Luahkan Sebelum Terlambat

by

Kisah ini tentang seorang gadis yang jatuh hati pada teman baiknya
yang boleh berkongsi suka dan duka.

Kita gelarkan mereka sebagai Adam dan Farah. Bagaimanapun, Farah
tidak pernah meluahkan perasaannya itu, bimbang persahabatan mereka
yang sedia terjalin, akan tercalar dengan pengakuan itu.

Pada suatu hari, Adam mendatangi Farah dengan satu dilema. Adam
meminati seorang gadis dan meminta pendapat Farah, sama ada dia
harus menghantarnya satu kad ucapan. Hati Farah hancur berkecai
tetapi dia sembunyikannya. Baginya, kebahagiaan kawan adalah
kebahagiaannya jua.

“Adam rasa, dia suka Adam tak?” tanya Farah. “Adam tak pasti,
tetapi… mungkin juga,” jawab Adam. “Adakah Adam pasti dia belum
berpunya?” tanya Farah lagi sambil di dalam hatinya berdoa si gadis
pujaan Adam sudah mempunyai teman istimewa. Adam menjawab: “Belum.”

“Kalau macam tu, teruskan. Itu cara terbaik untuk mengetahui sama
ada dia juga sukakan Adam. Lagipun, siapalah yang mampu menolak
lelaki seperti Adam,” ujar Farah cuba bergurau dan menyembunyikan
perasaannya. Selepas itu, Farah cuba mengorek lebih lanjut daripada
teman-temannya dan Adam, siapakah gadis bertuah itu tetapi hampa.

Beberapa hari kemudian, Adam datang lagi. “Perlukah saya membelinya
sejambak bunga?” “Ya, Farah tidak pernah terjumpa mana-mana
perempuan yang tidak sukakan bunga!’ “Bunga apa yang patut Adam
berikan?” “Bergantung, kepada apa?” “Bergantung kepada apa jenis
bunga yang dia sukakan dan berapa banyak wang yang Adam ada.” “Adam
tak kisah tentang duit.”

“Kalau begitu, belikan dia bunga mawar merah, penjual bunga tentu
tahu apa maksudnya.” “Adakah penjual bunga boleh mengirimkannya
bersama kad ucapan?” “Ya.” “Kenapa Adam tidak memberikannya
sendiri.” “Tak boleh.” “Kenapa pula?” “Adam takut dia tidak sukakan
Adam.” Farah menjadi bertambah sedih.

Pada suatu hari, ketika sedang mengemas rumahnya, seseorang telah
mengetuk pintu. Sebaik pintu dibuka, seorang lelaki penghantar
berdiri bersama sejambak bunga mawar merah yang dikepilkan bersama
sebuah kad ucapan. Kad itu berbunyi:

“Sudah lama Adam tertarik pada Farah (lelaki mana yang tidak
tertarik pada Farah, bukan?) Namun, semakin kita menjadi akrab, Adam
dapat melihat kecantikan dalaman Farah sebagaimana kecantikan
luaran. Perasaan Adam menjadi lebih mendalam, melebihi seorang kawan
tetapi Adam bimbang untuk berterus terang.

“Adam menghargai persahabatan kita lebih dari segala-galanya tetapi
Adam mahu Farah tahu, apa yang Adam rasai di dalam. Sekiranya Farah
tidak merasakan apa yang Adam rasai, Adam sesungguhnya mengerti.
Adam harap, kita masih boleh terus menjadi teman karib dan Adam
berjanji, tidak akan membangkitkan perkara ini lagi. Seolah-olah,
ini semua tidak pernah berlaku dalam hidup kita, okey? Hubungi Adam.
Adam mahu tahu, apa pendapat Farah.”

Sudah tentu Farah terus menghubungi Adam dan sejak itu mereka
menjadi pasangan sahabat, kekasih dan suami isteri yang bahagia
sehingga kini. Jadi saudara, hidup ini terlalu singkat untuk kita
menerawang dan tertanya-tanya apa yang orang lain fikirkan tentang
kita. Pejam mata, tetapkan pendirian dan `go for it’.

Dikirim oleh: “syazie1979”

Advertisement

8 Respons to “Luahkan Sebelum Terlambat”

  1. Miss yarn Says:

    terharunya..
    i pun pernah mengalami seperti ini..
    then..i yang berterus terang..
    walaupun jawapan si dia adalah neutral tetapi seperti si dia memberi harapan…
    dan dengan memberi tahu..i rasa i lebih yakin untuk berhadapan dengan si dia..kerana apa yang i rasakan si dia tahu..dan yang penting..si dia tahu dari diri i sendiri..bukan dari mulut orang lain yang mungkin boleh mengubah kisah kebenarannya..

  2. spongebob Says:

    cerita yang sangat menarik… cerita ni membuat saya rasa ingin berterus terang pada lelaki yang saya minati dalam diam..
    terima kasih untuk cerita yang berguna ini dan mungkin saya akan memanfaatkannya dalam hidup saya…

  3. siti Says:

    sydh wt mcm 2.dan ia berkesan..

  4. fatin nanie Says:

    sweet 🙂
    ermm. bukan nak cakap apa.tapi bila baca kadang2 tu mcm sedih pulak.hehe.sekarang neh i tgah berkawan dgn seseorang neh.kami kawan dah dekat setahun.hmm.i admit,kami senang bergaduh bila hal tu kecil ja.dia mungkin cepat terasa dan hati terguris.i paham and at the end,i yang akan mengalah.i xpenah merungut sebab i sayang dia sangat.i tak kesah pon.tapi i takot.sejak dua menjak neh dia selalu cakap dia penat.kami masing2 jauh.dia selalu tanya kenapa kami jauh.i tak tahu nak cakap apa.i sayang dia sangat,i takot kalau dia penat dengan ini semua and at the end dia tinggalkan i.apa harus i lakukan?

  5. ayuna amani Says:

    sedeynya…sy pOn cmni gak…
    fOr my tayam, thanks fOr being gud frens + kekasih yg baik ati….
    dOakan kami seperti adam + farah… =)

  6. Nur Fakhira Says:

    cerita yang sangat romantik.terima kasih untuk cerita yang menyentuh perasaan.

  7. Ban strawbery Says:

    wao0…bestnya,,…klau la saya dpat merasakan seperti apa yg d alami oleh Farah trhadap lelaki yg dia kasihi tue hhmm,,…trima kaC d atas cerita yang menarik nie,,…cerita ini mngajar saya tntang erti prsahabatan,kaC dan pengorbanan sorang rakan demi kebhagian rakan dia sndri,,…hrap suatu ari nanti saya juga akn jad sprti farah yg snggup mngutamakan kbahagian Adam,,..wlau seperit mna pn prasaan ketika itu…..itu la tnda sorng rakan yg sjati,,..

  8. manusi ajaib Says:

    Kadang-kadang, bila kita terlalu berterus terang, tak semudah apa yg kita sangkakan. Adakalanya menjadi dan adakalanya menyedihkan. Sudah puas bertanya adakah dia menyayangi aku. Tiga kali jawapanya “sayang”. Sebaliknya bila sudah berterus terang, sifatnya terus berubah dan seolah olah menjauhkan diri dari aku. Macam mana nak berterus terang kalau berterusan begini. Ada kalanya aku terpasa akur dan mengalah. Tapi tidak semestinya aku terus kalah kerana aku mahu menjaga maruah masing-masing supaya tiada siapa yang merasakan sakit hati apabila diherdik dan dibualkan soal perhubungan kami….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: