Archive for the ‘TOLONGLAH PANTAU ANAK ANDA…’ Category

TOLONGLAH PANTAU ANAK ANDA…

Februari 6, 2008
Salam…
Saya ingin berkongsi pengalaman.. .
Semalam… saya di kejutkan dengan berita bila bertandang ke rumah rakan bahawa di kawasan perumahan dia di bandar baru sungai buloh… ada kejadian cuba mencolek budak pompuan yang sedang berada dlm kawasan halaman rumah!!! Nasiblah budak tu sempat menjerit sewaktu dia nak dimasukkan dalam bonet keter… dan kabarnya pencolek tu tak sempat nak kidnep budak tu.. allahualam
TAPI ini pengalaman yang saya alami sendiri tengarai tadi…
Tgahhari tadi (ahad) saya ke kenduri kawin di damansara…
On the way nak balik dari rumah kenduri ke parking keter.. saya lihat ada sorang budak lelaki menangis teresak2 sambil berjalan kaki di tepi jalan seorang diri..  Lantas saya tegur dia… kenapa ‘abg’ nangis? dia jawab.. sambil sedu sedan.. “nak balik rumah”…
saya tanya.. mak mana? dia jawab: dah balik.. saya tanya lagi: ayah mana? dia jawab: pun dah balik…
Menggeleng saya tengok.. camna lah setelah ssekian banyak kejadian curi budak.. masih ada lagi ibu bapa yang lalai..
Rasa bersalah pulak untuk saya biarkan dia nangis sengosrang kat tepi jalan tu.. saya tanya.. rumah kat mana: dia kata jauh tu..
saya tanya: “abg tau ker camne cara nak balik rumah?” dia kata: tau tapi TAKUT!
Setelah berbincang dengan kawan saya.. kami bermuafakat antar budak ni balik ker rumah.. and guess what… dia dengan senang hati ikut naik keter kami..!!! Bayangkan jika ada yang berniat jahat?? Satu malaysia lagi dikejutkan kes budak hilang lagi!!!
On the way.. kami interview dia.. and pujuk berenti nangis.. nama dia amir, baru darjah satu…
Dia pun tunjukkan jalan.. patutlah takut nak balik coz rumah dia kena ikut jalan besar!!
Sampai jer rumah dia (flat) terus dia buka kereta, and meluru keluar tanpa toleh pada kami..
Hmmm……. ibu dah bapa yang di hormati.. pantaulah anak anda….
Advertisement