Beranak dalam tangki

by

GEORGETOWN: Seorang wanita selamat melahirkan anak lelaki dalam air
iaitu satu kaedah baru diperkenalkan dan yang pertama di Malaysia di
sebuah hospital swasta di sini, kelmarin.

Wang Chiew Kian, 40, melahirkan anak seberat 3.64 kilogram tanpa
sebarang komplikasi, dilahirkan pada jam 5.20 petang dalam sebuah
tangki air khas dengan bantuan sepasukan pakar perubatan Hospital
Island diketuai Perunding Pakar Sakit Puan, Dr Narinder Singh Shadan.

Wanita itu sebelum ini memiliki tiga cahaya mata iaitu dua perempuan
dan lelaki berusia antara sembilan hingga enam tahun.

Kaedah melahirkan anak dalam air masih baru di Malaysia walaupun
sudah lama diamalkan di Amerika Syarikat, United Kingdom dan
Australia.

Kaedah itu satu proses normal yang hanya memerlukan ibu berada di
dalam air beberapa jam sebelum waktu kelahiran.

Sementara itu, Wang ketika ditemui kira-kira setengah jam selepas
melahirkan anak yang masih belum diberi nama, berkata dia memilih
kaedah itu bagi mengurangkan kesakitan.

Dia yang keletihan selepas kira-kira sejam berada dalam tangki air,
tersenyum puas apabila melihat bayinya sihat dan comel.

“Sebelum ini, saya menanggung kesakitan ketika melahirkan anak tapi
dengan menggunakan kaedah ini, ia mengurangkan kesakitan yang pernah
saya alami,” katanya.

Turut memberi sokongan kepada Wang yang mula dimasukkan ke dalam tab
mandi kira-kira jam 4.30 petang ialah suaminya, Goh Beng Huat, 37,
seorang kontraktor.

Sementara itu, Dr Narinder berkata, pihaknya terpaksa menggunakan
tangki air kerana hospital belum mempunyai kemudahan lengkap bagi
mengendalikan kaedah kelahiran dalam air.

Tangki air itu pada mulanya diisi air sehingga paras perut pada suhu
37 darjah celcius iaitu suhu badan. Kedudukan pesakit dalam tangki
sebelum melahirkan anak bergantung kepada keselesaan individu itu
sendiri.

“Apa yang pasti, kaedah ini dapat mengekalkan emosi seorang ibu yang
cemas hingga menjadi begitu tenang,” katanya sambil menambah dalam
kes Wang pihaknya turut memasang lagu berentak sentimental.

Katanya, kaedah itu memerlukan tiga perkara penting iaitu pasangan
yang bermotivasi, sokongan daripada keluarga dan menggunakan khidmat
pakar.

“Kaedah ini sangat baik apabila pesakit langsung tidak diberikan
sebarang ubat dan tiada sebarang gangguan.

“Tugas saya hanya perlu memeriksa tekanan jantung dan melihat skrin
yang menunjukkan bila pesakit akan melahirkan anak. Itu saja dan saya
tidak perlu memegang pesakit kecuali jika keadaan memerlukan,”
katanya.

Kaedah itu akan mengurangkan kesakitan terutama ketika saat-saat
kelahiran dengan adanya air di dalam tangki air itu. Air juga mampu
menyokong berat seseorang dan memudahkan pergerakan.

“Cara ini mampu mengurangkan trauma kepada ibu pada saat melahirkan
bayi serta mampu memberi satu persekitaran yang baru kepada bayi
berkenaan,” katanya.

Advertisement

7 Respons to “Beranak dalam tangki”

  1. sha Says:

    cam menarik jer.. ade hospital area kl yg ade kaedah camni tak..??

  2. ina Says:

    aku pernah tgok kt tv cara beranak dlm air ni…
    nmpak pelik jugak la…
    sbb negara kita mmg x pernah amalkn…

  3. alifah Says:

    cara macam ni taklah ngeri sangat berbanding cara yang biasa.

  4. aueh Says:

    takde complication ka pacenta ke?, vasoconstric kerr kat placenta dann uterus?

  5. Siti Norazian Binti Talib Says:

    Sy da tau psl beranak dlm air nii dlm 3 thn lalu, tapi kat malaysia ni, hospital mane lagi yg ada service sebegini?

  6. surianiismail Says:

    macam best jer

  7. liza Says:

    aduh..tkot nye nk beranak…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: