Mengelak diri dari mengumpat.

by
Kadangkala sedang asyik berbual tanpa disedari mereka melampaui
batas dan melakukan satu amalan mazmumah satu amalan ia itu
mengumpat.Sebenarnya mengumpat ini satu keinginan untuk mang-
hancurkan seseorang, menodai harga diri, kemulian dan kehormatan
orang lain. Sedangkan orang itu tiada dihadapannya.Perbuatan ini
samalah menikam seseorang dari belakang atau berlawan dengan
seseorang yang tidak berdaya.
Keburukan mengumpat ini amat jelas sehingga Al-Quran menyamakan
perbuatan mengumpat itu seperti memakan daging saudara sendiri
yang meninggal dunia.
ALLAH berfirman yang bermaksud “janganlah sesetengah kamu
mengumpat sesetengah yang lain,adakah seseorang dari kamu suka
memakan daging saudara yg mati (jika demikian keadaannya mengumpat)
maka sudah tentu kamu jijik kepadanya”
*Surah Al-Jujurat Ayat 12.
Menurut Imam Al-Ghazali banyak sebab mendorong seseorang itu suka
mengumpat antaranya:
1- Menghilangkan kemarahan, apabila seseorang itu marah pada seseorang,
maka disebut kejahatan dan kelemahan orang itu.Lebih teruk jika dicampur-
kan dengan hasat dan dengki.
2- Menjaga hati kawan yg mengumpat.Ketika seseorang kawan marah dan
mengumpat orang lain,orang yang mendengar itu turut serta menambahkan
cerita yg ia tahu mengenai kejahatan dan kelemahan orang yg diumpat.
3- Melepaskan diri apabila sesuatu kepincangan dlm mayarakat, lantas dia
mengumpat dan menyalahkan orang lain untuk melepaskan diri daripada ber-
tanggung jawap terhadap kemungkaran itu.
4- Menunjukan kebaikan diri sendiri yg ingin membuktikan kebaikannya dia
memuji diri sendiri dan membandingkan dengan orang lain.
5- Dengki apabila orang lain mendapat nikmat dan rahmat dari ALLAH,dia
berasa dengki lalu menceritakan keburukan orang lain.Kadang2 dia mendakwa,
dialah yg lebih berhak mendapat anugerah itu.
6- Menghina orang.Cara yang paling mudah untuk menjatuhkan orang lain ialah
dengan dengan menceritakan keaiban orang itu.
7- Tujuan bergurau,bagi membolehkan senda gurau lawak jenakanya diberi
perhatian oleh orang ramai, ia mengumpat orang lain agar ditertawakan oleh
pendengar.
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada
rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.
Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.Semuga kita sentiasa menjaga iman
dan rahmat ALLAH adalah hampir kepada mereka  yang sentiasa berserah diri
kepada ALLAH…..Amin.

9 Respons to “Mengelak diri dari mengumpat.”

  1. Abdul Wahab Says:

    Tips yang menarik.. kadang2 mengumpat ni terjadi tanpa disedari, mungkin kerana dah biasa. Tapi macam mana nak mengelak diri dari mengumpat?

  2. neeysha Says:

    selalunye,mengumpat ni mesti semua orang terfikir kepada golongan perempuan kan…kadang2,memang nak elak..nak sangat elak dari mengumpat..tapi,sebagai manusia yang lemah,macam tak boleh lari dari benda tu..moga2 kita sentiasa mendapat petunjukNya..

  3. ana khalifah88 Says:

    nak mengelak diri dari mengumpat senang jer..kiter anggap kan orang yang kiter nak mengumpat tu,ada didepan kiter..kalau tak boleh jugak..kiter terbayangkan bagaimana rasa jijik nya bila kiter sedang makan daging yang mentah dan busuk..e..tak sanggupkan..?sebenarnya bila kiter mengumpat tanpa sedari kiter telah sedekahkan pahala kiter kepada orang yang kiter umpat..ruginya kiter kan?itu kalau ada pahala,kalau xder??..jadi..kalau kiter dah terumpat seseorang..istighfar banyak2..besar dosa orang yang suka mengumpat ni..bila kiter minta ampun kepada allah..tentu allah akan maafkan tapi jika kiter minta maaf kepada orang yang kiter mengumpat??adakah dia akan maafkan kiter..itu kalau 1orang yang kiter umpat..kalau 1 hari 100 orang??jadi..pikir2 lah sendiri..semoga kiter dapat jauhi dari sikap mengumpat ni..amin..

  4. sikamaru Says:

    ada ke kita berdosa walau kita tak mengumpat tapi cuma mendengar je..???

  5. SALMIAH Says:

    1. BUAT-BUAT TAK DENGAR APA YANG DIUMPAT
    2. MINTA DIRI BILA TERDENGAR ORANG MENGUMPAT
    3. BUAT-BUAT SIBUK
    4. TUKAR TOPIK
    5. JANGAN CUBA MULAKAN TOPIK YANG MUNGKIN JADI MENGUMPAT
    6. ANGGAP ORANG LAIN SEMUANYA MULIA DISISI ALLAH

  6. Dhia Says:

    ada x ayat2 y blh wt kite hindar drpd mgumpat?

  7. mamamiya Says:

    terima kasih..terasa benar diri ini banyak betul kekurangannya…

  8. mamamiya Says:

    bagila tips sekali nak mengelak dari mengumpat…?

  9. Ali Goldie Says:

    InsyaAllah🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: