Archive for the ‘renungan bersama’ Category

Alhamdulillah

Februari 18, 2008

Alhamdulilah
Posted on Monday, February 11 @ 20:58:19 MYT by SongkokPutih
Penulisan Kreatif Oleh osmaismail

“Aku hairan sungguh…
Melihat manusia berbangga dengan manusia,
Makhluk yang lemah dijadikan Allah.
Manusia yang paling hebat Rasullulah s.a.w.
Baginda ke langit dalam semalaman
Baginda melihat penghuni Syurga
Baginda melihat azabnya Neraka
Baginda memegang kuncinya Syurga

Hari ini..
Manusia baru ke angkasa
dengan bantuan manusia..
dengan kelengkapan siapan manusia
dengan sumbangan kesusahan manusia
dengan keringat rakyat jelata
berbangga dengan satu manusia
yang hidup matinya di tangan yang Esa
Bangganya Aku..
Punya nabi yang diMikrajkan
Punya nabi yang aku banggakan”

Beranak dalam tangki

Februari 17, 2008

GEORGETOWN: Seorang wanita selamat melahirkan anak lelaki dalam air
iaitu satu kaedah baru diperkenalkan dan yang pertama di Malaysia di
sebuah hospital swasta di sini, kelmarin.

Wang Chiew Kian, 40, melahirkan anak seberat 3.64 kilogram tanpa
sebarang komplikasi, dilahirkan pada jam 5.20 petang dalam sebuah
tangki air khas dengan bantuan sepasukan pakar perubatan Hospital
Island diketuai Perunding Pakar Sakit Puan, Dr Narinder Singh Shadan.

Wanita itu sebelum ini memiliki tiga cahaya mata iaitu dua perempuan
dan lelaki berusia antara sembilan hingga enam tahun.

Kaedah melahirkan anak dalam air masih baru di Malaysia walaupun
sudah lama diamalkan di Amerika Syarikat, United Kingdom dan
Australia.

Kaedah itu satu proses normal yang hanya memerlukan ibu berada di
dalam air beberapa jam sebelum waktu kelahiran.

Sementara itu, Wang ketika ditemui kira-kira setengah jam selepas
melahirkan anak yang masih belum diberi nama, berkata dia memilih
kaedah itu bagi mengurangkan kesakitan.

Dia yang keletihan selepas kira-kira sejam berada dalam tangki air,
tersenyum puas apabila melihat bayinya sihat dan comel.

“Sebelum ini, saya menanggung kesakitan ketika melahirkan anak tapi
dengan menggunakan kaedah ini, ia mengurangkan kesakitan yang pernah
saya alami,” katanya.

Turut memberi sokongan kepada Wang yang mula dimasukkan ke dalam tab
mandi kira-kira jam 4.30 petang ialah suaminya, Goh Beng Huat, 37,
seorang kontraktor.

Sementara itu, Dr Narinder berkata, pihaknya terpaksa menggunakan
tangki air kerana hospital belum mempunyai kemudahan lengkap bagi
mengendalikan kaedah kelahiran dalam air.

Tangki air itu pada mulanya diisi air sehingga paras perut pada suhu
37 darjah celcius iaitu suhu badan. Kedudukan pesakit dalam tangki
sebelum melahirkan anak bergantung kepada keselesaan individu itu
sendiri.

“Apa yang pasti, kaedah ini dapat mengekalkan emosi seorang ibu yang
cemas hingga menjadi begitu tenang,” katanya sambil menambah dalam
kes Wang pihaknya turut memasang lagu berentak sentimental.

Katanya, kaedah itu memerlukan tiga perkara penting iaitu pasangan
yang bermotivasi, sokongan daripada keluarga dan menggunakan khidmat
pakar.

“Kaedah ini sangat baik apabila pesakit langsung tidak diberikan
sebarang ubat dan tiada sebarang gangguan.

“Tugas saya hanya perlu memeriksa tekanan jantung dan melihat skrin
yang menunjukkan bila pesakit akan melahirkan anak. Itu saja dan saya
tidak perlu memegang pesakit kecuali jika keadaan memerlukan,”
katanya.

Kaedah itu akan mengurangkan kesakitan terutama ketika saat-saat
kelahiran dengan adanya air di dalam tangki air itu. Air juga mampu
menyokong berat seseorang dan memudahkan pergerakan.

“Cara ini mampu mengurangkan trauma kepada ibu pada saat melahirkan
bayi serta mampu memberi satu persekitaran yang baru kepada bayi
berkenaan,” katanya.

Zodiak dan pekerjaan

Februari 17, 2008
Adakalanya karektor seseorang individu berkait rapat dengan zodiaknya. Kali ini jom kita tinjau zodiak dan apa pula karektor kerja seseorang itu.

PEKERJA ARIES
Pekerja yang berzodiak Aries tidak sukakan pekerjaan yang memerlukan mereka melakukan pekerjaan yang sama sepanjang masa. Cepat jemu dan terasa seolah-olah kreativiti mereka terbatas. Selain itu, gaji bukan penarik minat utama mereka menceburi sesuatu kerjaya. Yang penting kepuasan kerja dan prospek kerja yang luas bagi membolehkan mereka meningkatkan keupayaan diri. Mereka juga sukakan pekerjaan yang boleh mencabar keupayaan mereka. Untuk membuatkan si aries ini gembira, berikan kepercayaan kepada mereka untuk membantu apa yang perlu terutamanya menunjuk ajar pekerja yang kurang mahir. Mereka memang suka bab macam tu!

PEKERJA TAURUS
Bukan nak mengampu, tapi sememangnya Taurus adalah seorang pekerja yang baik! Mereka sangat setia, kuat kerja dan tak suka ¡kipas mengipas¢ ni. Mereka bekerja ikut peraturan dan akan sedaya upaya melakukan kerja yang diberikan itu hingga selesai. Cuma mereka ni memang agak ¡lembab¢ sikit dan suka buat kerja ¡last minute¢! Pun begitu, mereka sentiasa inginkan bimbingan dan tunjuk ajar daripada orang lain untuk melakukan yang terbaik. Tapi usah cuba nak memperalatkan mereka, buruk padahnya nanti! Untuk menggembirakan Taurus, serahkan projek yang benar-benar menepati keupayaan mereka.

PEKERJA GEMINI
Mereka ini gemar berkongsi idea dengan teman setugas yang lain. Tak kedekut ilmu beb! Tapi dalam masa yang sama mereka tidak boleh menumpukan perhatian kepada satu kerja saja dalam tempoh yang lama. Selain itu, mereka ini suka benar mengambil tahu soal orang lain jadi tak hairanlah mereka ni boleh menjadi ¡ratu gosip¢.
Mood dan produktiviti mereka sering berubah ubah dan saling berkaitan. Pekerjaan yang sesuai adalah pekerjaan yang membolehkan mereka menjelajah ke banyak tempat.

PEKERJA CANCER
Bagi mereka, pekerjaan adalah untuk mendapatkan wang bagi menyara kehidupan.
Mereka ini juga boleh diharap dan sentiasa bersedia membantu di saat diperlukan. Usah bimbang mereka ini bukan termasuk di dalam orang-orang yang berlumba untuk mendapatkan kuasa. Bagi mereka, pekerjaan penting bagi menjamin kehidupan yang selesa.. Persekitaran kerja amat mempengaruhi mereka. Tentu kamu akan disukai jika bersikap peramah.

PEKERJA LEO
Wah! Si Leo rupanya ingin diri mereka menjadi perhatian utama di tempat kerja. Biarpun mereka tidak boleh memimpin tapi mereka akan cuba mencari jalan untuk meningkatkan status mereka di mata teman-teman sepejabat. Usah cuba nak komen, pasti tak diterima mereka! Namun mereka gemar memberi nasihat kepada orang lain. Untuk ¡mengawal¢ mereka ini, senang saja. Berikan mereka lebih tanggungjawab agar mereka rasakan diri mereka itu orang penting! Tapi berwaspadalah kamu. Silap haribulan, kerja kamu pula dirampasnya!

PEKERJA VIRGO
Jika kena gayanya, mereka mampu bekerja dengan rajin. Mereka tak kisah jika terpaksa bekerja malam semata-mata untuk memastikan segala kerja berjalan lancar. Sememangnya kejujuran kunci utama mereka dalam bekerja. Tapi mereka ini mudah sangat mengkritik jika ada yang silap pada pandangan mata mereka. Mereka sanggup melakukan pelbagai kajian sebelum memulakan sesuatu tugasan yang diberikan bagi melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan yang diperlukan. Mereka tak perlu diampu, cukuplah jika mereka merasakan kerja mereka dihargai.

PEKERJA LIBRA
Ramai teman sekerja yang beranggapan bahawa mereka ini terlalu sensitif dan sukar bekerjasama. Keupayaan mereka juga berubah-ubah. Satu hari mereka kelihatan bertenaga dan mampu bekerja cemerlang dan di hari yang lain pula mereka bersikap sebaliknya. Namun sekiranya mereka mampu mengawal mood mereka yang tak seimbang itu, tak mustahil mereka boleh naik pangkat!
Walau bagaimanapun, jangan cuba nak memerintah mereka lebih-lebih pula!

PEKERJA SCORPIO
Ternyata mereka ini mampu berdikari dan tidak mengharapkan pertolongan daripada orang lain sangat. Segalanya boleh di uruskan sendiri! Yang bagusnya, mereka tak pernah campur adukkan soal kerja dan peribadi. Mereka tak takut untuk menyuarakan pendapat sekiranya merasakan ada yang tak kena. Berani kerana benar! Tak kira yang buat salah itu orang atasan atau teman sejawat! Mereka juga akan melayan orang lain seperti orang lain melayan mereka. Bermakna, kalau orang baik dengan mereka, begitu juga dengan mereka. Kalau tak, maaf sajalah!

PEKERJA SAGITARIUS
Mereka ini berkeyakinan, ceria dan bersedia membantu dalam pekerjaan. Apa jua yang diserahkan kepada mereka pasti akan dilakukan sebaik mungkin. Tak ada masalah! Pun begitu, usah perlekehkan mereka kerana itu adalah kepantangan bagi mereka!
Jangan cuba main-main!

PEKERJA AQUARIUS
Sukar untuk bertolak ansur dengan mereka.
Bukan apa,mereka asyik ingin lakukan yang terbaik. Mereka juga bercita-cita tinggi. Untuk mengembirakan mereka, beri peluang kepada mereka untuk meluaskan pengetahuan dan skil kerja mereka.

PEKERJA CAPRICORN
Mereka gembira bila merasakan diri mereka diperlukan untuk menjayakan sebarang kerja. Mereka juga akan sentiasa cuba untuk meningkatkan daya usaha mereka. Pun begitu, mereka bukanlah seorang yang suka memaksa. Apabila mengenalpasti
matlamat, pasti mereka akan berusaha untuk mencapai segala yang diimpikan itu. Namun mereka bukanlah bekerja secara sukarela saja. Jika dirasakan kerja yang dilakukan berbaloi, bermakna gaji yang diberikan juga harus berbaloi!

PEKERJA PISCES
Mereka boleh menjadi seorang pekerja yang taat dan kerja kuat. Sekiranya ada yang tak kena di dalam pejabat, pasti merekalah yang mula-mula mendapat tahu. Mungkin sebab terlalu prihatin kot!Mereka gemar melakukan sesuatu yang dianggap berbaloi untuk dilakukan!

Teliti itu penting!

Februari 17, 2008

Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah
melakukan
pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat
mayat itu
diletakkan..

“Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi
seorang
doktor”, kata pensyarah itu.

“Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat”,
katanya…sebagai contoh,
pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya
semula dan
menjilat jarinya itu.

“Sekarang, cuba kamu buat”, kata pensyarah itu.

Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat.
Seorang
demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila
semua pelajar
selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata….

“Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam.
Seperti
tadi….saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jaritelunjuk. ……

SEKARANG…. .TUMPUKAN PERHATIAN… .PAHAM!!! !!

Menjaga hati dari sifat sombong

Februari 17, 2008
Assalammu’alaikum waramatuhllahi wabarakahtuh

Menjaga hati dari sifat sombong

Ikhwani yang dirahmati oleh ALLAH, hati adalah penghulu seluruh
anggota. Di dalam hati itulah tersimpan semua asas akidah, akhlak,
niat baik dan niat yang tidak baik. Selagi hati itu belum dibersihkan
( disucikan ) dari sifat-sifat buruk dan tercela, serta menghiasinya
dengan sifat-sifat yang baik dan terpuji, maka kita tidak akan
merasakan kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat.

Allah SWT berfirman dalam Surah Asy-Syams Ayat 7 hingga 10 :
” Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan
kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);
Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya
kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa;
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia
bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang
sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya ( dengan sebab
kekotoran maksiat ). ”

Banyak akhlak dan sifat-sifat yang tercela yang seharusnya kita
hindarkan dari hati. Diantara penyakit-penyakit hati yang berbahaya
ialah sifat sombong.

Sifat ini adalah sifat yang dimiliki oleh syaitan yang terkutuk.
Sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 34 :
” Dan ( ingatlah ) ketika kami berfirman kepada malaikat : Tunduklah
( beri hormat ) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk
memberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takbur dan
menjadilah dia dari golongan yang kafir. ”

Allah membenci hamba-hambaNya yang sombong sebagaimana
firmanNya dalam Surah Al-Nahl Ayat 23 :
” Sebenarnya, bahawa Allah mengetahui akan apa yang mereka
sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan; sesungguhnya Dia tidak
suka kepada orang-orang yang sombong takbur. ”

Dalam surat Luqman 18, Allah juga berfirman :
” Dan janganlah engkau memalingkan mukamu ( kerana memandang
rendah ) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi
dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada
tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. ”

Rasulullah SAW pun bersabda :
” Tidak akan masuk syurga orang yang di hatinya terdapat sebesar
atom dari sifat sombong. ”

Al-Imam Abdullah bin Alwi Al-Haddad mengatakan bahawa sifat
sombong itu senantiasa terpendam di dalam hati, tetapi ia memiliki
tanda-tanda yang dapat dikenali oleh orang, di antara tanda-

tandanya iaitu :

1. Merasa bangga melihat dirinya maju ( berjaya ) lebih dari orang
lain.
2. Suka menonjolkan diri terhadap orang lain.
3. Bila menghadiri majlis, minta dikedepankan.
4. Jika berjalan, bersikap angkuh.
5. Membantah bila ditegur orang lain, meskipun ia salah.
6. Tidak mengindahkan nasihat.
7. Suka menindas orang yang miskin dan lemah.
8. Selalu menganggap dirinya benar dan tidak pernah salah.
9. Suka memuji-muji diri sendiri.

Ikhwani, seandainya kita menjadi orang yang paling bertakwa kepada
ALLAH serta memiliki ilmu yang luas dan amat banyak amal
ibadahnya, kemudian kita menyombongkan diri terhadap orang lain
dan membanggakan diri atas kelebihan-kelebihan yang kita miliki,
nescaya ALLAH akan menghapus ketakwaan kita dan membatalkan
ibadah yang telah kita lakukan.

Apalagi kalau yang sombong itu orang yang jahil ( bodoh ). Lebih-
lebih orang yang menyombongkan diri dengan ketakwaan dan
kesholehan datuk-datuknya, sedangkan dia sendiri tidak beramal,
maka itu adalah kebodohan yang luar biasa.

Kawan, seluruh kebaikan berada dalam sifat rendah diri, khusyu’,
dan tunduk kepada Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda :
” Barangsiapa yang merendahkan diri, nescaya Allah akan
mengangkatnya, dan barangsiapa yang menyombongkan diri, nescaya
Allah akan merendahkannya. ”

Suka berdiam diri dan bersembunyi, serta tidak suka kemasyhuran /
” popular “, adalah sifat orang-orang mukmin yang sholeh.

Wallahu’alam bisshawab.

Kisah Kopi Masin

Februari 12, 2008

Dia bertemu dengan gadis itu di sebuah pesta, gadis yang
menakjubkan. Banyak jejaka berusaha mendekatinya. Sedangkan dia
sendiri hanya seorang laki-laki biasa. Tiada seorang gadis pun yang
begitu mempedulikannya. Apabila pesta telah selesai, dia mengundang
gadis itu untuk minum kopi bersamanya. Walaupun terkejut dengan
undangan yang mendadak, si gadis tidak mahu mengecewakannya. Mereka
berdua duduk di sebuah kedai kopi yang begitu nyaman. Si lelaki
begitu gugup untuk mengatakan sesuatu, sedangkan si gadis merasa
sangat tidak selesa.

“Cepat katakan sesuatu. Aku ingin segera pulang”, kata si gadis
dalam hatinya.

Tiba-tiba si laki-laki berkata pada pelayan, “Tolong ambilkan saya
garam. Saya ingin membubuhkan dalam kopi saya.”

Semua orang memandang dan melihat aneh padanya. Mukanya mendadak
menjadi merah, tapi dia tetap mengambil dan membubuhkan garam dalam
kopi serta meminum kopinya.

Sang gadis bertanya dengan penuh rasa ingin tahu
kepadanya, “Kebiasaanmu sangat aneh?”.

“Saat aku masih kecil, aku tinggal dekat laut. Aku sangat suka
bermain-main di laut, di mana aku dapat merasakan laut… masin dan
pahit. Sama seperti rasa kopi ini”,jawab si laki-laki.

“Sekarang, tiap kali aku minum kopi masin, aku jadi teringat akan
masa kecilku, tanah kelahiranku. Aku sangat merindukan kampung
halamanku, rindu kedua orang tuaku yang masih tinggal di sana”,
lanjutnya dengan mata berlinang.

Sang gadis begitu terharu. Itu adalah hal sangat menyentuh hati.
Perasaan yang begitu dalam dari seorang laki-laki yang mengungkapkan
kerinduan akan kampung halamannya. Ia pasti seorang yang mencintai
dan begitu mengambil berat akan rumah dan keluarganya. Ia pasti
mempunyai rasa tanggungjawab akan tempat tinggal dan orang tuanya.
Kemudian sang gadis memulakan perbualan, mulai bercerita tentang
tempat tinggalnya yang jauh, masa kecilnya, keluarganya…Perbualan
yang sangat menarik bagi mereka berdua. Dan itu juga merupakan
permulaan yang indah dari kisah cinta mereka. Mereka terus menjalin
hubungan. Sang gadis menyedari bahawa dia adalah lelaki idamannya.
Dia begitu toleran, baik hati, hangat, penuh perhatian…kesimpulannya
dia adalah lelaki baik yang hampir saja diabaikan begitu saja.

Untung saja ada kopi masin !

Seperti setiap kisah cinta yang indah: sang puteri menikah dengan
sang putera, dan mereka hidup bahagia… Begitulah lelaki dan gadis
itu akhirnya bernikah. Dan, setiap kali dia membuatkan suaminya
secangkir kopi, dia membubuhkan sedikit garam di dalamnya, kerana
dia tahu itulah kesukaan suaminya. Setelah 40 tahun berlalu, si laki-
laki meninggal dunia. Dia meninggalkan sepucuk surat bagi isterinya:

“Sayangku, maafkanlah aku. Maafkan kebohongan yang telah aku buat
sepanjang hidupku. Ini adalah satu-satunya kebohonganku padamu—
tentang kopi masin. Kamu ingatkan saat kita pertama kali berkenalan?
Aku sangat gugup waktu itu. Sebenarnya aku menginginkan sedikit
gula. Tapi aku telah mengatakan garam. Waktu itu aku ingin
membatalkannya, tapi aku tak sanggup, maka aku biarkan saja
semuanya. Aku tak pernah sangka hal itu akan menjadi awal perbualan
kita. Aku telah mencuba untuk mengatakan hal yang sebenarnya
kepadamu. Aku telah mencubanya beberapa kali dalam hidupku, tapi aku
begitu takut untuk melakukannya, kerana aku telah berjanji untuk
tidak menyembunyikan apapun darimu… Sekarang saat kau membaca surat
ini, aku sudah tiada. Tidak ada lagi yang perlu aku bimbangkan, maka
aku akan mengatakan ini padamu: Aku tidak menyukai kopi yang masin.
Tapi sejak aku mengenalimu, aku selalu minum kopi yang rasanya masin
sepanjang hidupku. Aku tidak pernah menyesal atas semua yang telah
aku lakukan padamu. Aku tidak pernah menyesali semuanya. Dapat
berada disampingmu adalah kebahagiaan terbesar dalam hidupku. Jika
aku punya kesempatan untuk menjalani hidup sekali lagi, aku tetap
akan berusaha mengenalimu dan menjadikanmu isteriku walaupun aku
harus minum kopi masin sekali lagi.”

Sambil membaca, airmatanya membasahi surat itu.

Suatu hari seseorang telah bertanyanya, “Bagaimana rasa kopi masin?”

Si gadis pasti menjawab, “Rasanya begitu manis.”

Moral:
Kadang-kadang anda merasakan anda mengenali seseorang lebih baik
dari orang lain, tapi hanya untuk menyedari bahawa pendapat anda
tentang seseorang itu bukan seperti yang anda gambarkan. Sama
seperti kejadian kopi masin tadi…

by: “chipmunk_malaysia”

Pelik

Februari 3, 2008

Pelik….
Posted on Thursday, January 31 @ 00:25:09 MYT by SongkokPutih
Artikel Oleh zley

Memang sudah menjadi tabiat manusia, memuji, mengeji, menghina,menipu dan sebagainya dan ia akan belarutan bahkan akan menjadi tabiat dan kebiasaan. Kekadang perkara yang menjadi kelebihan kepada seseorang cuba pula dinafikan tetapi kalau dapat pada dirinya cuba pula dihebahkan.


Kita semua sebenarnya adalah hamba Allah dan berbagai keistimewaan pada setiap hambanya tanpa disedari. Sebenarnya beberapa perkara pelik sudah mudah dilihat mutakhir ini dan samaada boleh terima atau juga boleh dinafikan. Terserahlah pada kita.

Sebenarnya perkara-perkara pelik yang berlaku tidak semestinya dapat dilihat oleh orang kuat pada perjuangan Pas pun, kekadang ia berlaku pada orang yang paling kuat dalam menghentam perjuangan islam atau yang masih lemah dalam iman di dalam kekuatan perjuangan islam.

Dalam perkara ini, kita perlu tanya perkara di sebalik tabir mengapa seseorang yang sebelum ini kita lihat berpegang kepada pegangan sekular tetiba secara mudah beralih arah kepada perjuangan Islam sepenuhnya. Bukan kerana fanatik! atau angau! Mungkin mereka mendapat hidayah dengan cara tersendiri… macam mana kita nak menafikannya? Kalau benarlah ia berlaku sudah tentulah untuk dirinya sendiri samada untuk kekuatan iman ataupun untuk perubahan.

Tidak semestinya juga orang yang menghantar apa-apa artikel di dalam ruangan pembaca didalam ahkbar-akhbar mirip perjuangan pembangkang itu adalah pro pembangkang, mungkin ia adalah orang yang selama ini adalah kuat dengan menghentam pembangkang… tetapi fikirlah….

Sekurang-kurangnya kita sama-sama berkongsi pengalaman, meluahkan rasa, bahkan cuba memberi pendapat.Ingatlah! Perkara-perkara pelik yang boleh memberi hidayah kepada manusia tu adalah contoh kecil sahaja….

Bukan setelah melihat ombak thunami, Khalimah di langit, pokok, jatuh sakit atau sebagainya baru hendak kita beriman sedangkan terserah kepada kita untuk menilai kebenaran itu semua.Untuk makluman, Pemimpin yang tetiba buat perangai pelik seperti menggunakan kuasa sesenang hati, tidak amanah dan yang sama waktu dengannya pun boleh juga manusia beralih arah, lebih kurang dapat hidayah juge le kepada orang yang melihatnya….. (Bukankah perkara pelik juga tu?)

kiriman:”umar faruqi”

Cintailah Dia Hanya Kerana Allah..

Februari 3, 2008
Cintailah Dia Hanya Kerana Allah..Mencintai seseorang atau suatu kadang bisa membuat kita lupa makna hakikat dari apa yang kita cintai, siapa yang pernah menciptakannya, menjadikannya hadir di dunia ini, membuatnya ada tampil seperti sekarang ini.Adalah Allah yang telah menjadikannya Tampan dan manis, imut-imut dan lugu, penuh kharisma dan wibawa, inilah yang bisa meruntuhkan dinding-dinding keangkuhan kita pada makhluk yang namanya laki-laki.

Tapi ketahuilah kita tak akan pernah rugi kalo mencintainya karena Allah, karena sampai kapanpun, apapun cuma Allah yang kelak akan membukakan hatinya untuk kita, menyayangi kita, dan peduli tentang kita.

Maka dari itu, cintai dia karena Allah. Maka kita tak akan kecewa sampai kapanpun.

kiriman: farhana

Rahsia t-shirt

Februari 3, 2008

Rahsia di sebalik Baju T

Tahukah kamu bahawa lukisan pada baju T yang kamu pakai sehari-hari mengandungi pelbagai rahsia di sebaliknya? Pada kamu biasa atau untuk suka-suka. Tetapi bagi yang melihatnya, ia secara tidak langsung menterjemahkan imej atau peribadi sebenar kamu. Namun ini semua tidaklah seratus peratus betul. Kalau betul pun, anggaplah ia sebagai kebetulan sahaja.Gambar Tempat-tempat Yang Menarik Dan Unik
Kamu gemar memakai baju T yang mengambarkan tempat-tempat yang menarik seperti menara KLCC, jambatan Pulau Pinang, Kuala Terengganu. Ini menunjukkan kamu sukakan kegiatan pengembaraan yang adventure. Di samping itu kamu juga diterjemahkan mempunyai peribadi yang berani dan tegas. Bersesuaian dengan kegemaran yang suka mengembara, kamu memang tidak suka mendiami sesuatu tempat dalam masa yang lama. Kamu juga seorang yang sangat aktif dan tidak boleh duduk diam.Gambar Personaliti Yang Disanjungi Atau Kumpulan Rock
Sudah menjad perkara biasa bagi remaja memakai baju T dengan gambar personality atau artis popular sama ada dari dalam atau luar negara seperti Limp Bizkit,Nsync, XPDC dan sebagainya. Kamu digambarkan sebagai seorang yang suka bergaul bersama dengan golongan-golongan yang tertentu sahaja. Kamu juga tidak pernah gentar atau peduli apa orang lain fikir mengenai kamu. Kalau kamu gemar memakai baju T dengan gambar heavymetal, kamu merupakan seorang yang nakal dan degil. Kamu megah dengan sikap demikian. Kalau kamu suka gambar kumpulan baru yang popular, ia menggambarkan kamu sukakan sesuatu yang baru. Lain pula kalau kamu suka gambar personaliti yang terkenal menunjukkan kamu seorang yang sombong dan adakalanya bangga tidak menentu.Gambar Iklan
Ini menggambarkan kamu seorang yang mudah mesra dan peramah. Dalam kehidupan seharian pula, kamu seorang yang terlalu cerewet dan behati-hati terutama dalam soal kewangan dan perbelanjaan. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kamu seorang yang kedekut. Dalam soal berfesyen, kamu merupakan seorang yang simple dan tidak suka warna-warna kilat yang gemerlapan. Jangan kecewa jika ada yang menterjemahkan kamu sebagai seorang yang ketinggalan zaman.Gambar Logo Dan Lambang Perniagaan
Seseorang yang memakai baju yang mengandungi logo atau lambing perniagaan, kamu dianggap seorang yang angkuh atau suka menunjuk-nunjuk kepada orang lain dalam pelbagai hal. Kamu juga sangat mementingkan status dan sangat pemilih terutama dalam memilih rakan untuk bergaul. Namun tertanam juga sifat positif iaitu kamu juga sebenarnya sangat berbudi bahasa dan suka tolong menolong, tetapi sesama lingkungan kamu sahaja.Gambar Kolej Atau Universiti
Jika kamu seorang pelajar di kolej tersebut, menunjukkan kamu benar-benar menghargai kolej kamu. Sesuailah sekiranya kamu menjadi pelajar kolej tersebut kerana ia menandakan kamu seorang yang sangat menghargai ilmu pengetahuan. Kamu juga sangat menghargai status dan taraf sosial.Lukisan Tangan
Kamu digambarkan sebagai tergolong dalam masyarakat yang sangat mementingkan rumah dan keluarga. Kamu juga seorang yang sangat artistik, peramah dan suka mendapat perhatian. Malah kamu mempunyai citarasa yang tinggi dan tidak suka berahsia.Gambar Dengan Warna Neon
Kamu sebenarnya ingin menjadi tumpuan. Kamu mahu masyarakat di sekeliling sentiasa mengambil berat tentang diri kamu. Individu yang gemar memakai baju T seperti ini digambarkan seorang yang banyak bercakap, periang, popular dan sentiasa mahu menjadi tumpuan. Rakan-rakan sekeliling kamu juga begitu memerlukan kamu. Tapi berhati-hati. Jangan sampai ada yang cuba mengambil kesempatan dari kamuTertulis Dengan Kata-kata Jenama Atau Kartun
Kamu digambarkan sebagai seorang yang murah hati dan sentiasa bersedia menolong mereka yang amat memerlukan. Kamu tidak pandai menyimpan rahsia dan sering bersikap terbuka. Kamu juga sangat menggemari dunia hiburan, sentiasa berusaha memberi kesenangan pada orang lain dan suka mengkaji kehidupan yang penuh kegembiraan. Dari segi pergaulan, kamu senang diajak bergurau dan berjenaka. Tak mudah ambil hati atau merajuk.Kemeja T Yang Ketat ((gelenya!! Hehehe))
Jika kamu suka memakai kemeja T jenis ini, kamu digambarkan sebagai seorang yang sentiasa dahagakan pujian dari orang lain, seorang yang out-going dan sukakan kehidupan yang happy go lucky. Kamu jarang menunjukkan imej kamu yang sebenarnya. Walaupun demikian, dalam urusan kerja kamu lebih suka untuk melakukan dengan sempurna.Kemeja T Kamu Longgar Dan Koyak
Kamu benci sikap hipokrit. Kamu seorang yang emosional tetapi tidak terpengaruh pada sesiapa pun. Apa yang dilihat itu yang sebenarnya mementingkan keselesaan dan kesejahteraan dalam hidup kamu.Baju T Kosong
Jika kamu sukakan kemeja T kosong tanpa sebarang gambar hiasan atau berwarna lembut, ia menunjukkan kamu suka bersendiri dan berahsia. Apa sahaja rahsia yang kamu terima, hanya kamu sahaja yang mengetahuinya. Walaupun demikian, sikap kamu sangat terbuka dan sentiasa menerima teguran dari sesiapa sahaja. Kamu bersikap agak ketinggalan dan lebih suka memerap di rumah
kiriman: “Shahful Aisham”

Mujahadah

Februari 3, 2008

Saudara-saudaraku, semoga dada anda dilapangkan oleh Allah. Ketahuilah bahawa jalan menuju Allah bukanlah satu jalan yang dipenuhi dengan wangi-wangian atau bunga-bungaan, sebaliknya ia diselubungi oleh ranjau dan duri. Rasulullah saw pernah bersabda:

“Neraka tertutup dengan berbagai syahwat hawa nafsu sedangkan syurga tertutup dengan kesukaran keberatan.” (Bukhari, Muslim)

Fahamilah saudara-saudaraku, lantaran kesukaran jalan inilah maka jarang sekali orang yang melaluinya. Di antara yang menjalaninya pula jarang sekali yang benar-benar menempuhnya. Di antara yang menempuhinya juga jarang pula yang sampai kepada tujuannya dan berhasil mencapai apa yang dikejarnya. Mereka yang berjaya itulah orang yang mulia pilihan Allah untuk makrifat (mengenal) dan mahabbab (cinta) kepadaNya. Kita bermohon agar Allah swt memasukkan kita ke dalam golongan yang beruntung dengan memperolehi rahmatNya. Tanamkanlah ke dalam hati sanubarimu keazaman untuk menjalani jalan ini. Renungilah firman Allah:

“Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan bersungguh-sungguh, sedang ia seorang mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik.” (Al Israa’ : 19)

Ketahuilah, sesungguhnya kesukaran untuk menempuh jalan ini adalah tampak dari segi lahirnya sahaja. Umpamanya anda terpaksa sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan Ramadan dan melakukan lain-lain peribadatan kepada Allah. Sememangnya permulaan jalan ini ialah kesukaran tetapi kesudahannya ialah kemudahan, atau permulaannya sabar dan kesudahannya syukur ataupun permulaannya ialah kepahitan sedangkan kesudahannya ialah ketenangan jiwa, ketenteraman fikiran dan kemurniaan hati.

Dari itu jadikanlah kemahuan yang bersungguh-sungguh sebagai mahkota roh, kekalahan menjadi belenggu nafsu dan mati menjadi pakaian badan kerana yang akan menjadi tempat diammu adalah kubur. Seandainya saudara-saudara tidak mampu mengalahkan kehendak hawa nafsu yang menyeru kepada kejahatan, tanpa anda bermujahadah dan meletakkannya di bawah hukum-hukum agama, nescaya hati anda tidak akan hidup dengan sinaran makrifat.

Kesungguhanmu untuk mendekati Allah akan segera disambut olehNya sebagaimana sabda Rasulullah saw:

“Firman Allah: ‘Jika seorang hamba mendekat kepadaKu sejengkal, maka Aku mendekat kepadaNya sehasta, dan jika mendekat kepadaKu sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepadaKu berjalan, Aku datang kepadanya berjalan cepat.'” (Bukhari)

Firman Allah:

“Dan orang-orang yang bermujahadah untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Ankabuut : 69)

Allahua’lam.

kiriman: myelina

Impian

Februari 3, 2008

Impian adalah keinginan dan kemahuan dari dalam diri manusia yang menjadi penggerak untuk maju. Impian merupakan hasrat yang akan menggerakkan manusia untuk mewujudkannya.

Kita yang tidak mempunyai impian akan meninggalkan banyak perkara yang dianugerahkan oleh sebuah kehidupan. Hasrat atau kegigihan kita mudah sekali pudar, sehingga kita mengubah impian kita menjadi sederhana. Impian yang besar mempunyai kekuatan yang besar.

Impian adalah merupakan sumber motivasi. Impian akan mempengaruhi fikiran di bawah sedar. Impian dapat menjamin kejayaan, kerana sentiasa menjadi sumber motivasi hingga mencapai tujuan atau menggapai tujuan seterusnya. Dorongan motivasi itulah yang akan menggerakkan tubuh dan mengatur strategi yang harus ditempuhi, misalnya bagaimana mencari informasi dan menjalin perhubungan ataupun bekerjasama dengan orang lain.

Sebenarnya, kita juga dapat memperbaiki nilai dan menyempurnakan jati diri dengan kekuatan impian. Jadi jangan takut untuk bermimpi, kerana impian akan menimbulkan keinginan yang kuat untuk mencapainya. Impian mampu berperanan sebagai sumber motivasi, yang akan membangkitkan kemahuan dan harapan, sehingga kita mampu mengharungi semua rintangan dan kesusahan. Impian menjadikan kita bersemangat dalam apa saja yang kita lakukan. Impian itu sebenarnya merupakan sumber kekuatan untuk menghadapi dugaan atau cabaran.

Rasa percaya menjadikan seseorang pantang kalah atau menyerah, walaupun mungkin orang lain mengkritik atau menghalang. Kepercayaan itu juga membentuk kesedaran bahawa kita diciptakan di dunia ini sebagai pemenang. Fokuskan untuk merealisasikan impian. Impian menjadikan seseorang bekerja lebih gigih dan lebih tekun. Seseorang yang mempunyai impian memahami bahawa kejayaan memerlukan pengorbanan, usaha, komitmen, masa serta dorongan dari orang lain. Oleh sebab itu, kita akan selalu bersemangat mengembangkan kemampuan tanpa berhenti dan mencapai kemajuan terus menerus hingga tanpa batas. Impian adalah merupakan daya dorong yang tersendiri dan luar biasa.

Impian menjadikan kehidupan kita lebih mudah dilalui. Impian menjadikan manusia lebih kuat menghadapi segala rintangan dan cabaran. Kerana impian dapat menimbulkan kemahuan yang kuat untuk merealisasikannya. Kunci kebahagiaan adalah mempunyai impian. “Dreams are extremely important. You can’t do it unless you imagine it.” Jangan takut untuk mengimpikan sesuatu, jadikan impian itu sebagai nafas-nafas kehidupan kita.

by,
Myelina Tashiro.

Maksud Nama – Huruf Pertama

Februari 1, 2008
Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.
A Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
B Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.
C Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.
D Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.
E Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.
F Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.
G Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.
H Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.
I Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
J Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.
K Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
L Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.
M Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.
N Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.
O Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.
P Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.
Q Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.
R Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.
S Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.
T Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.
U Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.
V Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.
W Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.
X Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.
Y Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.
Z Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

kiriman: “Noraini Zakaria”

10 Jenis Makanan Antikolesterol

Februari 1, 2008

1. SOYA

Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang
soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga Dpt
menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg
membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan
meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI

Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi
boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL.
Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga
matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. BUAH KERING

Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak
mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL
sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh
diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL

Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan
khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg
memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya
menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan.

5. IKAN TUNA

termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel.
Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol
LDL.

6. KACANG TANAH

Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin
E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL
dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA

Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong,
betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol
LDL dlm tubuh.

8. KISMIS

Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan
diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm
darah sebanyak 8%.

9. OAT

Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa
pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat
mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya
dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

10. JAMBU BATU

Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan
mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya
bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu
sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan
berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg
sesuai

kiriman: nana

14 fakta menarik

Februari 1, 2008
***kalau ade yg dah dpt..ignore aje k…
14 Fakta menarik yang agak mencuit hati sebagai tatapan pengunjung yang dikasihi. Allah SWt tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia, setiap kejadian baik mahupun buruk ada hikmah di sebaliknya.
“Orang yang mengingati Allah ketika berdiri dan duduk ketika berbaring dan mereka memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (mereka mengatakan): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, peliharalah kami daripada seksa neraka.”(Surah Al-Imram, ayat 191).
1. Rama-rama merasa makanannya dengan kaki.
2. Bunyi itik tidak menghasilkan talun (echo).
3. Dalam tempoh 10 minit, taufan membebaskan lebih banyak tenaga berbanding
keseluruhan tenaga yang boleh dibebaskan dari senjata nuklear yang terdapat
di bumi.
4. Secara purata, ramai manusia lebih takut labab-labah daripada takut mati.
5. Gajah adalah satu-satu mamalia yang tidak boleh melompat.
6. Satu dari dua billion manusia akan dapat hidup sehingga 116 tahun atau
lebih.
7. Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga, tetapi ia tidak boleh menuruni
tangga.
8. Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak dari lelaki.
9. Secara fizikal semulajadi, adalah mustahil untuk anda menjilat siku
sendiri.
10. Siput boleh tidur sehingga tiga tahun.
11. Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan, tetapi tumbesaran hidung
dan telinga tidak pernah berhenti sewaktu hidup.
12. Semua beruang kutub adalah kidal.
13. Mata burung unta adalah lebih besar dari saiz otaknya.
14. TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang boleh dibina dari huruf-huruf yang terdapat dalam satu barisan yang sama pada papan kekunci.
*Marilah sama-sama kita sentiasa memuji kebesaran Allah SWT dengan selalu berzikir kepadaNYA..
Subhanallah. ..Walhamdulillah … wallahuakbar.
kiriman: “smart gurl”

Kisah kasih sayang

Februari 1, 2008

Subject : kisah kasih sayang

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah – ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

“Siapa ambil duit ayah?” tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

“Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!” sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, “Saya yang ambil!”

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:

“Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?”

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.

Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,”Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!”
Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, “Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!”

“Tapi apalah maknanya bang…!” aku terdengar ibu teresak-esak.
“Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?”

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
“Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!”
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg…. sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

“Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!”

“Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,” aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

“Kakak perempuan… biarlah kakak yang berhenti.”
Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.
Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…. .

“Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak.”

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
“Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!”

“Pemuda kampung?” bisikku. “Siapa?”

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.
“Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!”

Sambil tersenyum dia menjawab, “Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?”

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, “Akak tak peduli apa orang lain kata.”

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, “Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak.”

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.
Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

“Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.”

“Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka.” Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

“Sakit ke?” aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

“Tak….Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.

Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras.”

Apalagi…aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

“Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?” kata adik.

“Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.”

“Adik tak ke sekolah pun kerana akak.” kata ku memujuk.

“Kenapa sebut kisah lama, kak?” katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, “Siapakah orang yang paling anda sayangi?”

Spontan adik menjawab, “Selain emak, kakak saya….”katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

“Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar. “

“Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila.”

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

kiriman:”Khu-Z”

ketawa dan menangis sendiri

Januari 31, 2008
kekadang orang x tau kita sedih…orang tengok kita ketawa dan gembira setiap hari…
Tapi dalam hati kita x seorang pon akan mengetahui.. …
Pernah seseorang berkata, ” kau menangis sendiri dan kau ketawa sendiri..kau x perlukan orang lain..”
Betul ke kita x memerlukan orang lain dalam hidup kita…??
Tak semua perkara kita harus berkongsi dengan orang lain even sahabat kita sendiri.
Tapi ada orang kata, apa guna sahabat kalu x boleh kongsi suka dan duka, susah & senang..
Tapi terkadang kita memerlukan sedikit ruang untuk diri kita sendiri..
Kita sedih, kita x perlu tunjukkan yang kita begitu sedih…
That y sesetengah orang menggunakan dairy untuk mengungkapkan isi hati yang dia tanggung…
Cara cam nie pon baik jugak..
kita menangis, kita gembira, sedih an macam2 perasaan yang kita rasa, yang x boleh kita luahkan pada orang lain
Kita boleh luahkan kepada dairy…
kiriman: farhana

HATI YANG LEMBUT

Januari 31, 2008
HATI YANG LEMBUT
************ ********* *********Berilah kemaafan jika kawan engkau melakukan sesuatu kesalahan terhadap kau. Dan apabila engkau telah memberi maaf, bererti engkau telah menurut sifat-sifat rasul dan Ambia serta Tuhan sendiri pun ianya amat pengampun dan mengasehani. Ucaplah dengan perkataan yang paling ringan dan amat sederhana tetapi berharga bahawa…….aku memaafkan kau….Untuk menegak pergaulan hidup sehari-hari agar teguh dan kukuh seharusnya kita mesti memiliki sifat rela memberi kemaafan dan keampunan terhadap kawan-kawan ataupun lawan kita yang melakukan kesalahan itu.

Kerap kita bertemu ada orang yang sentiasa berkelahi dan bermusuhan sepanjang masa,tidak pernah bertegor sapa antara satu sama lain. Sebab sambong bersambong, kait berkait hingga beberapa lama tidak kunjung hilang dan padam permusuhan itu ialah oleh orang itu miskin dengan sifat “ HATI YANG LEMBUT” .
Oleh tidak ada hati lembut inilah pula kadangkala kesalahan yang kecil berbunga dan besar hingga berlanjut musim pula bagaikan api dalam sekam. Sebenarnya bukanlah rugi kita menjadi sebagai seorang pemaaf. Kerana memberi maaf itu adalah sebagai kita memberi ubat pada hati yang sakit.

Barangkali dengan jasa baik kemaafan itu akan menjadi kawan kita lebih setia dalam pergaulan, lebih kukuh tali persaudaraan tersimpul kerana memberi maaf itu bukanlah satu soal kecil atau main-main dalam membina persahabatan yang teguh kukuh.

Dalam hidup ini biarlah kita banyak memberi maaf dari menyimpan rasa benci dan marah terhadap seseorang.
Kerana kemaafan belas kasihan ucap kata-kata baik itu adalah ajaran Tuhan. Sedang api kemarahan dan benci itu adalah ajaran Syaitan terkutuk yang menjelma dalam tubuh manusia yang sedang marah.Oleh tidak ada sifat maaf inilah kadang-kadang terjadi sesuatu perkara yang kecil telah menimbulkan kemarahan yang besar dalam dada. Sedangkan perkara itu boleh jadi dilakukannya dengan tidak sengaja oleh kawan-kawan kita. Jadi dengan perkara-perkara kecil yang terjadi hendaknya biarlah dengan mudah dan senang kita memberi maaf dan biarlah sifat pemaaf itu tetap subur bermukim dihati. Kemaafan adalah suatu perkataan yang amat berharga dan tinggi nilainya.

Ada orang berkata bahawa hanya dengan kemaafan itu saja yang sanggup memanjangkan umur cinta dan mengamankan sebuah masyarakat seperti dalam pepatah

“ KEMENANGAN DAN KEMEGAHAN BUKAN SAJA TERLETAK PADA KESANGGUPAN MEREBAH LAWAN TETAPI DAPAT MELAWAN KEMARAHAN HATI ITU JUGA SUATU KEMENANGAN YANG AMAT BERERTI “.
( WALLAHUALLAM)

(MUTIARA HADIS)
SESEORANG HAMBA MANUSIA BERKATA, HARTAKU, HARTAKU PADAHAL HARTANYA YANG SESUNGGUHNYA HANYA TIGA MACAM.
Pertama APA YANG DIMAKANNYA LALU HABIS,
Kedua APA YANG DIPAKAINYA LALU LUSUH.
Ketiga APA YANG DISEDEKAHKANNYA LALU TERSIMPAN DIAKHIRAT.
SELAIN DARI YANG TIGA MACAM ITU LENYAP ATAU TINGGALKANNYA BAGI ORANG LAIN. (PETIKAN RIWAYAT SAHIH MUSLIM ).

kiriman: Farhana

Jenis darah dan peribadi anda.

Januari 31, 2008

Hah anda tau anda jenis darah ape? Jom p cek kat klinik…kalu dah
jom kite tgk ape maknenye…

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kamu mampu menggambarkan
personaliti sebenar diri kamu sendiri? Menurut salah sebuah institut
di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang
mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran
terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Ingin berkongsi
rahsia mengenainya?

DARAH ‘O ‘
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan
sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap
keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari
kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa
jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja
berkumpulan.

Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai
matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu
dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga
terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan
tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih
bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH ‘A ‘
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu
gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar
melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan
individu disekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa
senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, sabar, dan
bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu
tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian
penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu
kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk
berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan
kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula
yang terabai.

DARAH ‘ B’
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa
dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang
terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara.
Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar
melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang
kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri
sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu
adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu
yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu,
mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan
kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua
perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH ‘AB ‘
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas
terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah
berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini
menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk
berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi
dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada
satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu
lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan
orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.

kiriman: smart gurl

Pertolongan Pertama Mangsa Stroke

Januari 31, 2008

Pertolongan Pertama Mangsa Stroke

Pertolongan Pertama Pada Stroke (Dengan cara mengeluarkan darah pada
setiap hujung jari tangan dan hujung daun telinga

Ada satu cara terbaik untuk memberikan pertolongan pertama kepada
orang yang mendapat serangan STROKE. Cara ini selain dapat
menyelamatkan nyawa si penderita, juga tidak menimbulkan efek
sampingan apapun.

Pertolongan pertama ini dijamin merupakan pertolongan GAWAT DARURAT
yang dapat berhasil 100%.

Sebagaimana diketahui, orang ya ng mendapat serangan STROKE, seluruh
darah di tubuh akan mengalir sangat kencang menuju pembuluh darah di
otak. Apabila kegiatan pertolongan diberikan terlambat sedikit saja,
maka pembuluh darah pada otak tidak akan kuat menahan aliran darah
yang mengalir dengan deras dan akan segera pecah sedikit demi
sedikit.

Dalam menghadapi keadaan demikian jangan sampai panik tetapi harus
tenang.
Si penderita harus tetap berada di tempat asal di mana ia terjatuh
(misalnya: di bilik mandi, bilik tidur, atau di mana saja). JANGAN
DIPINDAHKAN! !! sebab dengan memindahkan si penderita dari tempat asal
akan mempercepat perpecahan pembuluh darah halus di otak.
Penderita harus dibantu mengambil posisi duduk yang baik agar tidak
terjatuh lagi, dan pada saat itu pengeluaran darah dapat dilakukan.

Untuk yang terbaik menggunakan JARUM SUNTIK, namun apabila tidak ada,
maka JARUM JAHIT / JARUM PENITI dapat diguna dengan terlebih dahulu
disterilkan dengan cara dibakar di atas api.

Sejurus setelah jarum disterilkan, lakukan PENUSUKAN pada 10 HUJUNG
JARI TANGAN.

Titik penusukan kira-kira 1cm dari hujung kuku. Setiap jari cukup ditusuk 1 kali saja dengan harapan setiap jari mengeluarkan 1 titis
darah.

Pengeluaran darah juga dapat dibantu dengan cara dipicit apabila darah ternyata tidak keluar dari ujung jari. Dalam jangka masa
kira-kira 10 minit, si penderita akan segera sedar kembali. >
Bila mulut si penderita tampak mencong / tidak normal, maka KEDUA
DAUN TELINGA si penderita HARUS DITARIK-TARIK sampai berwarna
kemerah-merahan.

Setelah i tu, lakukanlah 2 KALI PENUSUKAN pada masing-masing HUJUNG
BAWAH DAUN TELINGA sehingga darah keluar sebanyak 2 titis dari setiap
hujung daun telinga. Dengan demikian dalam beberapa minit bentuk
mulut si penderita akan kembali normal.

Setelah keadaan si penderita pulih dan tidak ada kelainan yang
berarti, maka bawalah si penderita dengan berhati-hati ke doktor atau
hospital terdekat untuk mendapatkan pertolongan lebih lanjut.

Sebagai salah satu cara beramal bakti, sebaiknya e-mail ini disebarkan
kepada teman-teman, keluarga dan saudara-mara serta masyarakat, sebab
serangan stroke ini boleh berlaku ke atas sesiapa saja, di mana saja
dan pada bila-bila masa saja.

artikel nie di petik dari email.

kiriman: smart gurl

sejauh mana kebenaranya saya tak pasti. saya mohon kepada yang pakar dalam perkara untuk membuat pengesahan artikel nie. terima kasih.

Rahsia bola hitam putih

Januari 29, 2008

Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu
selepas
Dia dilahirkan. Selepas itu bapanya menjadi terlalu workaholic dan
tak
Kahwin2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun
cuma
tinggal bersama pengasuh je.

Lepas Tadika, sementara member2 lain
dah ada basikal, dia masih berjalan
kaki.

Pengasuhnya mengadu kepada
bapanya. “Tuan, tak kesian ke dgn anak tuan? Dia
Tak ada basikal…apa tuan
tak segan?”

Lantas…… si bapa memanggil si anak, ditawarkan beskal
yang macam mana
dan si
anak cuma bagitau,

“Tak payah susah2 la
papa, belikan je saya bola itam dan bola putih ..”

Hek eleh takkan
macamtu kot? Bingung si bapa. “Kenapa bola itam dan putih?”

“Tak
perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa ada duit, belikan
itu
je.”

Bila ingatkan si anak tak pernah meminta2, so bapanya terima
je. maka
dibelikanlah anaknya itu basikal model terbaru dan terkini masa tu,
yang
paling
canggih, ditambah dgn bola hitam dan bola putih.

Masa
berlaluâ⒬¦

kemudian si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim kasut roda.
Sekian lama
si pengasuh perhatikan, budak tu tak pernah minta bapanya
membelikan kasut
roda untuknya. Tiap2 petang dia cuma duduk2 je. Basikalnya
disimpan di dlm
stor..

Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya lagi
kepada si bapa.

Kemudian si bapa memanggil anaknya lagi. “anakku, kamu
tak nak dibelikan
kasut roda
macam kawan2 kamu? Apsal tak bagitau kat
Papa?. No problem setakat beli
kasut roda je…”.

Si anak
menjawab,”Tak perlulah papa, bola hitam dan bola putih saya
dah
rosak..
Kalau boleh papa beli lagi k..tak payah lah beli kasut
roda.

Lagipun ianya jauh lebih murah berbanding kasut roda, kan
papa?”

Si bapa geram . walaubagaimanapun, si bapa tetap belikan anaknya
kasut
roda, ditambah bola hitam dan
bola putih.

Selang beberapa
tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama berulang.

Sekarang kawan2nya
main permainan lain- main roller blade. musim
rollerblade melanda
kwasan tempat tinggal nya.
Trend baru….

Sementara tu, budak lelaki
tersebut masih setia dengan kasut rodanya. Lepas
bapanya
pulang dari luar
negeri dan terlihat anaknya yang masih pakai kasut roda,
si
bapa jadi malu
sangat2. Teruk betul, rumah macam pusat beli belah, syarikat
banyak,
keluar
negeri lagi tu……Tapi anak lelakinya ketinggalan zaman.
Keesokkan
harinya, dalam bilik
anaknya sudah ada sepasang roller blade
baru bersama secebis nota: “Biar
kamu tak
malu”.

Pada malamnya,
terdapat secebis nota balasan di ruang kerja si bapa.
Nota
tersebut berbunyi:
“Papa, Kenapa tak belikan
bola hitam dan bola putih? Saya lebih sukakan
nya.”

“Haaah,, si bapa mengeluh serta bingung selepas membaca nota itu.
Apalah
istimewanya
bola itam dan bola putih!!?

Keesokkan hari dan
seterusnya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan nota
sebegitu…hingga
dia
tak tahan dan terus membelikan anak lelaki nya bola hitam dan bola
putih
untuk
kesekian kalinya.

Benar, setelah mendapat bola hitam & bola
putih tu, si anak tidak lagi
mendesak bapanya.. Secebis nota juga
ditinggalkan di ruang kerja si bapa..
“trima kasih byk2 papa kerana belikan
saya bola hitam dan bola putih”

Masa berlalu….

Ketika di Sek
Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik
dengan bas,
member2nya sudah ada yang membawa motor dan kereta ke sekolah.
Suatu hari,
ketika bapanya ada di rumah, si anak dihantar pulang oleh
membernya dengan
motor Harley Davidson color biru laut.
Si bapa menjadi
sangat
malu.
Anaknya bukan 4, bukan 3,…2 pun tidak.

Itulah satu-satunya anaknya.
Itupun tidak dibelikan motor untuk kesenangan
anaknya! Maka
ditawarkan
Anaknya untuk dia membeli sebuah motorsikal. Si anak menolak
tawaran
ayahnya dengan alasan motor kurang
praktis, lagipun si anak cuma
inginkan bola hitam & bola putih sahaja! Si
bapa
tidak dapat menerima
penolakan itu. Kerana anaknya dah beso panjang, boleh
berbincang.
Akhirnya
tercetus keputusan dimana si anak dibelikan motorsikal, ditambah
pula dgn
bola hitam dan
bola putih semestinya!! .

Tetapi si bapa masih kesal…
Kesal kerana sudah beberapa tahun dia belikan
anak lelakinya bola hitam &
bola putih tetapi tidak tahu kenapa anaknya
begitu memerlukan sebiji bola
hitam & sebiji bola putih! Dan Si anak pula
tak pernah bagitahu kenapa
dan mengapa dia amat memerlukan bola hitam &
bola putih..

Sehingga
tibalah masa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke Universiti.
Kerana
gembira dan bangga anaknya dapat masuk Universiti, si anak
dihadiahkan oleh
si bapa sebuah kereta
Ferrari keluaran terbaru.

Akan tetapi, sehingga
beberapa bulan si anak masih lagi menaiki motoooor
je.

Sehingga
aweknya juga turut bingung- kan ke dia ada ferrari? kenapa naik
motoooooor
jeeeee.
Bila ditanya, maka dijawab budak lelaki tersebut: abis bapanya tak
belikan
bola hitam bola putih. Tak
faham perasaan anak
sendiri!

Suatu hari si anak mengajak aweknya makan malam bersama dgn
bapanya. So,
selepas makan malam tersebut si awek mengambil kesempatan untuk
bertanya
kpd si bapa, kenapa pak cik
tak belikan bola hitam bola
putih?

Si bapa terkedu kerana dia sebenarnya sensitif dengan bola2
tu..huh..sampai
awek anak aku pun
tanya..bila si bapa menanyakan si awek
semula kenapa soalan tu yang di
tanya?. Si
awek pun bagitau, anak
lelakinya tidak akan sekali kali menyentuh
Ferrarinya selagi tidak diberi
bola hitam & bola putih!!

Si bapa bingung, di ruang bilik anaknya
sudah begitu banyak bola hitam &
bola putih.
Nak buat apa lagii…,
fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya di
hadapan awek
anakmya itu,
maka esoknya sudah ada bola hitam & bola putih buat anaknya.

Suatu
hari si anak membawa aweknya ke tempat peranginan yang berbu kit
bukau
menaiki Ferrari untuk brsiar2. Yelah,
anak muda kan , ketika tenang memandu
si anak dicium aweknya dan dia jadi
gelabah
dan terus accident!!! Mereka
segera dikejarkan ke hospital dan si bapa juga
dimaklum
oleh pihak polis
tentang perkara tersebut. Keduanya cedera parah kerana
mereka tidak memakai
seatbelt, si
awek mati dalam perjalanan ke hospital dan si anak
tenat.

Si bapa tiba di Hospital..”macammana doktor, anak
saya?”

Doktor (dengan simpati dan penuh duka cita) :”Maaf Encik, kami
telah
berusaha sedaya upaya.. tetapi terserah kepada Nya… sebaiknya
Encik
manfaatkanlah waktu2 terakhir bersama anak encik..”

Perlahan si
bapa masuk, mendekati anaknya.

“Papa, maafkan saya..tidak berhati hati
semasa memandu..” si anak juga
menangis
kerana aweknya tak dapat
diselamatkan. Si bapa cuba menenangkan
dia…akrablah dua
manusia itu
beberapa saat. sehingga si bapa beranggapan ini adalah saat
pertemuan
terakhir antara dia dan anak lelakinya…
Dia teringat kembali persoalan yang
selama ini sering bermain di benaknya
dan keinginannya untuk mengetahui
tentang “mengapa anaknya selama ini
selalu minta bola hitam bola
putih”

“Nak, maafkan papamu kerana selama ini papa selalu sibuk…
sehingga kamu
sering
kesepian..maafkan papa, nak. Papa tak berkesempatan
untuk menjadi ayah yang
baik.”

Anaknya menjawab dalam keadaan
lemah,”tak mengapa papa, saya faham.. Cuma
saya kecewa disebabkan papa
ada
kemewahan, papa belikan saya macam2…. saya cuma minta bola hitam
dan
bola putih je kan ?”

Si bapa rasa timing jawapan untuk
persoalannya sudah tepat.., “KENAPA KAMU
SELALU MINTA BOLA HITAM &
BOLA
PUTIH ANAKKU… ADA APA DENGAN BOLA2 ITU SEHINGGA IANYA BEGITU
BERERTI
BUATMU?”

(anda semua pun ingin tahu kan
…?)

Si anak menjawab dengan nada terputus putus
kerana sudah tidak dapat
bertahan dan
masanya sudah hampir
tiba….

“sebabnya ….saya.. saya…
saya….”

*hep* Kepalanya perlahan lahan rebah dan hembusan
nafasnya hilang. Si anak
sudah meninggal sebelum
sempat memberitau bapanya
tentang bola hitam & bola putih.

Tengok, si bapa yang selalu hidup
bersama anaknya pun tak tau…apalagi aku
yang cuma bercerita, lagi la tak
tau ape ape. MACAMMANA NI? Kecewa jugak
nih.
Isk!Isk! Isk!…….. ..Rasa
nak tumbuk je perut orang yang mula-mula
forward kat
aku.

P/S :
Sorry aarr sebab forward ni kat korang. Ye lah…Takkan nak jadi
korban
sorang-sorang je kan …

Intuisi

Januari 29, 2008

ketika mendengar khotbah sholat jum’at saya mendengar ulama berbicara sekilas tentang Intuisi (Suara hati), dan banyak pengalaman pribadi dalam pengambilan keputusan saya mempergunakan intuisi, intuisi lebih berhubungan dengan aspek “perasaan” yang menjadi kodrat setiap manusia.

Sahabat Pada kenyataannya, intuisi hadir secara merata baik dalam diri laki-laki maupun perempuan. Biasanya perempuan lebih intuitif dalam pemahaman mereka terhadap orang lain, sementara laki-laki sering lebih intuitif dalam bidang pekerjaan mereka. walau terkdang intiusi wanita lebih kuat.

Dari penelitian yg dilakukan oleh psikolog di Universitas Harvard, ditemukan bahwa wanita tu lebih perseptif ketimbang laki-laki. Perseptif tu artinya mampu untuk menangkap kontradiksi antara perkataan dan bahasa tubuh seseorang. Wanita punya kemampuan alami untuk menangkap dan menerjemahkan sinyal-sinyal non verbal yg samar sekalipun. Dan inilah yg biasa kita namakan sebagai “intuisi wanita”

intuisi ternyata merupakan sarana ampuh untuk memecahkan masalah, baik karir maupun kehidupan pribadi. Terbukti, para pengambil keputusan jitu, yang berhasil mengambil keputusan secara efisien, efektif, dan bijaksana, selalu mengkombinasi kekuatan intuisi dengan berpikir analitisnya.

Sebenarnya, intuisi adalah perasaan yang tenang dan impersonal. Perempuan terbiasa hidup dengan perasaan, lebih dalam bentuk emosi, sementara itu laki-laki cenderung lebih impersonal. Kombinasi dari dua sifat inilah yang menghasilkan intuisi.

Intuisi berasal dari alam bawah sadar kita yang merupakan bagian dari diri yang lebih tinggi dan merupakan bagian dari seluruh makhluk hidup. Alam ini merupakan kekuatan intelijen yang bekerja melalui kesadaran akan semua hal, dan mampu menanggapi pikiran setiap manusia.

Dalam menggunakan tuntunan yang sejati, kita perlu memahami bahwa intuisi merupakan kondisi kewaspadaan yang secara terus-menerus berevolusi dan selalu beradaptasi untuk memenuhi kebutuhan kita. awal dari segalanya adalah keyakinan. Yakini bahwa Anda mempunyai intuisi dan menghargai intuisi itu. Yakini Anda mampu mengetuk intuisi itu, informasi yang diperlukan akan Anda peroleh dari intuisi Anda.

Intuisi menghubungkan kita ke suatu database raksasa. Karenanya, untuk memperoleh jawaban spesifik pertanyaan yang diajukan pun harus spesifik. Sebagai contoh, Tiur sedang bertanya-tanya dalam hati, apakah sebaiknya ia pindah ke Surabaya saja menyusul tunangannya? Maka janganlah ia bertanya, “Haruskah saya pindah?”, namun “Haruskah saya pindah ke Surabaya?” Kalau jawabannya, “ya”, baru informasi berikutnya ditanyakan, “Haruskah saya pindah bulan ini atau akhir tahun?”

Makin banyak Anda berusaha mendengarkan dan memperhatikan intuisi, semakin tinggi kemampuan Anda untuk mendengarnya. Maka luangkan waktu barang lima menit setiap hari untuk mendengarkan intuisi. Mintalah bantuan, dukungan, petunjuk, apa pun, kepada intuisi Anda. Percayalah, Anda akan memperoleh jawaban

Pertama kalinya ketika berusaha mengikuti intuisi, Anda mungkin akan menghadapi banyak rintangan dan kesulitan. Anda mungkin berpikir: “Saya rasa tidak seharusnya saya melakukan hal ini,” tetapi semua rintangan itu sebenarnya adalah ujian yang berharga bagi Anda. Cobalah untuk melihat penghalang langkah Anda sebagai kesempatan untuk mengerahkan lebih banyak energi ke arah pencapaian tujuan Anda.

Jangan memaksakan intuisi Anda pada orang lain dalam melakukan sesuatu, karena mereka juga memiliki tuntunan sendiri. Ketika bekerja bersama orang lain, bagikanlah tuntunan batin Anda sebagai suatu kemungkinan alternatif daripada sebagai sesuatu yang mutlak. Dengan menyimpannya di dalam hati, tuntunan Anda akan tumbuh semakin kuat sepanjang waktu.

Jadi jangan pernah ragu untuk selalu melakukan segala sesuatu berdasarkan intuisi. Bahkan jika tindakan kita mengarah ke jalur yang salah, namun bila kita dengan tulus meminta tuntunan batin, niscaya kita akan diarahkan kembali ke jalan yang benar.

Ketika Anda sungguh-sungguh berusaha untuk mengikuti tuntunan batin, alam bawah sadar akan membantu Anda dengan cara-cara yang luar biasa. Mungkin ketika Anda sedang istirahat atau berjalan-jalan, intuisi itu muncul secara tiba-tiba. Segeralah ambil secarik kertas dan tuangkan semua ide Anda seketika itu juga, karena momen tesebut tidak akan kembali untuk kedua kalinya.

menurut Donny Danardono (Dosen Filsafat di Fakultas Hukum dan Program Magister Lingkungan Perkotaan (PMLP) UNIKA Soegijapranata; Sedang studi S3 di bidang Geografi Sosial di Universitas Radboud, Nijmegen, Belanda.) cara melatih instuisi sangat mudah melatih intuisi. Seorang Muslim dapat melakukan dzikir. Cobalah latih dzikir anda, satu kalimat doa diucapkan dalam satu nafas. Bernafaslah secara lembut. Tarik nafas lewat hidung, buang nafas perlahaaaan dan panjaaang lewat mulut. Sementara yang Kristen dapat melantunkan lagu-lagu pujian, hayati kalimat-kalimatnya dan menyanyilah sepenuh hati. Dan yang Katolik, dapat melakukannya dengan doa rosario dan atau taize. Dapat juga bermeditasi. Bagaimana dengan yang menganut aliran kepercayaan atau yang tidak beragama? “Gampang”, Mereka cukup melatih nafas ¡Ä duduk tenang, tarik satu nafas dihitungan pertama, tahan satu atau dua hitungan, buang nafas perlahan melalui mulut sebanyak tiga atau empat hitungan. Prinsip nafas inilah yang membuat tubuh makin tenang, tenang, dan tenang. Saat tenang inilah biasanya kelima panca indera kita menjadi lebih peka dan disinlah terjadi proses fisiologis yang berjalan hingga ke pusat syaraf kita sehingga kita dapat menyadari lebih dalam hal-hal yang terjadi di sekitar kita.

Setiap orang memerlukan proses hidup yang panjang dengan pengalaman yang beragam agar kekuatan intuisinya mendekati realitas imajinasinya. Kesadaran yang tulus dalam melihat semua aspek perjalanan hidup akan menyuntikan nilai – nilai positif kedalam intuisi seseorang. Intuisi merupakan pancaindra keenam yang mendorong seseorang untuk mencetak keberhasilan.

Sahabat semua Jangan sekali kali meremehkan diri kita sendiri.Ada kekuatan yang bernama intuisi¡Ä¡Ä¡Ä¡Ä.Memang tak mudah memahami intuisi dalam waktu yang singkat. Intuisi lebih mudah dirasakan dan dialami daripada didiskusikan. Bagaimana dengan Anda? Apakah Anda percaya dengan intuisi? Apakah Anda pernah mengalaminya sendiri? —
+ Belajar mendengarkan Intuisi tentang hidup dan kehidupan+
Depok 27 January 2008
Best Regard
Erwin Arianto,SE
¤¨¤ë¥¦¥£¥ó¡¡¥¢¥ê¥¢¥ó¤È
———— ——— ——— ——-

Rahsia Keperibadian Disebalik Emel Seseorang

Januari 29, 2008

Gunakan Nama Penuh

Sekiranya dia menggunakan nama alamat emelnya dengan nama penuhnya, contohnya nurhanis_alias@ yahoo.com .Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang penuh tanggungjawab dan tidak suka berahsia. Dia juga boleh dipercayai dan jujur dalam setiap perbuatannya. Tapi ingat ,jangan cuba hendak memperlekehkannya.

Nama Depan Dan Tengah

Contoh: Amir Hanif Abdullah. Dia menggunakan alamat emelnya sebagai amirhanif@yahoo. com iaitu nama awal dan tengah tanpa nama bapanya. Ia menunjukkan bahawa dia seorang yang sangat menghargai dirinya sendiri dan sanggup ketepikan hal orang lain demi kepentingan sendiri. Selain itu dia juga berani untuk tampil di khalayak ramai dan mengeluarkan pendapat dengan lantang.

Nama Dan Tahun

Contoh: FaraH2003@yahoo. com .Dia dikatakan seorang yang mempunyai ego yang tinggi. Pantang sesiapa yang cuba menentang pendapatnya. Selain itu dia juga tidak sukakan komitmen dalam jangka masa terdekat ini. Kewujudan tahun di akhir nama seolah olah memperlihatkan dia tidak luas pandangan.Pendek kata dia juga menunjukkan .. pegangan yang mudah berubah-ubah.

Nama Samaran

Hehheh… ramai yg suka buat email begini..Contohnya funny_girlz@ yahoo.com .Dikatakan seorang yang gemar hidup dalam khalayan hingga kadangkala menyusahkan orang lain. Namun dia disukai ramai kerana sifat humor yang dimilikinya membuatkan oarang selesa berada di sisinya.Jika diasah dia boleh menjadi pemimpin dengan gaya yang tersendiri.

Nombor Dan Abjad

Contoh: wbi1208@yahoo. com. Nama diwakili dengan nombor +abjad sahaja.Ia menggambarkan seorang yang bersikap tertutup dan memerlukan masa yang agak lama sebelum mampu “membuka” dirinya kepada seseorang .Itupun jika kepercayaannya mampu diraih. Jika tidak … kirim salam sahajalah..

Kiriman: farhana

KiSaH LoBak ,tElUr & kOpi

Januari 29, 2008

“Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan bertanya mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Setiap kali satu masalah selesai, timbul pula masalah baru.

Ayahnya yang bekerja sebagai tukang masak membawa anaknya itu ke dapur. Dia mengisi tiga buah periuk dengan air dan menjerangkannya diatas api. Setelah air didalam ketiga periuk tersebut mendidih, dia memasukkan lobak merah didalam periuk pertama, telur dalam periuk kedua dan serbuk kopi dalam periuk terakhir.

Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar sambil memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh ayahnya. Setelah 20 minit, si ayah mematikan api.

Dia menyisihkan lobak dan menaruhnya dalam mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya dalam mangkuk yang lain dan menuangkan kopi di mangkuk lain.

Lalu dia bertanya kepada anaknya, “Apa yang kau lihat, nak?” “Lobak, telur dan kopi”, jawab si anak. Ayahnya meminta anaknya merasa lobak itu. Dia melakukannya dan berasa bahawa lobak itu sedap dimakan.

Ayahnya meminta mengambil telur itu dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, dia dapati sebiji telur rebus yang isinya sudah keras.

Terakhir, ayahnya meminta untuk merasa kopi. Dia tersenyum ketika meminum kopi dengan aromanya yang wangi. Setelah itu, si anak bertanya, “Apa erti semua ini, ayah?” Ayah menerangkan bahawa ketiga-tiga bahan itu telah menghadapi kesulitan yang sama,
direbus dalam air dengan api yang panas tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza.

Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan mudah dimakan. Telur pula sebelumnya mudah pecah dengan isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras.

Serbuk kopi pula mengalami perubahan yang unik. Setelah berada didalam rebusan air, serbuk kopi mengubah warna dan rasa air tersebut
“Kamu termasuk golongan yang mana? Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui. Ketika kesukaran dan kesulitan itu mendatangimu, bagaimana harus kau menghadapinya ?

Apakah kamu seperti lobak, telur atau kopi ?” tanya ayahnya.

Bagaimana dengan kita ? Apakah kita adalah lobak yang kelihatan keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kita menyerah menjadi lembut dan kehilangan kekuatan. Atau, apakah kita adalah telur yang pada awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis ? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perpisahan atau apa saja cabaran dalam kehidupan akhirnya kita menjadi menjadi keras dan kaku.

Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kita menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku? Atau adakah kita serbuk kopi ? Yang berjaya mengubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasa yang maksimum pada suhu 100 darjah celcius.

Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi akan terasa semakin nikmat.
Jika kita seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk atau memuncak, kita akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan disekitar kita juga menjadi semakin baik.

Samalah halnya dengan serbuk kopi yang berjaya mengubah air panas yang membakarnya menjadikan ia lebih sedap dan enak untuk diminum.
Antara lobak, telur dan kopi, kita yang mana?

Kiriman : .::Faizah Razaly::.

Senyum

Januari 28, 2008

Kemarin saya sedang menghampiri Istri tercinta yang sedang bertekuk muka entah sedang mendapat masalah apa, saya bertanya dengan senyum yang tulus, sehingga istri saya bercerita tentang masalah, dan masalah bisa terselesaikan. semua berawal dari sebuah senyuman, coba saya hampiri istri saya dengan cemberut, yang ada mungkin saya akan bertengkar.

Kata senyum adalah kata yang indah dan menarik hati, menyenangkan, dan menggembirakan. Meski ringan,tapi banyak orang berat untuk senyum pada saudara dan sesama manusia.Padahal senyum adalah aktifitas yg dilakukan oleh manusia yg mulia. Menurut definisi ilmiah, senyum adalah* “ekspresi wajah yang dibentuk oleh tarikan otot terutama pada otot-otot di kedua ujung mulut”*

Senyum adalah ekspresi wajah secara keseluruhan. Itu sebabnya tatapan mata juga bisa mengindikasikan sebuah senyuman, dan bahkan cara menegakkan wajah juga bisa berarti senyuman.

Tersenyum adalah perilaku yang sangat menyenangkan. Dalam senyuman, terpancar perasaan dan perilaku positif, keramahan, kegembiraan, kesopanan, dan rasa hormat. Senyum tidak hanya menentukan ekspresi wajah, melainkan juga membuat otak memprodusir hormon endorphin. Hormon ini menurut ilmu medis, memiliki khasiat yang bisa mengurangi rasa sakit secara fisik dan secara psikis. Itu sebabnya ada ungkapan “senyum itu sehat”. Begitu pula, otot yang berkontraksi saat kita tersenyum, jauh lebih sedikit dari pada otot yang berkontraksi saat kita marah. Maka lahirlah pepatah, “jangan marah nanti cepat tua”.

Senyuman memiliki kekuatan luar biasa. Senyuman dapat membuat kita melihat dunia lebih indah. Senyum tulus dapat mencairkan hubungan yang beku, memberi semangat pada orang yang putus asa, membuat cerah suasana muram, obat penenang jiwa yang resah. Tersenyum bisa menjadi pembangkit semangat

Wanita sering kali tersenyum untuk menenteramkan pria. Ya, senyum memang dapat membuat orang tampak ramah, menarik dan terbuka, tapi juga dapat dipandang sebagai undangan seksual. Jadi, wanita sebaiknya tidak tersenyum berlebihan.

Riset menyimpulkan bahwa senyum yang tidak menarik dapat ditafsirkan sebagai tanda kurang percaya diri, sementara senyum yang menarik cenderung dipersepsikan sebagai keramahan dan percaya diri.

Karenanya, perhatikan cara Anda tersenyum, dan sesuaikan dengan situasi kegiatan atau peran Anda. Tersenyum lebar saat kumpul santai dengan teman adalah wajar, tapi jangan tersenyum sangat lebar ketika situasi sangat resmi. Senyuman adalah pernyataan untuk membuka diri pada sekeliling kita.

Tersenyum juga membuat diri menjadi lebih siap menyelesaikan masalah. Karena dengan tersenyum, akan timbul energi positif untuk mampu melihat setiap permasalahan dengan lebih jernih. Membuka sebanyak mungkin peluang penyelesaian masalah. Senyum adalah sebuah ekspresi universal yang dikenali oleh seluruh budaya di dunia dengan persepsi yang sama. Senyum adalah alat transaksi yang paling bernilai di muka bumi.

Jadi, meski tersenyum kelihatannya seuatu yang sederhana, tapi berdampak luar biasa. Tersenyum adalah sesuatu yang dapat dilatih dengan kesadaran. Ingat, tersenyum adalah cara termudah untuk menghadiahi seseorang, tanpa biaya, memperkaya si penerima tanpa mempermiskin si pemberi. Sekilas, namun tahan lama. Senyum adalah sesuatu yang tidak berharga bagi seseorang kecuali diberikan.

Bisa tersenyum untuk kegagalan, kesedihan, dan kekonyolan Anda di masa lalu, adalah salah satu resep bertahan hidup dan mencapai kebahagiaan. Senyumlah, maka dunia akan tampak lebih indah! Bila Anda tak mampu bersedekah dengan harta, bersedekahlah dengan senyum. Senyum tak berbiaya tapi bisa sangat berarti. Tak percaya,cobalah memulai hari anda dengan senyum maka Anda akan segera mendapatkan banyak teman. Senyummu sangat berarti bagi indahnya dunia ini¡Ä Tersenyumlah dan jadikan sukses itu lebih mudah.

Sudahkah kita tersenyum hari ini? Pastinya sudah kan? Masak mau cembetut terus seharian¡Ätidak enaklah.. Sukses pun bisa di raih dengan Tersenyum… tidak percaya silahkan coba…


Best Regard
Erwin Arianto,SE
¤¨¤ë¥¦¥£¥ó¡¡¥¢¥ê¥¢¥ó¤È
———— ——— ——— ——-

Bagaimana Menghilangkan Rasa Marah

Januari 28, 2008

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.


Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair “Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata “Barangkali” dan “Kalau”.

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan ” Inna lillahi wainna lillahi raji’un.”. Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : ” Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman ” Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan membebaskan kamu.” Begitulah sopan santunn! ya dan pemaafnya Qais bin Asim” Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia ” tuan” kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali. Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa “ketuanan” kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manus! ia yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda. Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.

Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum! dia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis. Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas.. Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara Meskipun diusahakan menyiram.. maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya api. berbanyak-kanlah beristighfar. . itulah senjata orang2 mukmin.

kiriman: farhana

KASIH SAYANG ALLAH PADA YANG TAUBAT

Januari 27, 2008

Renungkanlah secebis kehidupan kisah benar seoranggadis bernama Anita (bukan nama sebenar) menceritakankisah hidupnya. Semoga kisah hidup gadis ini dapatkita mempelajari dan memahami bagaimana hendakmembimbing gadis-gadis atau remaja yang bermasalahataupun yang bergelumang seperti Anita. Jadikanlahkisah hidupnya sebagai pengajaran kepada kita semuauntuk membimbing orang-orang seperti Anita balikkepangkal jalan yang sebenar.

Semasa saya dan kawan-kawan bergelumang dengan sejarahhitam itu, ada di antara mereka merintih kepadakusambil menitiskan air mata, “Kalaulah boleh akutinggalkan alam yang sedang aku gelumangi ini denganmudah, ingin aku tinggalkan. Tapi bagaimana? Dahbegini jauh terlanjur. Ingin rasanya ada seorangmanusia yang dapat memimpin aku ke jalan yangbenar…….”

Aku tidak pernah menduga mengulangi sejarah hitam itu.Kalau aku ingatkan kembali, berderai air mataku danaku memohon pada Allah, semoga aku tidak labiterjerumus ke lembah itu. Cukuplah hanya sekali didalam hidupku. Tidak pula aku terniat untuk mencubalagi.

Pada waktu itu aku mengalami masalah hidup yangbenar-benar menekan jiwa. Untuk melupakan masalah itu,aku mendapatkan pil tidur agar aku dapat tidursepanjang hari. Memang dengan pil itu, aku boleh tidursepanjang hari. Tapi untuk apa? Sampai bila? Akhirnyaaku bosan dan benci. Walaupun rasa ketagih itu ada,tapi aku lawani juga.

Lama kelamaan, aku tidak dapat menahan nafsuku. Akumencari pil yang lebih berkesan. Entah apa petaka yangmenimpa aku hari itu, aku ternampak seorang rakankuyang memegang pil Rochee. Aku tahu, pil itu sejenisdadah yang termurah dan paling mudah diperolehi. Akumeminta dari rakanku itu dua biji. Malang sungguh,rakanku itu begitu bermurah hati. “Ambillah, akusedekah. Bagi percuma aje,” katanya.

“Terima kasih, hanya Allah sajalah yang membalasbudimu,” kataku bodoh. Aku terus menelannya tanpamembuang sarungnya. Aku terdampar di katil dalamkeadaan khayal. Kepalaku pening. Entah apa yang akulakukan dan aku cakapkan ketika itu aku pun tak tahu.Hinggalah akhirnya aku tertidur. Bila aku tersedar,aku tak tahu lagi dan tidak ingat tentang hari. Akumemandang jam di dinding; tepat pukul dua belas. Diluar gelap, menunjukkan hari telah malam. Danperistiwa Rochee tadi juga berlaku pukul dua belas.tapi dua belas tengahari.

Aku termangu. Fikiranku kusut. Tak tahu apa yang harusaku lakukan. Rakan-rakan juga terdampar di katilmasing- masing tanpa sedarkan diri.

Apabila pulang ke rumah, aku dicaci maki dan dimarahioleh ayahku, tapi aku pekakkan telinga.

Begitulah aku setiap malam dan setiap hari. Hiduptanpa pedoman dan haluan. Hidup seperti sampahterbuang, seperti dedaun kering yang tiada erti.Kepada siapa aku mahu mengadu? Aku tak tahu……

Suatu hari ayahku mendapat tahu aku menggunakan wangbelanjaku untuk membeli cocaine, sejenis dadah yanglebih berat daripada Rochee. Ayah semakin berang.

“Berambus kau dari sini, anak tak guna! Tak tahudiuntung! Kau menconteng arang di mukaku! Jangan baliklagi ke rumah ni. Hidup mati kau pun, aku tak mahuambil tahu. Biar kau mampus seperti katak! Makiayahku.

Aku tidak tahu ke mana untuk dituju. Ke rumah kawan?Sorrylah! Ada duit, boleh buat kawan. Tak ada duit,kawan pun buat tak kenal. Dengan langkah yang lemahaku berjalan tanpa haluan. Di belakang sebuah pasarayaaku meletakkan punggungku di atas beg pakaianku. Akutermenung, memikirkan nasib diri dan masa depanku yanghitam dan gelap. Jiwaku kosong dan sepi.

Aku teringat betapa pada satu ketika aku pernahbeberapa kali dibawa berjumpa pakar sakit jiwa. Setiapkali ke situ, pakar sakit jiwa itu menasihati akusupaya cuba melupakan segala masalah. Caranya, cubadisiplinkan diri. Buat jadual hidup. Aturkan untuktidur, selama lapan jam sehari. Aturkan juga waktuuntuk membaca, untuk rehat, untuk rehlah dansebagainya. Dinasihatkan juga agar selalu tenangkanfikiran ke pantai-pantai atau ke tempat-tempat yangtenang yang boleh membuka fikiran. Ah! Aku bencidengan nasihat seperti itu. Nasihat yang di luarkemampuanku untuk mempraktikannya. Aku inginkanrawatan intensif.

Tiba-tiba “Anak ni nak ke mana? Seperti orang susahhati aje?” Sapa satu suara. Aku terperanjat danseorang lelaki separuh umur kerketayap putih sedangmemandangku. Terkejut aku, dan dengan tiba-tiba akubangun. Aku mahu lari.

“Jangan takut, nak, saya bukan mahu buat apa,” Katalelaki seperuh umur itu lembut. Dalam kepalaku hanyaberfikir, apakah ini orang dari jabatan agama?

“Anak ada masalah ni, mari ikut pakcik.” Aku mengelengdan mula menangis. Aku terharu kerana sekian lama akududuk di belakang pasaraya ini, tak ada manusiaseorang pun yang memperdulikanku. Tiba-tiba lelaki inimuncul dan mengambil berat tentang diriku. Aku malu.

Lelaki itu menggamitkan tangannya ke arah sebuahkereta. Dari dalam kereta itu keluar seorang perempuanseperuh umur.

“Ajak dia ke kereta, dia ni ada masalah ni,” katalelaki itu. Dia dan pemuda bertetayap tadi kemudiannyabergegas ke kereta.

“Mari nak,” kata perempuan separuh umur itu sambilmenarik tanganku dan mengambil begku dan membawanya kekereta.

Aku akur. Sesampai di kereta, ketagihanku mula datang.Tubuhku menggiggil kesejukan. Tekakku mual. Akumenangis dan tak tahu apa yang aku cakapkan.

“Eh, bang! Tengoklah, bang. Dia muntah-muntah kuningni! Busuknya bang! Jerit perempuan separuh umur itu.

“Ye! Aku tahu! Sejak kau dan Mal shopping di atastadi, aku perhatikan dia. Dia ni bermasalah. Kitawajib menyelesaikan masalahnya. Berdosa kalau kitamembiarkannya.” Isterinya terdiam.

Sesampainya di rumah mereka, aku terus diberi minum.“Ini air Yasin, penawar bagi segala penyakit. Minum,baca Bismillah dan selawat dulu, ye nak! beritahuperempuan itu. Akhirnya aku terlena dalam keletihan.

Apabila aku tersedar, aku disuruh mandi dan diberiminum air Yasin lagi. Perutku mula terasa pedih.“Lapar, nak? Mari kita makan kerana entah berapa lamaperutku tak berisi.

Selepas makan aku tertidur lagi keletihan. Rasa gianmasih lagi terasa. Tapi aku tahankan. Apabila akutersedar lagi, wanita itu masih di sisiku. Diamengurut- ngurut belakangku. Dadaku terasa sebak. Akumenangis kerana teringatkan ibu.

“Bersabar nak, cuba ceritakan masalah anak!” pujuknya.Lalu aku bangun dan menceritakan apa yang terjadi.

Dengan lembut, wanita itu memberikan nasihat. “Nak!Jangan kita rasa dunia ini kosong. Sebenarnya, adalagi tempat untuk kita mengadu dan mencurah rasa. Diaialah Allah yang Maha Kuasa. Ceritakanlah masalah anakitu kepada Allah. Dialah penyelesai masalah yangpaling tepat, kerana Dia Maha Mengetahui. Dia sentiasamendengar rintihan hamba-hamba- Nya kerana Dia MahaPenyayang.”

“Walaupun saya jahat?” Tangisku.

“Orang yang rendah hati dan merasa dirinya jahatitulah yang dikasihi Allah, nak. Bukan orang yang kuatibadah tetapi tidak merasa rendah diri dan merasasudah selamat dengan ibadah yang banyak. Allah ituMaha Penyayang. Dia mendengar rintihan hamba-hamba- Nyayang berdosa sekalipun.”

Aku terharu mendengar pujukan itu.

“Kembalilah ke jalan Allah, nak. Sucikanlah hati kitadengan zikir, dan sentiasa mengingati Allah agar kitamenjadi tenang. Nah, sekarang pergi ambil airsembahyang. Pergilah sembahyang. Adukanlah segalamasalahmu itu kepada Allah. Minta ampun danbertaubatlah sungguh-sungguh kepada Allah,” pujuknyalagi. Aku akur.

Sebulan lamanya aku tinggal bersama keluarga itu. Akusudah mula pandai sembahyang, yang entah berapa lamaaku cuaikan selama ini. Banyak ilmu agama yang akupelajari, tentang kewajipan menutup aurat, taat kepadaibubapa, tentang bersuci, tentang sifat-sifat mahmudahseperti sabar, redha, pemaaf, dan seribu satu macamilmu yang amat bermanfaat bagiku, yang selama initidak pernah ku ketahui. Memang benar, apabila ilmuAllah dimasukkan ke dalam hati, fikiran menjaditenang, kerana hati meminta fitrahnya, Jika hati tidakdimasukkan perkara yang fitrah, itulah yangmenyebabkannya resah gelisah.

“Mak…..” kataku suatu hari. Aku menganggap dia sebagaiibuku sendiri, dan dia tidak keberatan akumemanggilnya ‘emak’.

“Ya, nak,” jawabnya lembut.

“Apa pendapat emak apabila seorang anak yangterjerumus seperti saya ni, tiba-tiba dihalau dandipulau oleh keluarganya sendiri mahupun masyarakat?”

“Ayah dan keluarga mahupun masyarakat itu tidak bijak.Sebenarnya, dengan menghalau atau memulau itumenimbulkan lagi masalah kepada masyarakat danmenimbulkan masalah lain kepada anak itu. Sepatutnyamereka mesti mencari jalan penyelesaian.”

Aku terdiam. “Bagaimana kalau saya pulang ke kampungsaya, mak. Adakah mereka mahu menerima saya?”

“InsyaAllah! Berharaplah pada Allah. Rumah ini jugasentiasa terbuka untuk kau Anita.”

Esoknya aku dihantar oleh keluarga angkatku kepangkuan keluargaku. Kesemua anggota keluargakuterkejut melihat perubahan diriku. Ayah bagaikan takpercaya apa yang berlaku padaku. Mereka terharumelihat perubahan diriku, lebih-lebih lagi apabilamendengar aku mengalunkan Al Quran dan tidakmeninggalkan sembahyang lagi. Manakala setiap kali akuke luar rumah, aku sentiasa bertudung. Tidak lamaselepas itu, aku dihantar oleh keluargaku ke suatutempat untuk mendalami pelajaran agama.

Tuhan! Terima kasih kepada-Mu, kerana aku yang masihjahat ini Kau pandang juga. Kau masih sudi memberikanrahmat dan hidayah-Mu kepadaku walaupun aku kotor danhina dina. Wahai Tuhan! Ampunilah aku dan janganlahKau tarik kembali nikmat petunjuk dan hidayah yangEngkau anugerahi ini. Aku tak sanggup lagi mengulangiperbuatan yang lalu kerana aku takutkan seksaan-MuTuhan! Sedangkan orang lain masih ramai yang dalamkesedaran, tapi aku yang Kau pilih. Betapa aku harusbersyukur!

Kepada keluarga angkatku, Ku ucapkan jutaan terimakasih, hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasamu.Kepada Mal teruskan perjuanganmu sucimu, bantulahmereka yang memerlukan. Ku doakan dikau semoga berjayabaik di dunia mahupun di Akhirat.

Sekian, Wassalam

kiriman: ::Faizah Razaly::.

Gadis melampau menerima padah

Januari 27, 2008

Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu
hari, seorang gadis yang terpengaruh
dengan cara hidup masyarakat Barat
menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke
destinasi di wilayah Iskandariah.
Malangnya walau pun tinggal dibumi yang
terkenal dengan tradisi keislaman,
pakaian gadis
tersebut sangat menjolok mata..

Bajunya agak nipis dan seksi hampir
terlihat segala yang patut disembunyikan
bagi seorang perempuan dari pandangan
lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu
dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas
itu ada seorang tua yang dipenuhi
uban menegurnya. “Wahai pemudi! Alangkah
baiknya jika kamu berpakaian yang
baik, yang sesuai dengan ketimuran dan
adat serta agama Islam kamu, itu
lebih baik daripada kamu berpakaian
begini yang pastinya menjadi mangsa
pandangan liar kaum lelaki….”
nasihat orang tua itu. Namun, nasihat
yang sangat bertetapan dengan tuntutan
agama itu dijawab oleh gadis itu dengan
jawapan mengejek. “Siapalah kamu hai
orang tua? Apakah di tangan kamu ada
anak kunci syurga? Atau adakah kamu
memiliki sejenis kuasa yang menentukan
aku bakal berada
di syurga atau neraka?” Setelah
menghamburkan kata-kata yang sangat
menghiris perasaan orang tua
itu gadis itu tertawa mengejek panjang.
Tidak cukup setakat itu, si gadis
lantas cuba memberikan telefon bimbitnya
kepada orang tua tadi sambil
melafazkan kata kata yang lebih dahsyat.
“Ambil hanphone ku ini dan
hubungilah Allah serta tolong tempahkan
sebuah bilik di neraka
jahannam untukku,” katanya lagi lantas
ketawa berdekah-dekah tanpa
mengetahui bahawasanya dia sedang
mempertikaikan hukum Allah dengan begitu
biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut
mendengar jawapan dari si gadis manis.
Sayang wajahnya yang ayu tidak sama
dengan perilakunya yang buruk.
Penumpang-penumpang yang lain turut
terdiam ada yang menggelengkan kepala
kebingungan. Semua yang di dalam bas
tidak menghiraukan gadis
yang masih muda i tu yang tidak
menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak
mahu menasihatinya kerana khuatir dia
akan akan menghina agama dengan lebih
teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas
pun tiba perhentian.

Gadis seksi bermulut celupar tersebut di
dapati tertidur di muka pintu bas.
Puas pemandu bas termasuk para penumpang
yang lain mengejutkannya tapi gadis
tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba
orang tua tadi memeriksa nadi si
gadis. Sedetik kemudian dia
menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah
kembali
menemui Tuhannya dalam keadaan yang
tidak disangka. Para penumpang menjadi
cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba
tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir
jalan. Orang ramai segera berkejar untuk
menyelamatkan jenazah tersebut.
Tapi sekali lagi mereka terkejut.
Sesuatu yang aneh
menimpa jenazah yang terbujur kaku di
jalan raya. Mayatnya menjadi hitam
seolah olah dibakar api. Dua tiga orang
yang cuba mengangkat mayat tersebut
juga kehairanan kerana tangan mereka
terasa panas dan hampir melecur sebaik
saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak
keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah
kisah ngeri lagi menyayat hati yang
menimpa gadis malang tersebut. Apakah
hasratnya menempah sebuah bilik di
neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah,
sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di
atas segala
sesuatu. Sangat baik kita jadikan
ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar
ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali
sekali kita mempertikaikan hukum
Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan
mempersendakan atau ejekan.

kiriman: .::Faizah Razaly::.

Tudung

Januari 27, 2008

Kisah Benar – Pakai Tudung

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran- pertengkaran kecil antara mereka.Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, ” cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!”

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik.

Dia bertanya kepada saya, “abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?” Lalu saya menjawab sambil lewa, “kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri” Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi……entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh…… lengan panjang pula tu…saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya kata kan ajaib kerana dia berubah seratus peratus!

Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah… saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur’annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah (rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.

Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan….. saya berlari masuk ke dalam rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya.. ……dalam esak tangisnya ibu memberitahu, “Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya”..air mata ini tak dapat ditahan lagi…

Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai…hingga sampai pada satu halaman yang menguakmisteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini. Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri..disitu tertera soal jawab antara adik dan isteri jiran kami itu. Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)

Annisa: aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari “mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik”

Isteri jiranku: Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati

Annisa: tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik??

Isteri jiranku: Subhanallah. .sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak. .siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa: Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat makcik bagaimana?

Isteri jiranku: Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggungjawabk an dihadapan Allah SWT nanti dan tudung adalah perlindungan untuk wanita ..

Annisa: tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..

Isteri jiranku: Tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami…

Annisa: apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia .. sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung..

Annisa: mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung… mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku: Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan ‘tudung’ hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai nisa .ingatlah akan satu hari dimana seluruh manusia akan dibangkitkan. .ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka…

belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita ditanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung. . . .Allah SWT. Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya..

Subhanallah …

Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu “buta, tuli dan bisu..” wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia.. “Tak tahan airmata ini pun jatuh”. Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya.. Amin..Subhanallah

saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua.

kiriman: .::Faizah Razaly::.

Jangan Bersedih…

Januari 27, 2008

Jangan Bersedih…

Cinta Rasulullah Menjamin Kebahagiaan
Jangan Bersedih…Redha Dengan Anugerah Allah Membuat Anda Terkaya di Dunia
Jangan Bersedih…Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya Maha Luas

Jangan Bersedih…Semata- mata Kerana Anda Berbeza dengan Orang lain
Jangan Bersedih…Bila Disakiti, Dicela, Direndahkan atau Dizalimi

Jangan Bersedih Sesungguhnya Setelah Kesusahan Akan Ada Kemudahan
Jangan Bersedih…Kerana Kesedihan Anda akan Membuat Musuh Anda Gembira

Jangan Bersedih…Atas Perilaku Manusia Terhadapmu

Tetapi Perhatikanlah Perilaku Mereka Terhadap Allah

Jangan Bersedih…Allah Tidak Akan Mensia-siakan Pengorbananmu

Jangan Bersedih, Dunia ini Terlalu Hina Untuk Ditangisi

kiriman: ::Faizah Razaly::.

Berhentilah menjadi gelas

Januari 27, 2008
“usah menjangkakan masa depan,kerana masa depan adlah milik TUHAN”. Hadapilah hari-hari mendatang dengan senyuman, segunung usaha serta tawakal, redholah atas segala yang Allah berikan kerna itulah yg terbaik….. ,senyumlah dgn nikmat Tuhan.”

Renungkanlah sebuah kisah ini dengan mendalam, moga ada senyuman terukir selepas itu……

“Berhentilah menjadi gelas”

Seorang guru sufi mendatangi seorang anak muridnya, ketika wajahnya belakangan ini selalu nampak murung dan bersedih. “Kenapa kau selalu bersedih, nak? Bukankah banyak hal yang indah di dunia ini? Ke mana perginya wajah syukurmu?” sang Guru bertanya.

“Guru, belakangan ini hidup saya penuh masalah, sukar rasanya bagi saya untuk tersenyum. Masalah datang seperti tak ada habis-habisnya, ” jawab sang murid muda.

Sang Guru terkekeh. “Nak, ambil segelas air dan dua gengam garam. Bawalah kemari. Biar kuperbaiki suasana hatimu itu.”

Si murid pun beranjak, perlahan-lahan dengan lemah longlai. Ia laksanakan permintaan gurunya itu, lalu kembali lagi membawa gelas dan garam sebagaimana yang diminta.

Cuba ambil segengam garam, dan masukkan ke dalam segelas air itu,” kata Sang Guru. “Setelah itu cuba kau minum airnya sedikit.”

Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini meringis dan berkerut kerana meminum air asin. “Bagaimana rasanya?” tanya Sang Guru. “masin dan perutku terasa loya dan mual”, jawab si murid dengan wajah yang masih meringis.

Sang Guru senyum terkekeh-kekeh melihat wajah muridnya yang meringis kerana kemanisan.

“Sekarang mari kau ikut aku.” Sang Guru membawa muridnya ke danau di dekat tempat mereka. “Ambil garam yang ada berbaki itu , dan tebarkan ke danau. Si murid menebarkan segengam garam yang berbaki ke danau, tanpa sepatah kata. Rasa masin di mulutnya belum hilang. Ia ingin meludahkan rasa masin dari mulutnya tapi tak dilakukannya. Rasanya tak sopan meludah di hadapan mursyid, begitu fikirnya. “Sekarang, cuba kau minum air danau itu,” kata sang Guru sambil mencari batu yang cukup datar untuk didudukinya, tepat dipinggir danau.

Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air danau, dan membawanya ke mulutnya lalu meneguknya. Ketika air danau yang dingin dan segar mengalir di tenggorokannya, Sang Guru bertanya kepadanya, “Bagaimana rasanya?”

“segar, sungguh segar sekali,” kata si murid sambil mengelap bibirnya dengan belakang tangannya. Tentu saja, danau ini berasal dari aliran sumber air di atas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah.

“Terasakah rasa garam yang kau tebarkan tadi?”

“tidak sama sekali,” kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi. Sang Guru hanya tersenyum memperhatikannya, membiarkan muridnya itu meminum air danau sampai puas.

“Nak,” kata sang Guru setelah muridnya selesai minum.

“Segala masalah dalam hidup itu seperti SEGENGAM GARAM. Tidak kurang, tidak lebih. Hanya segengam garam.

“Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah dikadar oleh Tuhan, sesuai untuk dirimu. Jumlahnya tetap, segitu-gitu saja, tidak berkurang dan tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi yang bebas dari penderitaan dan masalah.”

Si murid terdiam, mendengarkan.

“Tapi nak, rasa ‘masin’ dari penderitaan yang dialami itu sangat tergantung dari besarnya ‘qalbu’ (hati) yang menampungnya. Jadi nak, supaya tidak merasa menderita, BERHENTILAH MENJADI GELAS. Jadikan qalbu dalam dadamu itu SEBESAR DANAU.”

Hidup memang memerlukan keberanian. Tapi, akan lebih memerlukan ketelitian. Cermati langkahmu,waspadai tindakanmu.

Hati-hati saat ‘mencelupkan jari’ dalam celah kehidupan. Kalau tidak ‘rasa pahit’ yang akan kita temukan.

kiriman: .::Faizah Razaly::.

Jangan tangisi apa yang bukan milikmu..

Januari 27, 2008
Jangan tangisi apa yang bukan milikmu..
BismiLLAHir Rahmanir Raheem.
DALAM meniti liku-liku kehidupan ini, kita seringkali berasa kecewa. Kecewa kerana sesuatu yang terlepas dari genggaman tangan, keinginan yang tidak kesampaian, kenyataan yang tidak dapat diterima.. dan akhirnya ia mengakibatkan sesuatu yang mengganggu jiwa dan perasaan.
Hidup ini ibarat sebuah belantara. Tempat kita mengejar segala keinginan dan sememangnya manusia diciptakanNya mempunyai kehendak dan keinginan. Namun, tidak semua yang kita inginkan akan tercapai, tidak setiap yang kita idamkan mampu menjadi realiti. Dan, bukan sesuatu yang mudah untuk menyedari dan menerima kenyataan bahawa apa yang bukan menjadi milik kita tidak perlu kita tangisi. Ramai orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum iaitu kita mesti berjaya, mesti bahagia atau yang lainnya.Berapa ramai orang yang berjaya tetapi lupa bahawa segalanya adalah pemberian Allah yang Maha Pemurah sehingga kejayaan itu membuatnya sombong dan bertindak mengikut nafsunya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan tenang dan sabar sedangkan dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi hak kita di dunia, pasti akan Allah tunaikan. Namun apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan mungkin kita miliki, walaupun ia mungkin telah menghampiri kita, walaupun kita telah bermati-matian mengusahakannya. Seorang mukmin tidak akan bersedih ketika ditimpa musibah, malapetaka, dan sebagainya. Tetapi dia bersyukur kepada Allah dan menjadikan musibah itu sebagai peringatan dari Allah terhadap dirinya.

Oleh itu, bila seorang mukmin merasa sedih ketika ditimpa musibah, maka dia bukan mukmin sejati. Sebab, apa pun musibah yang menimpa seorang mukmin, selalu menguntungkan dirinya, sebagaimana sabda Rasulullah dalam sebuah hadis: “Sungguh menakjubkan! Urusan orang mukmin selalu menjadi hal yang menguntungkan bagi dirinya. Dan yang demikian itu hanyalah dialami oleh seorang mukmin.”

Seorang mukmin bila ditimpa kesusahan, dan dia mengingat Allah, dengan jalan itu itulah dia akan memperoleh jalan penyelesaian yang terbaik. Dia tidak merasa tekanan batin dalam bentuk apapun, kerana penderitaan yang paling berat sekalipun, pasti ada jalan penyelesaiannya. Seorang mukmin adalah selalu mengingati Allah dalam keadaan ditimpa penderitaan yang amat sangat sekalipun, baik dengan mengucapkan tasbih, takbir, istighfar, doa mahupun dengan membaca Al-Quran, sehingga membuat jiwanya bersih, bening, perasaannya tenang dan tenteram.

Rasulullah SAW pun bersabda: “Ingat akan Allah adalah penawar kalbu,” diriwayatkan oleh Ad-Dailami oleh Anas.

Maka wahai jiwa yang sedang gundah berduka lara, dengarkan firman Allah SWT; “ Boleh jadi kalian membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian. Allah Maha Mengetahui kalian tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah 216)

Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam dalam nestapa yang berpanjangan terhadap apa-apa yang terlepas dari genggamanmu, dari dakapanmu. Kita lihat di sekeliling kita, kemudian cerminlah diri sendiri. Andai kita tidak kenal siapa yang ada di dalam cermin itu, mulai hari ini ada baiknya kita mulakan mencari diri sendiri!

Manusia yang mulia adalah yang menyedari dengan sepenuh hati bahawa dia hanyalah hamba, benar-benar hamba, dalam pengertian hamba yang sebenar-benarnya, baik secara teori mahupun praktikal. Dia hanya berfikir bagaimana memberikan yang terbaik bagi kehidupan ini, semata-mata mengharap cintaNya, keredhaanNya, dan lebih dari itu kerana dia mencintai Allah, terpesona kepada keindahan Maha Pencipta, mabuk kepayang dengan ‘kecantikan’ Maha Pemurah.

Andai ternyata keinginannya tidak selari dengan keinginan Allah SWT, ternyata apa yang diharapkannya esok hari tidak menjadi nyata, malah yang terjadi adalah sesuatu yang sebaliknya, maka kita mesti tetap ikhlas! Kita menerima semuanya dengan senyum yang mengembang, dengan redha yang tidak terhitung. Hidupnya hanya untukNya. DIAlah tujuan hidup, sebaik-baik tujuan hidup! Sedang yang lainnya adalah wasilah, alat, bekal, modal untuk mencapai keredhaan Allah SWT.

Maka, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu! Kerana, ia memang bukan milikmu! Maka, bersihkan hatimu, ikhlaslah.. redha dengan ketentuanNya. Kerana, kita ini adalah sebenar-benar hamba! Moga kita lebih kuat dan dekat kepadaNya.

KERUGIAN BAGI WANITA YANG MENOLAK PERKAHWINAN

Januari 27, 2008

BIAR KAMU TIDAK CANTIK DI MATA PENDUDUK BUMI TETAPI NAMAMU MENJADI PERBUALAN PENDUDUK LANGIT.

KERUGIAN BAGI WANITA YANG MENOLAK PERKAHWINAN

Sepertimana yang diberitakan kepada kita oleh akhbar Berita Harian, hari ini terdapat segolongan wanita yang menolak perkahwinan. Antaranya memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan. Bila berkahwin, kuasa mutlak dalam menentukan hidup berubah dan terpikul pula dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak.

Justeru itu ramai yang lebih rela jadi andartu walaupun pada hakikatnya, ianya tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa. Ada juga yang tidak berkahwin disebabkan terlalu memilih calon yang sekufu dan ada yang tidak sempat memikirkan perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas dan karier kerjanya.

Sebelum ini saya ada memberi pandangan bagaimana hendak menyelesaikan masalah andartu. Kali ini saya akan dedahkan pula tentang kerugian wanita yang tidak mahu bekahwin; tetapi bukan kepada wanita yang tidak berkahwin kerana tiada jodoh. Kalau sudah tidak ada jodoh, wanita tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana sudah takdir menentukan demikian. Masalahnya sekarang, terdapat wanita yang ada peluang berkahwin tetapi menolak dengan alasan-alasan sepertimana yang saya sebutkan di atas tadi.

Perkembangan tentang wanita yang tidak gemar berkahwin bukan sahaja berlaku di dalam masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku di kalangan masyarakat Islam. Sikap demikian bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran Islam yang menggalakkan perkahwinan tetapi juga bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia yang hidupnya memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia, ada lelaki dan ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain. Ibarat talian elektrik yang memerlukan positif dan
negatif untuk melahirkan cahaya.

Di Malaysia, walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap memilih hidup membujang tetapi tidak begitu berleluasa seperti di barat. Sungguh pun demikian pada pandangan Islam, orang yang tidak berkahwin dianggap jelek. Menyerupai para pendita Kristian. Golongan ini juga tidak akan mendapat kesempurnaan dalam agama dan mengalami kerugian di dunia dan di akhirat.

Kejelekan tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak. bagi kaum wanita, untuk mendapat maqam salehah dan menjadi ahli syurga di akhirat adalah amat mudah. Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.:

“Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki.”

Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah s.w.t. pun bergantung kepada redha suami.

Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah di kala mengandung. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah s.a.w di syurga kelak.

Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid. Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan. Malah di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi. Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki tersebut telah berkahwin. Sabda Rasulullah s.a.w:

“Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan.” Para sahabat bertanya, “Bagaimana kalau ia telah berkahwin?” Jawab Baginda s.a.w, “Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali).”

Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi banyak pahala. Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita salehah yang berada dibawah naungan suami.

 

Buah manggis dan islam

Januari 27, 2008
Hari Ahad. Haji Seman didatangi tamu. Bukan siapa. Hanya si Ah Seng. Anak Ah
Kuan, towkay kedai runcit dikampung itu. Memang dihari Ahad begini Ah Seng akan
berkeliling dengan Hondanya sambil menjaja buah-buahan musiman. Sekarang
memang musim durian dan manggis. Maka itulah yang dijajanya hari ini.

Ah Seng memang rajin. Walaupun dia sudah mempunyai pekerjaan tetap disebuah
kilang elektronik, dia masih mahu menjaja keliling kampung- kampung. Cari kelebihan dan pengalaman katanya. Tak ubah sapetti bapanya waktu muda-muda dulu. Memang bapanya dulu berjaja sebelum mendapat restu dari orang kampung untuk membuka kedai runcit disitu.

Sejak kebelakangan ini, Ah Seng sering pula bertanya tentang Islam. Dan Haji Seman merupakan diantara orang-orang kampung tempat dia bertanya.

“Dah lama sangat aku tengok kamu asik bertanya pasal Islam ni, Seng,” kata Haji Seman setelah puas memberi jawaban kapada beberapa soalan tentang Islam yang disuguhkan oleh Ah Seng.

“Aku nak tanya lak. Kamu bertanya ni sebab kamu dah terpikat ngan minah Melayu ke? Atau kamu nak masuk Islam? Atau kamu cuma nak tau jer?”

Ah Seng tersengeh mendengar soalan-soalan Haji Seman.

“Eh… Takde le, Pak Man. Saya belum nak kawin lagi,” katanya menjawab sekali gus
membantah. Melayunya tidak ada cacat langsung. Maklumlah lahir dan besar dikalangan orang Melayu.

“Nak kata nak masuk Islam tu memang pernah terlintas, Pak Man,” katanya lagi. Haji Seman kelihatan ghairah mendengar kata anak towkaycina ini.

Tapi…

“Tapi apa, Ah Seng,” dia bertanya. Haji Seman ingin tahu sangat apa yang membuat
orang asing teragak-agak menerima Islam.

“Pak Man tak marah kalau saya terus terang?” Ah Seng meminta jaminan dari Haji Seman. Dia tahu ini soal sensitip.

“Cakap le. Aku tak marah,” kata Haji Seman memberi jaminan.

“Sebenarnya, Pak Man,” Ah Seng memulakan.

“Saya bukan jer bertanya tentan Islam. Saya ada gak bertanya tentang Kristian kat kawan-kawan tempat kerja saya tu. Ugama Buddha pun ad saya tanyakan gak.
Tak tau le kenapa sejak kebelakangan ni saya rasa kurang puas dengan ugama yang
diamalkan keluarga saya.”

“Oh… Camtu rupanya. Lalu apa yang kamu dapat dalam perbandingan ugama ni,”
tanya Haji Seman.

“Dimana kamu letakkan ugama Islam?”

“Ntah le, Pak Man. Saya rasa Islam tu terkongkong sangat. Banyak larangannya.
Saya takut saya tak kuat.”

“Ah Seng… Ah Seng,” Haji Seman mengeluh. Itu rupanya yang mereka takutkan.

“Begini, Seng,” sambung haji Seman sambil tangannya mencapai manggis dari
keranjang.

“Kamu tengok manggis ni. Ini le buah manggis. Tidak ada lain buah yang
dipanggil manggis kecuali ini. Kulit dia ungu. Tebal. Senang jer nak kenal buah
manggis ni. Tapi kalo kamu tengok. Kamu tenung lama- lama. Ada jer yang kamu nak
komen. Misalnya kulit dia tebal le. Warnanya tak konsisten le. Sebelah sini ungu. Sebelah sini hijau kekuningan lak. Macam-macam le kamu leh komen kalo kamu
nak.”

Haji Seman lalu mengupas kulit manggis itu. Diteruskan penjelasannya.

“Tapi bila kamu kupas kulit dia. Kamu tengok. Putih isi dia. Kamu ambil seulas
dan rasa,” Haji Seman melakukan apa yang dikatanya.

“Mmmm… Manis. Bagus manggis ni.”

“Begitu le Islam. Kamu cuma tengok dari luar. Puasa memang berat bagi orang yang
tidak pernah berpuasa. Sembahyang lima waktu pun berat gak bagi yang tak pernah
sembahyang. Apa tak. Pepagi dah kena bangun solat subuh. Siang hari tengah
syok-syok shopping kena berhenti lak solat zuhur. Dan seterusnya le.”

“Tapi bila kamu mengetahui isi segala apa yang diperintah itu kamu akan melihat keputihan nya. Kesuciannya. Kemanisannya. “

Ah Seng terdiam dengan penjelasan dari Haji Seman itu. Dia tidak pernah mendengar orang menjadikan manggis sebagai perumpamaan untuk menjelaskan tentang Islam.
Biar susah, jangan menyusahkan. .
JUNHAIRI BIN ABD JALIL
EKSEKUTIF PEMASARAN KAD KREDIT BANK ISLAM &
PERUNDING TAKAFUL IKHLAS
019-3635331

HADAPI MASALAH DENGAN BIJAK

Januari 27, 2008

Setiap individu baik remaja, dewasa atau orang tua, sudah semestinya pernah menghadapi masalah dalam hidup. Kata orang hidup tanpa masalah bukan hidup namanya. Berlegar dari masalah yang paling besar hinggalah masalah yang paling kecil, semuanya tetap dinamakan masalah. Cuma masalah yang dihadapi oleh seseorang itu berbeza. Bagaimana cara untuk mengatasinya juga adalah juga satu masalah. Namun hakikatnya setiap masalah pasti ada jalan keluarnya. Biasanya sebelum masalah itu selesai kita akan berasa sangat tertekan, hampir putus asa kerana tidak tahan menghadapinya.

Antara masalah yang wujud di persekitaran kita ialah masalah kemiskinan, kehilangan orang tersayang, masalah cinta, pertengkaran dengan ibu bapa, corot dalam peperiksaan serta beribu-ribu masalah lagi. Masalah juga boleh menyumbang kepada masalah yang lain, contohnya masalah remaja yang tidak tahan dengan leteran ibu bapanya boleh membawa remaja itu kepada masalah lepak, pergaulan bebas, dirogol, diculik dan juga mungkin dibunuh. Masalah yang kecil apabila tidak ditangani dengan baik boleh membawa kepada mudarat yang amat besar.

Setiap hari kita tidak akan terlepas dilanda dengan masalah, sekiranya bukan kita yang bermasalah, orang lain pula yang mendatangkan masalah. Oleh itu kita perlu bersedia menghadapi permasalahan tersebut dan cuba mencari kaedah untuk mengatasinya. Sempena kedatangan bulan Ramadhan dan Syawal yang mulia ini, mari kita renung sejenak apa sebenarnya maksud setiap masalah itu, kaedah untuk mengatasinya serta panduan menghadapi masalah dengan tenang.

UJIAN IMAN

Masalah sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita untuk mengukur sejauh mana tahap keimanan dan ketakwaan kita terhadap-Nya. Sebab sebagai manusia kita sering terlupa serta lalai dengan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah apabila hidup kita sentiasa dilimpahi kesenangan dan kemewahan. Lebih-lebih lagi ketika usia remaja, hidup penuh dengan keseronokan dan sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru walaupun perkara itu jelas haram di sisi agama dan menyalahi undang-undang dunia, contohnya mengambil dadah dan hanyut dengan maksiat, dengan adanya ujian seperti ini, ia akan kembali mengingati apakah hidup kita selama ini mengikuti peraturan atau landasan yang telah ditetapkan oleh Allah ataupun telah jauh menyimpang.

Setiap masalah, kesukaran, kesakitan dan apa jua yang menyeksa jiwa adalah merupakan ujian dari Allah untuk menguji sejauh mana iman kita. Iman perlu kepada ujian. Ini jelas sebagaimana maksud firman Allah :

“Adakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.” ( al-Ankabut: 2 – 3)

DARJAT DI SISI ALLAH

Ujian atau dugaan yang datang adalah dari Allah, sama ada ujian itu sebagai kifarah dosa yang telah kita lakukan atau untuk mengangkat darjat kita di sisi-Nya. Allah juga tidak menduga hamba-hamba- Nya tanpa mengambil kira kesanggupannya atau keupayaan mereka untuk menghadapinya, ujian dan dugaan yang diturunkan Allah kepada hambanya adalah seiring dengan keupayaan individu itu untuk menyelesaikan masalahnya. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah:286 yang bermaksud Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya.

Oleh itu sekiranya kita berhadapan dengan masalah, cubalah bawa bertenang, bersabar dan setkan dalam minda bahawa kita sedang diuji oleh Allah, orang yang melepasi ujian itu adalah orang yang berjaya dan mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah.

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan Syurga untuk mereka.” ( at-Taubah: 111)

CARA MENGATASI MASALAH

1.Sandarkan Harapan Pada Allah

Setiap ujian yang datang sebenarnya mempunyai banyak hikmah di sebaliknya. Yakinlah bahawa setiap kesusahan yang kita tempuhi pasti akan diganti dengan kesenangan. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Nasyrah ayat 1hingga 8 yang antara lain maksudnya &Sesungguhnya selepas kesulitan itu pasti ada kemudahan&.

“Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya
kepada-Nya aku bertawakal.” ( At-Taubah: 129)

2.Minta Pertolongan Dari Allah

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” ( al-Baqarah: 45)

3.Jangan Sedih dan Kecewa
“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman.” ( al-Imran:139)

Yakinlah dengan janji Allah itu dan jangan cepat putus asa dengan masalah yang dihadapi sebaliknya tingkatkan usaha dan kuatkan semangat untuk mengatasinya, lihat maksud firman Allah di bawah:
…dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir( Yusuf : 12)

4.Luahkan masalah tersebut pada teman-teman yang dipercayai, walaupun dia mungkin tidak dapat membantu, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban yang kamu tanggung.

5.Bandingkan masalah kita dengan masalah orang lain, mungkin masalah orang lebih besar dari masalah kita, perkara ini juga boleh membuatkan kita lebih tenang ketika menyelesaikan masalah.

Penutup

Ujian yang datang juga tandanya Allah sayangkan kita. Jadi ambillah masa untuk menilai diri dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dalam apa jua yang kita lakukan. Lakukanlah untuk mencari redha Allah. Fikir dengan positif bahawa setiap dugaan datang dari Allah dan pasti ada hikmah yang tersendiri.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (al-Baqarah: 216)

kiriman

farhana

PADA SIAPA PATUT LETAK CINTA

Januari 26, 2008

Assalamualaikum,

Sebelum saya membicarakan bab pada siapa patut letak cinta ini saya ingin mengambil kesempatan merakamkan rasa dukacita tentang pemahaman bab ‘penderitaan mengundang bahagia’. Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta. Sebab jatuh cinta indah, tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit. Cinta banyak perkara cinta. Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta. Cinta yang begaimana boleh bawa seseorang ke syurga dan kenapa ada yang masuk neraka lantaran kerana cinta?

Cinta, rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh disukat-sukat. Hati yang merasainya, sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya. Datangnya dari dua sumber yakni dari nafsu dan dari Allah.

Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat. Sifat-sifat keji seperti sombong, ujub, riak, gila puji, hasad dengki dan lain-lain sifat jahat bersarang dalam hati tidak dikikis, maka ketika itu nafsulah yang akan jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan mengikut arahan nafsu. Termasuk dalam meletakkan cinta, ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu.

Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikannya hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada pandangan nafsunya. Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki kepada perempuan. Begitu juga wanita, jatuh cinta sebab lelaki kaya, handsome bergaya, ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang disenangi oleh nafsu. Lantas cinta diberi dengan harapan mereka dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki tersebut. Jelasnya, cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata.

Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan oleh nafsu yang punya kepentingan masing-masing maka berlangsunglah babak-babak melahirkan rasa cinta. Dari surat menyurat, telefon, ziarah, keluar makan-makan, berdua-duaan di taman bunga, dalam keadaan saling rindu merindukan.. Ketika itu tak ada lain dalam ingatan melainkan orang yang dicintai. Sehari tak jumpa atau tidak telefon rasa berpisah setahun. Sudah tidak malu pada orang sekeliling, apa lagi pada Allah yang Maha Melihat. Lagi mereka tidak ingat dan takut. Lantaran itu mereka sanggup buat apa saja untuk membuktikan kecintaan pada pasangan masing-masing.

Hatta yang perempuan sanggup serah maruah diri konon untuk buktikan cinta pada lelaki. Yang lelaki pula rela bergolok bergadai untuk memberikan kemewahan pada perempuan sebagai bukti cinta. Akhirnya bila yang perempuan telah berbadan dua, lelaki serta merta hilang cintanya. Habis manis sepah dibuang. Kalau pada lelaki pula, ada duit abang sayang, tak ada duit abang melayang. Kalau pada suami pula, isteri seorang suami disayang, bila hidup bermadu kasih pada suami hilang.

Itulah falsafah cinta nafsu yang melulu. Cintanya hanya selagi nafsu ada kepentingan. Cinta inilah yang banyak melanda orang muda yang dilambung asmara. Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri, kalau kecewa dalam bercinta. Walhal sedap dan indahnya sekejap. Sakitnya lama, sakit yang paling dahsyat ialah di neraka kelak. Inilah kemuncak cinta yang paling malang dan memalukan.

Cinta nafsu kalau pun boleh bersambung sampai membina rumahtangga ia tetap akan menyeksa. Kerana suami akan cinta pada isteri selagi isteri masih muda, seksi dan manja. Yakni selagi nafsu dapat disenangkan. Bila isteri tua, kulit berkedut, tampal make-up lagi hodoh, rambut putih dan gigi pun sudah banyak gugur seperti opah, badan pun sudah kendur, maka cinta suami akan beralih pada gadis muda yang menarik. Sekaligus hilanglah cinta suami. Menderitalah isteri yang hilang perhatian suami apalagi kalau terang-terang depan mata suami kepit perempuan lain, lagilah isteri terseksa.

Begitu juga si isteri. Cintakan suami selagi suami boleh membahagiakan dan menunaikan segala keinginan nafsu. Selagi suami kasih dan sayang padanya. Andainya suami hilang kuasa, jatuh miskin, masuk penjara atau suami kahwin lagi seorang maka serta merta hilang cinta pada suami. Sebaliknya berbakul-bakul datang rasa benci pada suami yang dulu dipuja tinggi melangit. Begitu mudah cinta bertukar jadi benci. Akibatnya berlakulah pergaduhan, masam muka, kata-mengata, ungkit mengungkit, suami tidak pedulikan isteri dan isteri pun hilang hormat pada suami. Rumahtangga panas dan menunggu saat untuk ditalqinkan ke kubur perceraian. Ketika itu tak ada lagi pujuk rayu, cumbu mesra sebagaimana waktu cinta tengah membara. Maka doktor yang menulis pun dituduh merendahkan wanita, jangan marah tahu.
Itulah gara-gara cinta nafsu yang sudah menyusahkan manusia di dunia lagi.

Sebaliknya cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta diberi pun untuk dapat keredhaan Allah. Cinta begini tiada batasannya. Tidak pula kenal jantina dan kedudukan. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada Allah.

Boleh berlaku pada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, lelaki dengan perempuan, antara murid dengan guru, suami dengan isteri, sahabat dengan sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara umat dengan Nabinya dan yang paling tinggi antara hamba dengan Tuhannya.

Kalau berlaku antara lelaki dengan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkahwinan, mereka tak akan memerlukan untuk berjumpa, bercakap atau melakukan apa saja yang bertentangan dengan kemahuan Allah. Cinta mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi. Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah jumpa atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu. Hati sedih kalau orang yang dicintai ditimpa susah, senang kalau yang dicinta itu senang. Sanggup susah-susahkan dan korbankan diri untuk senangkan orang yang dicintai.

Cinta yang begini ada diceritakan dalam hadis, iaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana Allah maka mereka akan mendapat perlindungan arasy Allah di padang mahsyar nanti, hari di amana masing-masing orang mengharap sangat lindungan dari matahari yang sejengkal saja dari kepala.

Kalau berlaku antara suami isteri maka isteri akan letak seluruh ketaatan pada suami, berkhidmat dan melayan suami tanpa jemu-jemu. Sama ada waktu suami tunjukkan sayang atau masa suami marah-marah. Sama ada suami kaya atau miskin, atau suami kahwin lagi, cinta isteri pada suami tidak belah bagi. Salah satu contohnya penderitaan mengundang bahagia. Kerana cintanya pada suami datangnya dari Allah hasil dari ketaqwaan isteri. Datanglah ribut taufan, angin putting beliung melanda rumah tangga, isteri tetap memberikan cintanya yang utuh dan teguh.

Begitu juga suami, cinta pada isteri tidak kira isteri itu muda atau tua. Samada pada hatinya. Selagi isteri taat pada Allah, isteri tetap dikasihinya. Kalau dia ada empat isteri, tentulah isteri-isteri akan tertanya-tanya, pada isteri manakah yang suami paling cinta? Kalau cinta itu bersumber dari Allah, tentu isteri yang paling taqwalah yang paling layak dicintai oleh suami lebih dari isteri-isteri lain.

Sumber cinta yang datang dari Allah akan meletakkan Allah yang paling tinggi dan utama. Bila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta pada makhluk maka cinta Allah dimenangkan. Misalnya seorang isteri yang cinta suaminya. Tiba-tiba suami larang isteri melakukan ketaatan pada Allah dalam hal tutup aurat, walhal tutup aurat itu Allah tuntut. Maka kecintaan pada Allah itu akan mendorongnya untuk laksanakan perintah-Nya walaupun suami tidak suka ataupun terpaksa kehilangan suami. Sanggup dilakukan sebagai pengorbanan cintanya pada Allah. Sebaliknya kalau dia turut kemahuan suami ertinya kata cinta pada Allah hanya pura-pura, cintanya bukan lagi bersumberkan Allah tapi datang dari nafsu.

Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah Allah yang kecil, apalagi yang besar, lagi dia gerun. Seorang yang sudah dapat mencintai Allah, cinta yang lain-lain jadi kecil dan rendah padanya.
Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, dia sanggup hendak menduakan suaminya, seorang menteri. Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.

Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan cantik menjadi perempuan tua yang hodoh. Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah belas kasihan dari Allah terhadapnya. Lalu Allah mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha setelah Allah kembalikan penglihatan, kemudaan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya. Peliknya, bila Zulaikha mengenal Allah, datanglah cintanya pada Allah sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat dengan Allah dalam sembahyang dan zikir wirid sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya Yusuf yang berhajat kepadanya. terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan sembahyangnya, hingga hampir hilang kesabaran Nabi Yusuf lantas ditariknya baju Zulaikha sehingga koyak; sebagaimana Zulaikha pernah menarik baju Nabi Yusuf seketika dulu.

Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada Allah. Cinta Allah ialah taraf cinta yang tinggi. Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.

Cinta pada Allah akan lahir bagi orang sudah cukup kenal akan Allah. Kerana cinta lahir bersebab. Kalau wanita cinta pada lelaki kerana kayanya, baiknya, tampan dan sebagainya dan lelaki cinta wanita kerana cantik, baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan rasa lebih patut dicurahkan rasa cinta pada Allah kerana segala kenikmatan itu datangnya dari Allah.

Ibu bapa, suami, isteri, sahabat handai dan siapa saja yang mengasihi dan mencintai kita, hakikatnya itu semuanya datang dari Allah. Kebaikan, kemewahan dan kecintaan yang diberikan itupun atas rahmat dan kasihan belas Allah pada kita. Sehingga Allah izinkan makhluknya yang lainnya cinta pada kita. Walhal Allah boleh bila-bila masa menarik balik rasa itu dari hati orang-orang tadi kalau Allah mahu.

Allah yang menciptakan kita makhluk-Nya, kemudian diberinya kita berbagai-bagai nikmat seperti sihat, gembira, dan macam-macam lagi. Samada masa kita ingat pada-Nya ataupun masa kita lalai, tetap diberi-Nya nikmat-nikmat itu. Begitulah, kebaikan Allah pada kita terlalu banyak sebagaimana firman-Nya: yang bermaksud:

Kalau kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya kamu tak terhitung.

Besar sungguh jasa Allah dari menciptakan, menghidupkan dan memberi rezeki, suami, isteri, rumah dan macam-macam lagi yang dengannya kita boleh lalui kehidupan dengan aman bahagia. Alangkah biadapnya kita kalau segala pemberian Allah itu kita ambil tapi lupa untuk ucapkan terima kasih, lupa pada yang memberi. Walhal, Allah boleh saja menyusah dan menyenangkan kita dengan kehendaknya.

Oleh itu orang yang betul kenal dan beradab, dia malu pada Allah. malah kerana malunya itu dia tidak nampak yang lain lebih hebat dari Allah. Cintanya tertumpu pada Allah, dan penyerahan diri pada Allah sungguh-sungguh. Setiap saat menanggung rindu lalu masanya dihabiskan untuk berbisik-bisik dengan kekasihnya. Sehingga kerana terlalu mendalam cinta pada Tuhan ada hamba Allah yang berkata, Wahai Tuhan, aku mencintai Engkau bukan kerana takutkan neraka-Mu. tapi kerana Zat-Mu, ya Allah. Aku rela masuk neraka kalau itulah kemahuan-Mu.

Itulah rintihan hati seorang wali perempuan Rabiatul Adawiyah dalam munajatnya dengan Allah. Dia menyatakan dua cinta tidak boleh duduk dalam satu hati. Bila cinta Allah sudah penuh dalam hatinya, maka tidak ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu.

Ada orang mangatakan: Jika kau berikan hatimu ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya . Tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan- Nya. Ertinya cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan Allah tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat.

Jadi seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang besar pada Allah, pada Rasulullah dan barulah pada makhluk-makhluk lain di samping-Nya. Itulah perletakan cinta yang betul dan menguntungkan di dunia dan juga di akhirat. Itulah dia cinta kita pada Allah swt yang patut kita letakkan.

kiriman

farhana

Mahar perkahwinan

Januari 25, 2008

Apabila jodoh ditemukan dan kedua pihak telah bersetuju untuk dinikahkan maka sebagai syarat yang penting dalam pernikahan ialah pihak lelaki dikehendaki memberi hadiah atau mahar kepada pihak wanita. Ini adalah syarat terpenting untuk membuatkan pernikahan itu sah dari hukum syarak. Allah memerintahkan supaya wanita yang akan dikahwini diberi mahar. Allah menyatakan, “Ya Rasul, sesungguhnya kami telah menghalalkan kamu isteri kamu yang telah kamu berikan kepadanya mahar.”

Di dalam ayat yang lain Allah menyatakan, Dan untuk wanita kamu, berikanlah mereka mahar sebagai hadiah dan jika dia memberi kepada kamu sebahagian dengan kerelaannya, maka makanlah dengan senang hati dan gembira.” Allah mewajibkan mahar sebagai hadiah untuk wanita yang dikahwini. Mahar adalah sebagai cinta cintanya sudah diterima.

Apabila cinta atau kasih yang ditawarkan oleh teruna diterima oleh si dara maka sebagai tanda kesyukuran kepada Allah yang memberikannya isteri maka mahar dibayar. Mahar hanyalah tanda, yang penting wanita itu menerima serta membalas cintanya dan bersedia bersamanya mengharungi lautan hidup. Oleh kerana mahar adalah tanda kegembiraan bagi pihak lelaki, maka ianya hendaklah diberi dengan hati yang penuh ikhlas, tulus, suci dan gembira. Ianya tidak patut diberi sebagai satu bebanan dan tekanan bagi pihak lelaki.

Pihak wanita janganlah menganggapnya sebagai satu tuntutan yang patut dibayar oleh pihak lelaki kerana berjaya meminangnya. Pihak wanita tidak patut menganggap mahar sebagai ganti untuk anaknya. Oleh kerana anak wanita kami berpelajaran tinggi, cantik dan mempunyai kedudukan maka bayaran mahar hendaklah tinggi. Mahar dianggap sebagai bayaran atau harga wanita yang dikahwini.

Allah memberitahu mahar adalah hadiah dari pihak lelaki untuk pihak wanita. Mahar hendaklah dibayar oleh pihak lelaki mengikut kemampuannya. Lelaki hendaklah memberinya dengan penuh perasaan kasih dan tanpa tekanan. Pihak wanita tidak patut membuat tuntutan yang membebankan nya. Jika lelaki itu lelaki yang kaya dan berharta maka maharnya adalah mengikut kemampuannya. Jika dia seorang yang berpendapatan rendah maka maharnya mengikut kemampuannya. Tidak ada had atau batas di dalam memberi mahar. Ianya diberi mengikut kemampuan yang memberi. Mahar boleh merupakan sebentuk cincin emas yang bertatahkan berlian atau hanyalah sebentuk cincin suasa.

Mahar boleh merupakan segenggam barli atau kurma dan boleh juga sepasang kasut. Seorang wanita dari Bani Fajarah dikahwinkan dengan mahar sepasang kasut. Nabi Muhammad bertanyakan dia, sama ada dia berpuas hati dengan mahar hanya sepasang kasut. Wanita itu menjawab dia berpuas hati. Maka Nabi Muhammad membenarkan lelaki itu mengahwininya.

Dari hadis di atas, jelas menunjukkan mahar adalah hadiah dari pihak lelaki dan pihak wanita pula bersetuju menerimanya. Mahar adalah lambang ikatan yang dibuat antara dua insan. Ia tidak patut diberatkan. Apabila mahar dibayar mengikut kemampuan pihak lelaki maka perkahwinan menjadi mudah untuk semua orang. Melakukannya apabila jodohnya telah ditemui. Penzinaan, maksiat akan berkurangan kerana peluang untuk berkahwin dipermudahkan untuk semua orang.

Apa yang memberatkan anak muda yang mempunyai nafsu yang tinggi untuk berkahwin ialah maharnya yang tinggi. Bagi melepaskan syahwatnya mereka bercinta dan tidur seperti suami isteri tanpa nikah. Apabila mereka berkahwin, wanita itu sudah tidak ada lagi daranya. Inilah yang berlaku dalam masyarakat yang menyusahkan dan memberatkan pernikahan. Penzinaan menjadi perkara biasa. Lelaki muda pergi berkunjung ke sarang pelacuran untuk memuaskan nafsu. Jangkitan penyakit kelamin seperti AIDS akan merebak seperti api. Masyarakat itu menuju kepada kehancuran.

Kenapa mahar dimahalkan. Ini berlaku kerana masyarakat cintakan kebendaan dan kesucian. Mereka mahu nama dan kemegahan daripada taat kepada perintah Allah. Ini terjadi kerana iman lemah dan cinta dunia bersarang dalam hati. Akhirnya masyarakat yang tidak mengamalkan agama pasti akan dihancurkan, oleh amalan mereka sendiri.

Jikalau kita ingin kebaikan dan keberkatan di dalam perkahwinan, maka mudahkan lah ia. Semakin hampir pernikahan itu seperti pernikahan anaknya Nabi Muhammad iaitu Fatimah, maka semakin berkat lah ia. Perkahwinan Ali dan Fatimah dijalankan dengan sederhana sekali. Ali tidak mempunyai apa-apa pun untuk berkahwin. Dia hanya mempunyai sebuah perisai perang yang dijadikan mahar buat Fatimah.
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com

Masjid itu taman-taman syurga.

Januari 25, 2008

· Masjid itu taman-taman syurga.

· Masjid itu jua tempat rahmat ALLAH diberkahkan / diturunkan maka sesiapa yang berulang-alik ke masjid, dia telah berulang-alik membawa pulang rahmat ke dalam rumahnya.

· Sedangkan pasar pula tempat yang telah ALLAH laknat apabila lalai tiada dzikrulloh di dalamnya dan orang yang pergi lalai kepadanya membawa panji-panji iblis.

· Masjid itu jantungnya sesuatu kawasan, ramai pengimarohnya hiduplah aman penduduk sekelilingnya dalam rahmat ALLAH. Matinya masjid bermakna dikuasai syaithonlah sekelilingya penduduknya.

· Masjid itu ibaratnya kilang yang menghasilkan produk-produk berkualiti tidak kira separuh matang, matang atau tidak matang produknya. Yang pasti produk masjid jauh berbeda dengan produk pasar.

· Rumah pula adalah sub-sub masjid yang bertindak sebagai agen bagi masjid untuk melanjutkan proses pematangan produk-produk berkualiti.

· Masjid juga adalah hospital bagi ilmu+iman+amal.

· Masjid dan sub-masjid yang berfungsi baik bahkan lebih baik daripada 7-eleven atau kilang atau mana2 kedai 24jam dan masjid & sub-masjid ini juga dapat dihidupkan 24jam sperti di zaman NAbi S.A.W akan melahirkan produk-produk seperti di zaman itu. Yang mereka menghidupkan dakwah, ta’lim wa ta’lum, ibadah dan khidmat. Mereka juga dae’ilallah, hafiz-hafizah, alim-alimah, qori-qori’ah juga mereka adalah mujahideen.

· Jika masjid dijauhi maka beberapa penyakit berjangkit yang berbahaya daripada kanser akan mendekati hati dan pemikiran kita yakni, takut mati, cinta dunia, lengah bertaubat, cenderung hati pada hal yang lalai, kebesaran makhluk memenuhi hati dsb.

. Jika 7eleven, kilang, pub&disko, jemaah tiang lampu simpang taman/kampung, panggung wayang dsb boleh hidup 24jam mengapa tidak masjid? Masjid bukan sekadar tempat untuk bersolat, berzikir & tilwatul quran bahkan masjid itu pusat komuniti ummat Islam!

karya

MuHamaD

Kesedihan Dan Kegembiraan

Januari 24, 2008

Kesedihan Dan Kegembiraan Itu Sementara

Ada kalanya tiba masa-masa sulit; yang membuat hidup serasa penuh kepedihan dan keluh kesah. Namun, pada saatnya jua tibalah masa-masa kegembiraan; yang membuat hidup terasa ringan dan terang. Tanpa sadar bibir kita basah dengan senyuman. Sesungguhnya, kesedihan, kegembiraan, kekecewaan, keriangan dan emosi-emosi lain hanyalah sementara. Sebagaimana sesaatnya malam ditelan siang. Tak selamanya kesedihan dan kegembiraan melanda kita. Semua itu datang silih berganti, tanpa selalu dapat dinanti.

Yang perlu kita pahami adalah kesementaraan ini. Kesementaraan menunjukkan bahwa emosi-emosi itu bukanlah milik kita. Ia hanya sebuah tawaran dari alam yang menuntun tindakan dan sikap kita. Ia bukanlah kita. Saat gembira sadarilah kegembiraan itu. Saat sedih pahamilah kesedihan itu. Saat kita penuh dengan kesadaran akan emosi kita, saat itu kita bersentuhan dengan jiwa yang tenang milik kita.

Karya asal: finhappy_87

Akibat tak mandi..

Januari 24, 2008
akibat tak mandi..
Dalam sebuah riwayat menceritakan pada masa dahulu, ada seorang lelaki sangat alim lagi warak. Lelaki itu menceritakan tentang suatu kejadian ngeri yang dihadapi oleh seorang lelaki yang tinggal sekampung dengannya ketika menemui maut.
Selepas dikafan dan disembahyangkan, jenazah lelaki itu pun dibawa ke tanah perkuburan untuk disempurnakan pengkembumiannya. Semasa jenazah itu sampai di tanah perkuburan, keadaan dan suasana di situ begitu sepi sekali.
Manakala liang lahatnya sudah sedia menanti di depan untuk dikebumikan jenazahnya. Kemudian kaum kerabat dan sahabat handai lelaki berkenaan menurunkan keranda mayatnya perlahan-lahan ke dalam liang lahad tersebut.
Apabila sahaja mereka hendak meletakkan jenazah itu, tiba-tiba mereka begitu terperanjat apabila terlihat seekor binatang yang sama bentuknya seperti kucing sudah berada di dalam kubur itu.
Apabila melihat binatang berkenaan, para jemaah terperanjat dan tercengang. Inilah pertama kalinya seekor binatang berada di liang lahad, menunggu mayat dikebumikan.
Beberapa orang dari kaum kerabat cuba menghalau binatang tersebut tapi hampa malah binatang itu terlalu bengis dan gerun, kukunya yang tajam mencakar-cakar batang kayu yang dijolok ke arahnya. Binatang itu tetap berdegil dan terus bertahan di dalam liang itu dengan mata yang memancar-mancar menampakkan kebengisan laksana harimau yang memerhatikan mangsanya.
Akhirnya kaum kerabat lelaki itu mengambil keputusan untuk mengali satu liang lahad yang baru bagi mengelakkan jenazah disimpan bersama-sama binatang misteri itu. Setelah siap digali dan para jemaah pun mengangkat jenazah ke arah liang lahad dan cuba menurunkan keranda perlahan-lahan.
Alangkah terkejutnya mereka apabila didapati binatang ganjil itu sudah pun berada di dalam lubang itu. Setelah gagal mengusir binatang itu buat kali keduanya, akhirnya kaum kerabat lelaki tiu mengambil keputusan untuk mengkebumikan jasadnya dengan binatang tersebut.
Sebaik saja tanah di timbus separuh liang lahad, para jemaah terkejut bila satu bunyi yang menghairankan keluar dari kubur tersebut. Bunyi itu seakan-akan daging dan tulang jasad si mati itu dicakar dan dipatahkan oleh binatang buas, bunyinya amat menakutkan setiap yang berada di tahah perkuburan itu.
Seorang alim lalu menemui isteri lelaki itu dan bertanya adakah ada perbuatan yang buruk pernah dilakukan oleh si mati semasa hayatnya? Isteri lelaki itu lalu memberitahu yang suaminya merupakan seorang lelaki yang baik budi pekertinya, tetapi sepanjang perkahwinan mereka suaminya itu tidak pernah menyucikan dirinya dengan ‘mandi hadas’ setiap kali selepas melakukan persetubuhan.
Dalam riwayat lain, orang yang tidak mandi hadas (Junub/Besar) apabila dia mati, mereka ini akan diberikan pakaian hina dan terlaknat dari neraka. Mandi junub adalah satu mandi yang sangat dituntut dalam islam. Walaupun sesetengah orang kita memandangnya remeh tetapi ketahuilah azabnya tidak kurang pedih dan kalau hendak merasa… sila-silakanlah. .

Kisah sebuah jam

Januari 24, 2008

Alkisah, seorang pembuat jam tangan berkata kepada jam yang sedang
dibuatnya. “Hai jam, apakah kamu sanggup untuk berdetik paling tidak
31,104,000 kali selama setahun?”

“Ha?,” kata jam terperanjat, “Mana sanggup saya?”

“Bagaimana kalau 86,400 kali dalam sehari?” tanya si pembuat jam.

“Lapan puluh enam ribu empat ratus kali? Dengan jarum yang ramping-
ramping seperti ini?” jawab jam penuh keraguan.

“Bagaimana kalau 3,600 kali dalam satu jam?” cadang si pembuat jam.

“Dalam satu jam harus berdetik 3,600 kali? Banyak sekali itu” tetap
saja jam ragu-ragu dengan kemampuan dirinya.

Tukang jam dengan penuh kesabaran kemudian berkata lagi kepada si
jam. “Kalau begitu, sanggupkah kamu berdetik satu kali setiap
detik?”

“Oh, kalau begitu, aku sanggup!” kata jam dengan penuh semangat.

Maka, setelah selesai dibuat, jam itu berdetik satu kali setiap
detik. Tanpa terasa, detik demi detik terus berlalu dan jam itu
sungguh luar biasa kerana ternyata selama satu tahun penuh dia telah
berdetik tanpa henti. Dan itu bererti ia telah berdetik sebanyak
31,104,000 kali.

Moral :
Ada kalanya kita ragu-ragu dengan segala tugas pekerjaan yang begitu
terasa berat. Namun sebenarnya kalau kita sudah menjalankannya, kita
ternyata mampu. Malah yang kita anggap mustahil untuk dilakukan
sekalipun.