Archive for the ‘Dosa zahir dan batin’ Category

Dosa zahir dan batin

Februari 5, 2008

doa-pembuka-barzanji.jpg

Dosa ada 2 kategori, dosa zahir dan dosa batinYang lahir nampak dan mudah disedarkan

Dosa yang lahir sebenarnya adalah buah dosa yang batin

Atau yang dalam yang tidak nampak oleh mata dan akal

Dosa yang batin terlalu banyak ramai orang tidak sedar

Dan payah disedarkan mereka

Kalau dosa yang zahir nampaknya sedikit sahaja

Yang dalam lebih banyak lagi

Cuma peluang untuk bertindak belum ada

Dosa yang lahir yang sedikit itu kerana ada peluang membuatnya

Yang banyak lagi yang di dalam itu belum keluar lagi

Kerana tidak ada peluang untuk bertindak

Kalau yang dalam itu ada peluang Masya-ALLAH

Yang lahir itu makin bercambah

Dan bercabang serta berkembang sangat banyaknyaOleh kerana dosa yang di dalam banyak peluang untuk membuat terhalang

Ramai yang menyangka dia tidak ada dosaKeranaitulah ramai yang berkata: ” Saya tidak bersalah”

”Saya tidak berdosa”

Dosa sombong, dosa riak, doa megah, dosa ujub

Dosa dengki, dosa hendak glamour, hendak puji

Dan lain lagi mana yang nampak

Apabila lahir buahnya baru nampak

Dosa yang terpendam dalam hatinya

Buahnya akan nampak apabila tercabar

Apabila dapat sesuatu, apabila dicaci, apabila dipuji

Dinasihati dan lain-lain barulah nyata

Di sinilah perlunya guru mursyid, kerana yang punya diri

Pun tidak begitu nampak dosa-dosa yang tersembunyi itu

Guru Mursyid sahaja yang dapat memberitahu dosa batin

Sama ada secara langsung mahu pun tidak secara langsung

Kerana itulah untuk menuju ALLAH Taala

Kenalah ada guru yang bertaqwaGuru yang bertaqwa sahaja yang boleh memberitahu

Perjalanan batin murid-muridnya

Hasil Nukilan Abuya ku

Tuan Guru Haji Ashaari bin Muhamad

Advertisement