Archive for the ‘Cerita-cerita’ Category

Cerita-cerita

Februari 16, 2008
( Cerita lelaki dan wanita yang beriman akhir zaman, semoga Allah ampunkan dosa kita semua)

Cerita 1.

Satu hari lepas solat subuh, sementara tunggu matahari naik, aku masih lepak di masjid (akulah lelaki beriman akhir zaman kononnya).

Tiba-tiba aku bersin sambil tutup mata, bersin dan bersin dan bersin..

Lebih dari 5 kali.

Aku hemburkan segala hingus pada sapu tangan yang memang aku sedia bawa…

Minta maaf kepada semua ahli surau yang sedang beriktikaf sekalian di atas gangguan bunyi sebentar tadi. Aku mengalamai sindrom alahan pada perubahan suhu atau mungkin aku alami gajala Resdun.

Mana tahu?, tak lama kemudian seorang lelaki dalam lingkungan umur akhir 30-an tegur aku, rupa-rupanya beliau seorang doktor pakar yang bertugas di hospital Kerajaan.

Beliau terus menjalankan pemeriksan rawatan kepadaku secara langung dalam masjid dan setelah memeriksa nadi dan beberapa gejala di badanku beliau akhirnya bersetuju untuk bagi aku satu ubat yang mahal secara percuma bagi menyembuhkan alahanku itu.

Hari yang lain, di masjid juga, lepas solat isyak, beliau jumpa aku bagi aku satu ubat yang jenis sembur dalam hidung, Nasonex, mometasone furoate, Aqueous, Nasal Spray.. itulah yang tertera pada ubat tersebut.

Aku dengan manjanya suruh beliau demo macam mana nak guna ubat tu, doktor itupun dengan kasih sayang telah pegang dagu aku, dongakkan dan picit ubat itu ke dalam lubang hidung..

Aku rasa di sayangi.., heh!

Moral of the strory is, bila kita pergi masjid, bukan sahaja masalah akhirat boleh selesai, masalah dunia kita juga Allah boleh selesaikan dengan berbagai-bagai cara, Maha suci Allah..

Cerita 2.

Aku dan rakan-rakanku biasa pergi sarapan pagi selepas punch card, (check in guna internet-zaman dah maju). Dan untuk menjimatkan kos, kami gunakan sistem berkongsi kenderaan menuju sarapan.

Hari itu, tiba giliran kereta aku.

Alamak?!, kereta aku bersepah!, sungguh bersepah, kesan dari hidup bersama tiga orang anak yang baru nak kenal saiz dunia, mainan, sampah, dan beberapa aksosri bergelimpangan di sana sini.

Aku bukak pintu dan dalam masa rakan-rakan cuba masuk ke dalam kereta, aku segara kemas mana yang patut, botol susu aku campak dalam bekas bawah kerusi, sampah aku pungut mana yang sempat dan cuba buat itu ini.

Tapi aku gagal kerana seluruh kerusi kereta telah di duduki oleh rakan-rakan.

Dan mereka ‘kutuk’ aku.

Dan aku tahu kereta mereka adalah begitu bersih, dengan sport rim berkilat dan hidup bujang. Manalah sama nak banding kereta aku yang di kongsi bersama tiga anak kecil.

Mereka buat lawak dengan kereta aku yang di anggap macam sampah. Dan dalam lawak serta gelak terkeluar ungkapan bahawa sebagai orang yang selalu ke masjid ( sekali lagi- akulah lelaki beriman akhir zaman kononnya ) kena lah jaga kebersihan kerana kebersihan adalah sebahagian dari iman.

Betul kata mereka -lalu aku bergurau dengan menyatakan bahawa kereta aku telah di ‘patern’kan begini, siapa tiru aku akan saman, ha ha ha (cover line)..

Apa-apalah.

Kemudian aku teringat zaman aku muda dan bujang dulu, zaman aku baru beli Motor RXZ. Hari hari basuh motor dan lap sini sana, malam simpan motor dalam rumah dan tak sanggup sedikitpun lihat kekotoran pada motor RXZ kesayanganku itu. Jika boleh aku nak pasang ubat nyamuk bawah motor waktu malam sebab tak nak bagi nyamuk hinggap kat motor… apa-apalah.

Nak jadi cerita ada kawan yang lebih dahulu menjadi lelaki beriman akhir zaman dari aku, seorang ahli masjid, solat jemaah lima waktu dan ada motor EX5 yang selalu kotor.

Aku yang perasan bagus waktu tu sound mamat tu.., apa lah kau ni, hari-hari pergi masjid kononnya, tapi motor kotor, bukankah kebersihan adalah sebahagian dari iman?

Lalu mamat tu jawab dengan selamba, satu rangkap perkataan yang aku ingat, hafal dan faham sehingga ke hari ini. Dan lafaz itulah yang aku ungkap pulak kat kawan-kawan aku yang ‘kutuk’ kereta aku.

Lafaz itu berbunyi begini:-

“Alangkah baiknya jika kamu dapat membersihkan hati kamu sebagaimana kamu membersihkan kenderaan kesayangan kamu”

Woha!

Cerita 3.

Di kedai makan, di sebuah meja, terdapat dua gelas teh tarik yang masih berbuih dan sedikit berasap terhidang atas meja.

Kelihatan dua lelaki yang cuba menyelamatkan dunia sedang berada di sana.

Aku dan Mamat.

Mamat juga adalah termasuk dalam golonngan lelaki beriman akhir zaman…

Kata Mamat:-

“aku pelik bila kau cerita tentang berbeza pendapat itu rahmat nampak macam kau dah paham tentang pentingnya kewujudan parti XYX atau ABC, namun kat tempat lain kau sindir mereka dan menolak pendapat mereka. Kenapa jadi begitu?”

Aku kata:-

Kau kena paham hadith ni, yang di keluarkan oleh Bukhari dan Tirmizi, dan di riwayatkan oleh Nu’man bin Basyir r.a.

Menurut hadith ini, lebih kurang maksud Nabi bersabda, ummat ini di ibaratkan mereka yang sedang berlayar di atas sebuah kapal, maka ada yang suka duduk bahagian atas, dan ada yang suka duduk bahagian bawah.

Bagi aku (yang hina dan bukan ustaz), duduk atas dan duduk bawah adalah perbezaan pendapat., tiada masalah, masih di atas kapal yang sama. Masih belayar menuju tempat yang sama.

Namun tiba-tiba antara mereka ada yang berpendapat untuk buat lubang dapatkan air yang banyak dengan niat tak nak menyusahkan orang lain. Dan mungkin nak tolong orang lain.

Maka, sekiranya orang yang berada di atas kapal tidak memegang tangan tangan orang yang nak tebuk kapal itu, (maksudnya di sini berdakwah pada mereka atau mencegah kemungkaran mereka).

Maka, mereka semua akan karam. (demikan cerita hadtih itu lebih kurang)

Jadi, habiskan teh tarik ni cepat-cepat, mari kita selamatkan dunia dengan mencagah parti XYZ dan parti ABC daripada tebuk lubang di sini sana.

Woha!…

Cerita 4.

Aku baru nak bersiap untuk solat zohor, tiba tiba telefon berbunyi, ringtone “another you-Cromok:-

Ku angat ku dengar suara.

Suara wanita yang sedang tercungap kepenatan. Juga seorang wanita yang beriman di akhir zaman…

“Abang hamka, Abang tahu tak siapa yang bunuh Saidina Hamzah?”

Aku berfikir 2 saat dan menjawab;

“Kalau tak silap aku, Hindon nama dia, kenapa?, kau kat mana?”

“Aku sedang buat program khemah ibadat anjuran parti XXX, sedang explorace, berlari sambil cari jawapan tentang islam, jawapan dia bukan hindon, sebab klu dia lelaki…”

“Eh, lagi 2 minit nak Zohor, kau musafir ke?”

Tanya aku..

“Tak, kami kat pantai XXX sahaja, ustaz pun ada. Lepas program ni, ada makan tengahari, lepas tu baru solat kot..”

Aku garu kepala sebelah tangan,

“Kalau tak silap aku, yang lembing Saidina Hamzah r.a dalam perperangan Uhud adalah Washi.., eh tak baik kau melengah-lengahkan solat, nanti datang Haid ke apa?”

“tooot”…

Panggilan tamat,

Dunia dah nak kiamat…

Wahai adik perempuanku, walau di mana kamu berada, kenang aku dalam doamu..

Cerita 5

Kawan aku seorang penderma darah yang kerap, juga lelaki beriman akhir zaman dan sudah lebih 5 kali menderma darah telah mendapat tawaran percuma untuk suntikan imun Hepatatis B. Sebelum di suntik, darah beliau di ambil dan di analisa lalu di dapati imun yang di suntik ketika bayi dulu telah habis imunnya, maka beliau telah di suntik sebanyak 3 kali secara berperingkat untuk mengaktikan balik imun hepatatis B.

Jika Di Klinik Swasta, cas akan di kenakan RM 35 untuk setiap suntikan.

Di Malayasia, imun untuk orang dewasa tidak di wajibkan oleh Kerajaan kecuali jika gelaja penyakit ini tersebar, namun jika anda bercadang ke luar Negara, eloklah ambil langlah pencegah awal.

Semua datang dari Allah, Yakinlah Allah segala-galanya.

Orang yang tolak asbab adalah bodoh, dan orang yang yakin dengan asbab lagi-lagilah bodoh.(sebab syirik)

Selamat maju jaya.

Negara sihat, rakyat bersih.

Cerita 6

Apabila aku perkenalkan istilah “iman-imun”, maka ada yang pertikaikan perkatan ini, kerana iman tidak boleh di imunkan, hanya iman malaikat yang imun iman, kata mereka…

Lalu aku teringat tentang unta yang boleh hidup 2 bulan tanpa air, tahu mana aku ambik fakta ini?

Dari iklan ASTRO yang mengambarkan anak zaman sekarang jadi bijak kerana ibu-bapa mereka langgan ASTRO.

Jadi lepas ni, anak-anak anda akan jadi bijak hari ini kerana aku nak cerita sikit tentang imun.

Aku akui, aku memang bodoh dalam banyak hal.. lalu aku call doktor dalam cerita pertama di atas.

Berikut adalah fakta yang aku dapat tentang imun..

Banyak imun yang di beri, akan jadikan kita kebal seumur hidup untuk penyakit seperti campak, rubella dan BCG (yang biasa aku dengar) , serta Parotitis (tak pernah aku dengar) dan lain-lain..

Untuk penyakit tetanus (aku baru dengar) boleh bertahan hanya beberapa tahun, dan jika suasana kritikal, perlu suntikan ulangan dalam periode waktu tertentu yang di panggil ‘booster'(aku baru tahu istilah ini)

Ada lagi nama penyakit yang aku baru dengar seperti pertusis yang imun hanya sementara untuk kanak-kanak, tapi untuk orang dewasa imun sampai mati..

Dan kaedah suntikan imunasisi yang berulang di panggil ‘booster’, aku pun baru tahu, mungkin lepas dah belajar ‘imun-iman’ kena belajar pulak ‘booster iman’ he he he..

Oleh kerana terdapat kes pesakit yang telah di imunkan tetapi masih menghidapi penyakit, maka badan bertindak masih lagi mengkaji kaedah imun yang betul sesuai untuk sepanjang zaman…

Nama jabatan yang mengatur booster untuk vaksin adalah The National Institutes of Health (NIH) dan di Bantu oleh CDC (aku tak catat shortform yang ni)

Ok, Iman itu ada banyak cabangnya, paling tinggi adalah dakwah, dan paling rendah adalah alihkan kayu yang mengganggu di tengah jalan, dan malu itu cabang dari iman..

Kalau iman korang belum ‘imun’, macam iman aku, kena banyak buat ‘booster’ iman..

He he he, tapi itu istilah sahaja, yang aku guna pakai dalam blog ini, lantak korangler nak setuju ke tak, aku memang bodoh dalam banyak hal.., tak pandai macam korang.

Aku stop bab imun dengan persembahkan sebuah iklan:

Contoh Iklan baru,

“Ayah, tahukan siapa yang menjumpai keadah imun?”

“Siapa?”

Tanya ayah budak itu sambil bonceng anak perempuanya itu ke belakang bahunya… pelakon adalah orang yang sama dalam iklan ASTRO., dan memagang watak lelaki beriman akhir zaman.

“Edward Jenner ayah, pada tahun 1796, beliau telah memperkenalkan teknik vaksinasi iaitu dengan menyuntik bahan yang telah di ambil daripada jerawat cacar lembu dari tangan seorang pekerja ladang ternakan lalu di suntik ke dalam badan seorang budak yang bernama James Phipps, setelah mengalami gejala cacar lembu, kanak-kanak atau Jamer Phipps ini segera sembuh, kemudian sekali lagi badannya di suntik dengan cacar yang merbahaya dan di dapati bahawa Phipps tidak menujukkan sebarang tanda serangan penyakit tersebut..”

Wah pandainya anak ayah, belajar kat mana?.

(Versi asal:- Astro!)

Veris edit:-Blog keretamayat!

Delete scane: “Ayah, walaupun blog itu di anggap bodoh dan di benci orang ramai, tapi cukup ramai yang baca dan bagi komen, dari komen mereka saya dapat belajar banyak ilmu baru, ayah pun kena baca sama jika nak jadi bijak macam saya.. hihihi..

Woha!

Cerita 7

Kakak aku bekerja sebagai pegawai farmasi, juga termasuk seorang wanita beriman akhir zaman, aku juga luangkan masa bercakap tentang imun dengan beliau semalam..

Secara kesimpulannya, imun akan di berikan kepada setiap rakyat dan di wajibkan oleh kerajaan untuk mengelakkan penyakit berjangkit. Tapi sekiranya gelaja merebak yang terlalu kuat dan belum ada imun, maka kawasan yang terlibat akan di quarantine kan.

Aku rasa ada usaha parti XYZ untuk kuarantinkan Malaysia, supaya Rakyak kelak, dapat selamat dari penyakit iman. Tapi kenapa tak imunkan sahaja iman Rakyat Malaysia dengan cara renew iman dan seterusnya dunia ini tak perlu lagi di kuaratinkan? .

Tamsilnya begini:-

Jika korang duduk pantai timur, dan kemudian, anak korang dapat tawaran belajar di Kuala Lumpur, maka korang terus bimbang masa depan sebab kat KL yang korang faham banyak gejala maksiat, tempat hiburan banyak, kedai arak banyak, kedai jual nombor dan sebagainya.

Lalu kita buat usaha untuk tukar Kerajaan dan bila kita menang, kita tutup segala macam tempat hiburan yang banyak itu, kedai arak kita tutp, kedai jual nombor dan sebagainya semua kita tutup. (jika menang, if… )

Tapi kita terlupa yang anak kita ada penyakit iman dan belum di ‘imunisasikan’ lagi. Sampai Kuala Lumpur anak kita akan buat sendiri amalan orang –orang yang rosak imannya.

Seperti solat lengah-lengah, melancap dan sebagainya.

Maka moralnya di sini adalah. Kau nak tumbang Kerajaan ke, nak Kukuhkan Kerjaan ke, jangan lupa untuk buat usaha atas iman. Usaha jaga solat jemaah dan usaha hidupkan Sunnah Nabi, hudupkan Janggut Nabi dan akhlak Nabi..

Sebab bila anak kita dan di renew iman mereka, dan di imun iman mereka, jika dapat tawaran belajar kat USA pun masih solat jemaah, tak melancap dan sebagainya.

Mungkin kelak berkat fikir risau, semua orang negro masuk islam, tak mustahil bukan?

Dan akhirnya Amerika akan jadi negara islam.

Simple.

Cerita 8.

Aku pernah tulis begini:

Orang miskin selalu bercakap tentang harta orang kaya.

Orang bodoh selalu bercakap tentang kelemahan orang pandai..

Ada orang mintak tolong aku tafsirkan..

Senang begini, kau pergi jer baca kat komen kereta mayat, akan ada komen orang-orang yang bodoh bercakap tentang kelemahan orang pandai..

Mereka komen orang yang berdakwah akan kelemahan seperti janggut macam kambing, busuk macam najis, pakaian kotor macam pengemis, dan yang semakna dengannya, yang semua itu di tulis sebagai tujuan menghina..

Jadi kes aku pulak, aku tidak bercakap kelemahan orang pandai, perut bungcit ke, dagu licin macam babi ke, misai panjang macam singa laut ke, aku tak akan komen sebodoh itu, tapi aku tulis tentang ‘kesilapan’ orang pandai, cakap berapi-rapi tapi solat tak jaga, nak negara islam tapi tak nak ikut sunnah Nabi, nak kuasa nuklear tapi malas nak solat jemaah, boikot product orang kapir dan masa yang sama boikot janggut di dagu..

Aku tak kira sama ada mereka ustaz atau ulamak, dan sama ada mereka sengaja atau tak sengaja aku tulis, sebab aku nampak…, perbuatan mereka ada yang bercanggah dengan Al Quaran dan Hadith.., aku boleh hindarkan diri dari jadi seperti mereka..

Orang tabligh yang bercerita tentang dunia dan politik dalam masjid pun aku sound, biasa aku cakap kat orang tabligh yang tersasul lalu yang rancak cakap tentang politik dengan lafaz..

“six noble quality only, please…”

He he he..

Aku tak nak jadi orang yang taksub dan bodoh lalu telan semua statement walaupun terang lagi bersuluh semua itu bertetentangan dengan Sunnah hanya semata mata orang yang cakap itu bertaraf ustaz dan ulamak..

Allah dah bagi Akal dan Hati…

Lagipun ini latihan juga kerana bila nak jadi mayat kelak, syaitan akan menjelma jadi orang pandai untuk murtadkan kita.., cuba bayangkan syaitan jelma jadi Tuan guru ke, jadi ulamak besar ke masa nak mati, tak ke haru?, jika kita main sebat sajer semua lafaz mereka, tak ke hampeh? tak ke kita boleh mati dalam keadaan kafir?

Naduzibillah. .

Selamat berlatih. ; )

Tapi jika ada aku terkomen peribadi mereka pada entry yang lepas, sila bagitahu, aku nak delete, (kalau adalah)., mana tahu, sebab aku kadang kadang semborono menulis lalu terpengaruh dengan nafsu sendiri..oh!

Dan seperti biasa, ramai yang suka bercakap tentang kelamahan aku, paham-paham sudah.

Cerita 9

Aku hantar anak aku pergi tadika. Seorang anak yang akan menjadi lelaki beriman akhir zaman…, insyAllah.

Balik tadika aku tanya belajar apa dan ada perform solat tak..?

Jawab anak aku.

Ayah, cikgu bila dengar azan tak pergi solatpun..

Oh, dunia mereka lebih mencabar! , orang BN sedang besarkan anak dengan fahaman sekian-sekian, orang PAS sedang besarkan anak dengan fahaman sekian-sekian, orang Tabligh sedang besarkan anak dengan fahaman sekian-sekian, orang yahudi dan Nasrani juga sedang besarkan anak dengan fahaman sekian-sekian. Aku pula di sini sedang besarkan anak aku dengan fahaman sekian sekian..

Perang yang lebih besar dari sini sedang menanti mereka…

Oh!

SEKIAN.

Ps: syaitan tidak pernah berputus asa dalam usaha menyesatkan manusia, tapi manusia selalu berputus asa dalam usaha menyelamatkan manusia…

.
Advertisement