor lalat.

‘Kakkk…masuk lalat lah, tolong buat yang lain ya…’ kata aku
‘Maaflah dik, kakak buat yang lain ya.’ Kata kakak itu.
dan aku meneruskan kehidupan seperti biasa.

Nama aku Mat. Nama betul aku tak payahlah korang tahu, cukuplah
kalian mengenali aku sebagai Mat sahaja sepertimana kebanyakan
rakyat Malaysia ini. Biasalah kan, korang pun selalu dengar ‘mamat
tu kurang ajar betul..tiba-tibanya masuk ke depan kereta aku, dah
lah tak bagi signal…’ atau ‘hari tu tayar kereta aku pancit tepi
highway, nasib baik ada Mamat sorang tu berhenti tolong, kalau
tidak tak tahulah aku…’ atau ‘ Ngko ingat aku tak kenal mamat tu
hah? Kalau aku nampak ngko dengan dia lagi, aku bagi kat situ
jugak..’. Nama Mamat dah menjadi sinonim dengan kehidupan kalian
sehari-hari.
Aku ? Aku adalah seekor lalat dari spesis Musca Domestica atau
Lalat Rumah dari keluarga Diptera iaitu serangga yang mempunyai
dua sayap. Aku adalah antara 1.5 juta spesis lalat yang
berterbangan di seluruh dunia. Aku berusia 8 hari dan pada usia
sebegini aku sudah menjadi dewasa. Aku sudah menghabiskan sekolah
rendah dalam masa 2 hari, sekolah menengah dalam masa 2 hari dan
melanjutkan pelajaran peringkat ijazah dalam masa 3 hari. Kelmarin
aku baru dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Makanan dan
Sampah Sarap.
Tak ada konvokesyen macam Mat Jan, cuma ambil ijazah di tepi tong
sampah sahaja.

Malam tadi, semasa aku berterbangan mencari sesedut makanan, aku
singgah sebentar di lorong belakang sebuah bangunan. Aku nampak
seorang perempuan yang cantik. Bergaya dan seksi sekali. Aku
singgah sebentar di atas bahunya sebab aku nak survey kalau ada
sisa-sisa makanan yang ada sekitar kawasan itu. Malangnya aku
dihalau dengan libasan tangannya sambil mulutnya memaki hamun aku.
‘Celaka punya Lalat..!’ kata dia. Aku dihina sebegitu rupa
seolah-olah aku adalah seekor binatang. Aku bukan binatang, aku
adalah serangga. Walau aku dituduh sebagai pembawa penyakit dan
virus yang merbahaya bersama-sama Sang Nyamuk, sekurang-kurangnya
aku lebih baik dari dia. Seberapa ketika kemudian aku melihat dia
dipimpin oleh seorang lelaki masuk ke dalam bilik belakang
bangunan. Sekotor-kotor aku, engkau lebih kotor, lebih hina !.
Aku meninggalkan kawasan kotor itu dengan maki hamun di dalam
hati. Aku terbang lagi dan aku mengembara di atas bumi Tuhan ini.
Aku sekadar ingin mencari rezeki dari rezeki yang kamu buang dan
kamu humban di dalam tong sampah. Hinakah aku?. Rezeki yang Tuhan
bagi kepada kamu, kamu bazirkan dan kamu berikan pada aku.Siapa
yang lebih hina? Aku tak pernah sia-siakan sisa-sisa rezeki kamu.
Kalau banyak, aku panggil kawan-kawan aku. Kami berkenduri di
situ. Sekurang-kurangnya aku menyapu-nyapu tanganku sebelum
menjamah makananmu tidak seperti kebanyakan kalian yang langsung
tidak membasuh tangan.

Apabila hari dah pagi, aku terbang melata lagi. Itulah kerja aku
dan itulah kehidupan aku. Aku singgah sebentar di satu tong sampah
belakang sebuah rumah.Deria rasaku pada kaki-kakiku memberitahu
sesuatu. Ada banyak makanan. Ada yang masih elok untuk di makan
oleh kalian. Sudah rezeki aku.
Sambil makan, aku melihat pada sehelai surat khabar. Aku
membacanya sebaris dua dengan mata yang kabur sebab aku mempunyai
mata kumpuan yang mampu menyedarkan aku pada setiap kilas
pergerakan.(aku pandai membaca ketika usia aku satu hari di
sekolah rendah jenis kebangsaan lalat). Isi beritanya memualkan
aku. Berita dari prosiding Mahkamah, berita rogol, bunuh, culik,
rasuah dan sebagainya. Selera makan aku terpadam. Dalam masyarakat
aku tak ada berita-berita itu semua. Apa yang biasa aku dengar
dalam masyarakat aku hanya berita kematian lalat yang ditampar
dengan sadisnya oleh manusia, kematian lalat yang disembur dengan
Ridsect atau Sheltox,kematian lalat akibat sakit tua atau kematian
lalat akibat terkena renjatan elektrik pada perangkap ultra
violet. Berita-berita yang memualkan itu menyebabkan aku segera
meninggalkan tempat itu. Aku sudah tiada selera untuk makan.
Kalian memang memualkan aku.
Sehina-hina masyarakat aku, masyarakat kalian lebih hina
sebenarnya. Sambil terbang, aku terfikir. Kenapa aku dituduh
dengan bermacam-macam tomahan? Aku tidak pernah berak atas badan
kalian tapi kenapa titik-titik hitam ciptaan Tuhan itu dikatakan
sebagai tahi aku?. Ironinya, bila tahi aku berada di penjuru bibir
kalian, itu dikatakan manis? Kenapa bila kalian pening-pening
dikatakan sebagai pening-pening aku? Kenapa aku dijadikan
perumpamaan seperti lalat langau mengerumuni bangkai? Sedangkan
tahi aku dan kitaran hidup aku pada bangkai itu menjadi maklumat
penting kepada Pathologist untuk menganggarkan usia kematian
lada’ ?. Eh, itu burung, ngko jangan nak tipu aku. Aku Bahasa
Malaysia dapat ‘A’ tau. Begitulah buruk dan hodohnya aku pada mata
kalian.
Kadang-kadang aku pun ingin menjadi seperti burung. Terbang tinggi
menyapu awan tapi aku tetap bersyukur dengan anugerah Tuhan.
Dengan sayap-sayap ini aku belajar erti kehidupan kalian. Walau
aku cuma mampu hidup selama 40 hari dan sekiranya aku melangkaui
40 hari kemungkinan aku mampu hidup sehingga ke 100 hari. Itu
hakikat kehidupan aku yang mungkin kalian tidak tahu. Aku hanya
mampu berdoa agar aku mampu hidup sehingga 100 hari dan aku cuba
menghindari kawasan-kawasan berisiko tinggi. Tidak seperti kalian
yang mencari mati di atas jalan-jalan raya dengan
motosikal-motosikal dan kereta-kereta turbo bagaikan pelesit.
Matahari semakin tinggi dan cuaca menjadi semakin panas. Aku perlu
tempat yang terlalu sejuk dan membeku kerana di tempat sebegitu,
aku mampu pengsan selama berpuluh-puluh hari dan aku hanya akan
sedar sekiranya aku dipanaskan balik dengan sedikit haba. Aku
cantik. Aku masuk dengan menumpang seseorang yang membuka pintu.
Aku terbang dengan ceria sebab tubuhku menjadi sedikit dingin
terkena hembusan pendingin hawa. Aku terpandang sebuah komputer
yang terbuka dan seseorang sedang mangadapnya dengan penuh
konsentrasi. Aku singgah sebentar di atas kerusinya. Dia tidak
menyedarinya. Terlalu asyik dia. Aku cuba membaca apa yang
terpapar pada skrin komputer. ‘Ah !, sebuah Blog dengan nama Life
Is A Fairytale…terdapat sebuah catatan tentang seekor lalat, apa
ke jadahnya dia membaca cerita pasal lalat? Tak ada kerja ke dia ?
Boss dia tahu atau tidak yang dia! sedang berpura-pura berkerja?
Apa dia tak sedar yang majikannya membayar gaji dia untuk membuat
kerja dan bukannya membaca sebuah cerita tentang entah apa-apa..’
bisik hati kecil aku. Manusia, manusia…
Lalu aku terbang meninggalkan dia yang masih lagi membaca catatan
tentang seekor lalat. Mungkin dia ingin tahu tentang ending cerita
lalat. Menarik sangat kah cerita seekor lalat?. Entahlah….
dan aku masih dianggap kotor, jijik dan hodoh.

Epilog.

Lalat itu meninggal di dalam buih-buih air Nescafe tarik aku pada
usia 10 hari. Dia tidak sempat menatap terbitnya fajar ke 100
100 hari mungkin dia sudah menjadi presiden lalat-lalat dan dengan
daya fikirnya yang tinggi, dia mungkin mampu mengumpulkan
lalat-lalat seluruh dunia dan menyerang manusia. He he he. Jangan
marah lalat.
kajian menunjukkan bahawa 80 peratus manusia yang membaca cerita
ini akan memandang ke belakang kerusinya dan mencari kot-kot ada
lalat….)

kiriman: Blackcrv Sha

Jangan lah kamu bersedih

Februari 25, 2008
Semua manusia akan menghadapai pelbagai ujian dan dugaan.
Namun semua ini bukan penghalang untuk kita kelihatan senyum
dan ceria. Sebaliknya,dengan senyuman dan kecerian kita akan
mampu untuk menghadapi ujian hidup.Biasalah jika susah hati
atau ditimpa masalah dan musibah ada yg menanggis.Dalam situasi
anda tidak akan dapat berfikir dengan rasional dalam situasi yg tidak
tenang.
Paling penting,anda perlu menyediakan diri anda untuk menghadapi
dan menyelesaikannya, juga tidak akan selesai jika anda melarikan
diri.Masalah akan selesai jika kita berusaha.Memang susah! memang
payah! Ada tikanya perit dan mengeciwakan malah melukakan.Tapi
bila anda menerima setiap yg berlaku didalam hidup anda sebagai
ujian,anda akan tetap boleh kekal senyum menerima dengan redha.
Inilah panduan:
1-Kenapa aku diuji?
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan,
“sedangkan mereka diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang2
yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang2
yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.
….Surah Al-Ankabut ayat 2-3
2-Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
” Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi mu,dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui,”
…..Surah Al-Baqarah ayat 216
3-Kenapa ujian seberat ini?
” ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesan-
ggupannya,”
…..Surah Al-Baqarah ayat 286
4-Kenapa rasa keciwa?
” Jangan kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjat-darjatnya, jika kamu
orang-orang yang beriman,”
…..Surah Al-Imran ayat 139
5-Bagaimana harus aku menghadapinya?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu ( menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuat-
kan kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan ),
dan bersedialah ( dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan)
serta bertaqwalah kamu kepada ALLAH supaya, kamu berjaya ( mencapai
kemenangan).”
…..Surah Al-Imran ayat 200
6-Apa yang aku dapat daripada semua ini?
“Sesungguhnya ALLAH telah membeli daripada orang-orang mukmin,diri,harta
mereka dengan memberikan syurga untuk mereka……
….Surah At-Taubah ayat 111
7-Kepada siapa aku berharap?
“Cukuplah ALLAH bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya.Hanya kepada-Nya
aku bertawakal.”
…..Surah At-Taubah ayat 129
8-Aku dah tak dapat bertahan lagi!!!
“…..dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH. Sesungguhnya
tiada berputus asa daripada rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir.”
…..Surah Yusuf ayat 12
Kiriman: Blackcrv Sha

Mengelak diri dari mengumpat.

Februari 25, 2008
Kadangkala sedang asyik berbual tanpa disedari mereka melampaui
batas dan melakukan satu amalan mazmumah satu amalan ia itu
mengumpat.Sebenarnya mengumpat ini satu keinginan untuk mang-
hancurkan seseorang, menodai harga diri, kemulian dan kehormatan
orang lain. Sedangkan orang itu tiada dihadapannya.Perbuatan ini
samalah menikam seseorang dari belakang atau berlawan dengan
seseorang yang tidak berdaya.
Keburukan mengumpat ini amat jelas sehingga Al-Quran menyamakan
perbuatan mengumpat itu seperti memakan daging saudara sendiri
yang meninggal dunia.
ALLAH berfirman yang bermaksud “janganlah sesetengah kamu
mengumpat sesetengah yang lain,adakah seseorang dari kamu suka
memakan daging saudara yg mati (jika demikian keadaannya mengumpat)
maka sudah tentu kamu jijik kepadanya”
*Surah Al-Jujurat Ayat 12.
Menurut Imam Al-Ghazali banyak sebab mendorong seseorang itu suka
mengumpat antaranya:
1- Menghilangkan kemarahan, apabila seseorang itu marah pada seseorang,
maka disebut kejahatan dan kelemahan orang itu.Lebih teruk jika dicampur-
kan dengan hasat dan dengki.
2- Menjaga hati kawan yg mengumpat.Ketika seseorang kawan marah dan
mengumpat orang lain,orang yang mendengar itu turut serta menambahkan
cerita yg ia tahu mengenai kejahatan dan kelemahan orang yg diumpat.
3- Melepaskan diri apabila sesuatu kepincangan dlm mayarakat, lantas dia
mengumpat dan menyalahkan orang lain untuk melepaskan diri daripada ber-
tanggung jawap terhadap kemungkaran itu.
4- Menunjukan kebaikan diri sendiri yg ingin membuktikan kebaikannya dia
memuji diri sendiri dan membandingkan dengan orang lain.
5- Dengki apabila orang lain mendapat nikmat dan rahmat dari ALLAH,dia
berasa dengki lalu menceritakan keburukan orang lain.Kadang2 dia mendakwa,
dialah yg lebih berhak mendapat anugerah itu.
6- Menghina orang.Cara yang paling mudah untuk menjatuhkan orang lain ialah
dengan dengan menceritakan keaiban orang itu.
7- Tujuan bergurau,bagi membolehkan senda gurau lawak jenakanya diberi
perhatian oleh orang ramai, ia mengumpat orang lain agar ditertawakan oleh
pendengar.
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada
rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.
Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.Semuga kita sentiasa menjaga iman
dan rahmat ALLAH adalah hampir kepada mereka  yang sentiasa berserah diri
kepada ALLAH…..Amin.

Luahkan Sebelum Terlambat

Februari 25, 2008

Kisah ini tentang seorang gadis yang jatuh hati pada teman baiknya
yang boleh berkongsi suka dan duka.

Kita gelarkan mereka sebagai Adam dan Farah. Bagaimanapun, Farah
tidak pernah meluahkan perasaannya itu, bimbang persahabatan mereka
yang sedia terjalin, akan tercalar dengan pengakuan itu.

Pada suatu hari, Adam mendatangi Farah dengan satu dilema. Adam
meminati seorang gadis dan meminta pendapat Farah, sama ada dia
harus menghantarnya satu kad ucapan. Hati Farah hancur berkecai
tetapi dia sembunyikannya. Baginya, kebahagiaan kawan adalah
kebahagiaannya jua.

“Adam rasa, dia suka Adam tak?” tanya Farah. “Adam tak pasti,
tetapi… mungkin juga,” jawab Adam. “Adakah Adam pasti dia belum
berpunya?” tanya Farah lagi sambil di dalam hatinya berdoa si gadis
pujaan Adam sudah mempunyai teman istimewa. Adam menjawab: “Belum.”

“Kalau macam tu, teruskan. Itu cara terbaik untuk mengetahui sama
ada dia juga sukakan Adam. Lagipun, siapalah yang mampu menolak
lelaki seperti Adam,” ujar Farah cuba bergurau dan menyembunyikan
perasaannya. Selepas itu, Farah cuba mengorek lebih lanjut daripada
teman-temannya dan Adam, siapakah gadis bertuah itu tetapi hampa.

Beberapa hari kemudian, Adam datang lagi. “Perlukah saya membelinya
sejambak bunga?” “Ya, Farah tidak pernah terjumpa mana-mana
perempuan yang tidak sukakan bunga!’ “Bunga apa yang patut Adam
berikan?” “Bergantung, kepada apa?” “Bergantung kepada apa jenis
bunga yang dia sukakan dan berapa banyak wang yang Adam ada.” “Adam
tak kisah tentang duit.”

“Kalau begitu, belikan dia bunga mawar merah, penjual bunga tentu
tahu apa maksudnya.” “Adakah penjual bunga boleh mengirimkannya
bersama kad ucapan?” “Ya.” “Kenapa Adam tidak memberikannya
sendiri.” “Tak boleh.” “Kenapa pula?” “Adam takut dia tidak sukakan
Adam.” Farah menjadi bertambah sedih.

Pada suatu hari, ketika sedang mengemas rumahnya, seseorang telah
mengetuk pintu. Sebaik pintu dibuka, seorang lelaki penghantar
berdiri bersama sejambak bunga mawar merah yang dikepilkan bersama
sebuah kad ucapan. Kad itu berbunyi:

“Sudah lama Adam tertarik pada Farah (lelaki mana yang tidak
tertarik pada Farah, bukan?) Namun, semakin kita menjadi akrab, Adam
dapat melihat kecantikan dalaman Farah sebagaimana kecantikan
luaran. Perasaan Adam menjadi lebih mendalam, melebihi seorang kawan
tetapi Adam bimbang untuk berterus terang.

“Adam menghargai persahabatan kita lebih dari segala-galanya tetapi
Adam mahu Farah tahu, apa yang Adam rasai di dalam. Sekiranya Farah
tidak merasakan apa yang Adam rasai, Adam sesungguhnya mengerti.
Adam harap, kita masih boleh terus menjadi teman karib dan Adam
berjanji, tidak akan membangkitkan perkara ini lagi. Seolah-olah,
ini semua tidak pernah berlaku dalam hidup kita, okey? Hubungi Adam.
Adam mahu tahu, apa pendapat Farah.”

Sudah tentu Farah terus menghubungi Adam dan sejak itu mereka
menjadi pasangan sahabat, kekasih dan suami isteri yang bahagia
sehingga kini. Jadi saudara, hidup ini terlalu singkat untuk kita
menerawang dan tertanya-tanya apa yang orang lain fikirkan tentang
kita. Pejam mata, tetapkan pendirian dan `go for it’.

Dikirim oleh: “syazie1979”